Sabtu, 8 Jun 2013

@NajibRazak @mohd_ali_rustam NI NAK JADI APA SEBENARNYA

Sangkakala tengok sudah agak lama Datuk Seri Ali Rustam melakukan kerja kerja sebagai seorang wakil rakyat dan juga sebagai Ketua Menteri di Melaka dan setiap program atau perkara yang beliau lakukan sudah pasti akan dimasukkan kedalam laman facebook milik beliau, dan ianya tidak pernah berhenti sehingga kini.


Walaupun melakukan kerja dengan penuh semangat hingga lupa akan kehidupan seharian dan fitrah sebagai seorang manusia biasa namun itu semua tidak dipandang oleh orang orang dari keturunan laksamana Cheng Ho hingga membuatkan Tok Ali yang begitu taksub dengan tugasan kecundang di negeri beliau sendiri.

Adakah itu masih lagi belum cukup membuktikan bahawa keturunan Laksamana Cheng Ho ini mengkhianati  keturunan Laksamana Hang Tuah? Apakah keturunan Cheng Ho masih mengatakan bahawa mereka masih setia kepada keturunan si Tuah?

Sangkakala merumuskan satu perkara disini, silap Melayu memberikan tempat di tanah Melayu kepada keturunan Cheng Ho, silap Melayu kerana memberikan kekayaan kepada mereka, silap Melayu membenarkan mereka menguasai perniagaan di Tanah Melayu. 

Tapi sudah menjadi adat Melayu mementingkan persahabatan daripada permusuhan dan Tok Ali telah membuktikannya di Melaka. 

Walaupun kalah di kawasan Parlimen Bukit Katil namun beliau masih lagi mampu untuk tersenyum dan memberikan khidmat kepada masyarakat dengan mengadakan ziarah dan sebagainya, dan setiap program tersebut akan dibuktikan melalui facebook dan akaun twitter milik beliau dan Sangkakala rasa antara pemimpin yang menggunakan sepenuhnya ruang media sosial sebagai bukti beliau menjalankan tugas.

Tok Ali seperti sebuah mesin yang tidak tahu erti penat, keluarnya pagi baliknya pagi, Sangkakala pernah juga bertanya dengan sahabat sahabat yang berada di Melaka,  namun jawapan yang Sangkakala terima ialah, Tok Ali memang macam tu dan itulah Tok Ali yang kami kenal dari dulu,  tidak pernah berubah.

Kepada Tok Ali, jika Hang Tuah tidak sanggup membunuh Jebat semata mata kerana tali persahabatan seerat persaudaraan, maka Sangkakala yakin Tok Ali juga begitu, tapi Tok Ali pun perlu ingat, sehebat hebat Melayu bersahabat, jangan di pupuk dengan racun dan tuba kerana racun itu akan menjadi penawar kepada Melayu bernama Tok Ali dan tuba itu akan menjadi minuman harian pagi dan petang.

Dan kepada keturunan Cheng Ho, jangan sesekali melihat senyuman itu sebagai madu, kerana madu yang ada pada Melayu mampu menjadi racun yang amat berbisa hingga tiada penawarnya.

Ini pantun yang selalu Tok Ali utarakan kepada hadirin semasa ucapan

Kapal Dagang Dari Seberang
Sarat Muatan Kayu Meranti
Dari Jauh Saya Datang
Kerana Nak Jumpa Hadirin Disini.

Kebih kurang begitulah pantun yang selalu diucapkan oleh beliau dalam majlis majlis yang beliau hadiri.

Hari ini Sangkakala pula nak berikan satu pantun kepada Tok Ali

Kapal Dagang Dari Seberang
Sarat Muatan Kayu Meranti
Nama Tok Ali Sentiasa Di Kenang
Dari Hidup Sampai Kemati

Dan untuk keturunan Cheng Ho pula jni bunyinya

Kapal Dagang Dari Seberang
Sarat Muatan Kayu Meranti
Pertualangan Kalian Akan Kami Kenang
Insyaallah Akan Kami Balaskan Nanti