Ahad, 28 September 2014

#selawatperdana 30 RIBU BANJIRI DATARAN TEMERLOH

30 ribu orang membanjiri Dataran Temerloh malam tadi untuk bersama sama dalam program Selawat Perdana yang dibawa oleh Yayasan Perpaduan Ummah.


Program Selawat Perdana ini setiap kali dianjurkan sudah pasti akan dipenuhi dengan ribuan manusia dan seperti baru baru ini di Kuala Kubu Bharu, walaupun dalam keadaan hujan, para pengunjung masih lagi memenuhi padang Stadium Mini Kuala Kubu.

Sebelum berada di Temerloh dan selepas di Kuala Kubu Bharu, kumpulan Selawat Perdana ini telah dijemput ke Sarawak dan disana juga ribuan rakyat Sarawak beragama Islam telah hadir.

Program ini nampaknya semakin diminati dan semakin disukai bukan sahaja oleh golongan dewasa, malah golongan muda dan kanak kanak juga turut terlibat sama.


CEC DAP PERLU DIADAKAN SEMULA

Pemilihan ahli jawatankuasa kebangsaan DAP perlu diadakan semula dan ROS perlu mengarahkan parti berkenaan untuk melakukannya.


Ini menurut apa yang dikatakan oleh bekas Ahli Parlimen WangsaMaju Wee Choo Keong.

Rupa rupanya, 120 cawangan dalam DAP masih belum disahkan pendaftarannya oleh ROS dan kalau nak diikutkan dengan undang undang, setiap cawangan yang belum disahkan pendaftarannya oleh ROS, maka cawangan tersebut tidak boleh mengundi.

Jadi disini, 120 cawangan yang masih belum mendapat pengesahan pendaftaran daripada ROS juga telah mengundi pada pemilihan CEC yang lepas hingga Lim Guan Eng berjaya memegang semula jawatan Setiausaha Agung DAP.

Agaknya kalau UMNO yang buat begitu, sudah pasti akan ada ramai yang melompat sakan dan memekak melalak macam orang gila mendesak ROS mengadakan semula pemilihan dan Sangkakala yakin bukan hanya desak pemilihan semula malah mungkin akan ada juga yang meminta supaya UMNO dibubarkan.

Tapi dalam kes ini nampaknya semua dia seribu bahasa dan seolah oleh melihat perkara ini tidak berlaku.

Mana dia ahli PKR dan PAS yang selama ini akan menyalak sayup memeperlekeh pemerintahan Barisan Nasional? Semua dah kecut agaknya maklumlah, ramai yang menjadi kaki kipas dalam kedua dua parti tersebut.


Sabtu, 27 September 2014

A KADIR JASIN PELOPOR PEMUSNAH PEMIMPIN

Mungkin ramai yang tidak mengenali siapa A. Kadir Jasin, tetapi sebagai penulis atau ahli politik, rasanya sudah pasti akan mengenali beliau.

Semasa zaman pemerintahan atau zaman kepimpinan Tun Abdullah, kumpulan A.Kadir Jasin telah membuat persepsi buruk keatas kepimpinan beliau dan hingga terbawa bawa kepada kepimpinan Khairy Jamaluddin yang juga merupakan menantu kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kini apabila tiba di zaman kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, A. Kadir Jasin mula mempertikai kepimpinan Perdana Menteri pula dan apa yang menggelikan hati ialah, Kadir Jasin mengatakan bahawa kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi adalah lebih baik berbanding dengan Pak Lah.

Nampak sangat bahawa Kadir Jasin akan sentiasa mencari kesalahan demi kesalahan kepimpinan tertinggi negara dalam usaha untuk mencapai apa yang beliau hajati.


Persoalannya, apa yang Kadir Jasin ni mahu? Adakah beliau memerlukan sesuatu atau mahu menuntut sesuatu agar diberikan kepada beliau hingga mendorong Kadir Jasin menghentam kepimpinan Datuk Seri Najib?

Kadir juga seolah olah cuba menjadi hero dengan mengatakan bahawa pada tahun 2008, kepimpinan Pak Lah adalah buruk dan telah diambil tindakan oleh UMNO sedangkan kepimpinan Datuk Seri Najib lebih buruk lagi tetapi tiada tindakan yang diambil.

Sangkakala rasa Kadir ni dah terlepas keretapi agaknya sebab beliau tidak mengetahui bahawa seramai 170 orang ketua ketua Bahagian telah pergi bertemu dengan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sendiri telah memberikan penjelasan dengan terperinci tentang cara pentadbiran beliau.

Kita semua tahu bahawa di zaman Najib Razak, pelbagai perubahan telah dilakukan termasuk dari segi ekonomi dan sebagainya dan kita juga tidak lupa dengan segala usaha yang dilakukan oleh beliau.

Tapi dalam masa sama, apabila ada penyangak penyangak macam Kadir Jasin mula mempertikai kepimpinan Datuk Seri Najib, kita juga perlu melihat bahawa beliau mengambil tampuk pemerintahan yang telah sedia bermasaalah berbanding dengan Pak Lah yang mengambil tampuk pemerintahan di zaman wanginya UMNO.

Ini tidak didedahkan oleh Kadir Jasin kerana apa yang penting bagi beliau ialah mencuri peluang yang ada dan sekaligus mempertikai kepimpinan Datuk Seri Najib secara rambang.

Selalu mengatakan bahawa beliaubadalah pemerhati politik, tetapi Kadir Jasin mungkin buta atau membutakan diri beliau dan seterusnya menidakkan pembangunan terutamanya dari sudut ekonomi rakyat.

Adalah menjadi perkara biasa apabila baru sepenggal menjadi pemimpin, banyak keburukan yang perlu ditangani dan dihadapi oleh Perdana Menteri dan jika hanya dengan mengkritik, ianya tidaklah membantu seseorang pemimpin.



Jumaat, 26 September 2014

#haramjadah PENGIKUT PAS YANG TAK TAU BEZA ANTARA ISLAM DAN BUKAN ISLAM

Bila dilihat pada keadaan semasa masa kini, adalah amat mengecewakan apabila ada dikalangan pengikut PAS yang tidak tahu membezakan diantara Islam dan bukan Islam dalam mereka menentukan siapa musuh mereka.


Sangkakala nak tanya juga pada si Ghafar ni, sejauh mana perjuangan PAS berkenaan dengan Islam sampai Iblis begitu gembira dengan kekalahan calon PAS di Pengkalan Kubor?

Kalau nak didedahkan, Sangkakala yakin yang Sangkakala akan menulis selama 3 hari 3 malam untuk memaklumkan apa sahaja yang dilakukan oleh PAS selama ini hingga bukan sahaja pengundi Pengkalan Kubor harus menolak mereka bahkan seluruh pengundi di Malaysia perlu melakukan perkara sama.

Kita pernah dikejutkan dengan peritiwa memali dimana Ustaz Ibrahim Libya telah terkorban apabila ingin berjihad kononnya menegakkan syiar Islam sedangkan segala kebajikan tentang Islam memang telah dititik beratkan semenjak sebelum merdeka lagi.

Ini semua berpunca apabila Haji Hadi mengeluarkan amanat bahawa memerangi kerajaan Barisan Nasional adalah jihad dan jika terkorban maka kematian mereka adalah syahid, hingga kini, semua pengikut PAS masih menyalahkan UMNO/BN kononnya yang menjadi punca insiden tersebut.

Begitu juga dengan perilaku pemimpin PAS yang lain dan yang kedua Sangkakala ambil tentang Mat Sabu yang merupakan Timbalan Presiden PAS yang dikatakan telah melakukan perkara sumbang bersama isteri rakannya sendiri dan kemudian menafikan perkara tersebut dan akhirnya menjadikan wanita berkenaan sebagai isterinya pula dan adakah ini ajaran Islam?

Jadi untuk mengatakan bahawa Iblis gembira Sangkakala rasa adalah amat tidak tepat, tapi kalau dikatakan bahawa Allah menyayangi penduduk di Pengkalan Kubor agat tidak terus lena dan hanyut maka kemenangan diberikan kepada Barisan Nasional dan setinggi tinggi tahniah Sangkakala ucapkan kepada calon serta terima kasih kepada para pengundi.



Khamis, 25 September 2014

PELAKON PORNO LARI KETAKUTAN

Rasanya semua kenal dengan sorang anak kelahiran bangsa cina yang telah membuat beberapa perkara yang menaikkan kemarahan orang Melayu dan Islam sedikit waktu dulu.

Alvin dan Vivian merupakan pasangan yang tidak mempunyai adap dan sopan sebagai seorang manusia yang mana kedua dua mereka ini selalu memuat naik aksi mereka sedang melakukan hubungan seks di dalam blog porno milik mereka berdua.

Pernah juga kedua dua mereka ini menghina agama Islam dengan menjemput umat Islam untuk berbuka puasa dengan Bak Kut Teh.

Tapi setelah di tangkap dan dihadapkan ke mahkamah, mereka ini senyap dan sunyi dan mengikut apa yang diberitakan, passport kedua dua mereka telag ditahan hinggalah kononnya mereka hendak ke Singapura dan melalui khidmat peguam, passport mereka dikembalikan.


Tapi sekarang ini lain pula jadinya apabila Alvin dikatakan telah melarokan diri.ke Amerika Syarikat serta meminta suaka politik disana.

Siapa yang mengajar sampah ni unyuk berbuat sampai macam tu sekali dan kenapa pula si Alvin memohon suaka politik sedangkan beliau bukanlah ahli politik atau orang yang aktif berpolitik.

Adakah Alvin ditaja untuk pergi ke sana dan meminta suaka politik semata mata untuk menunjukkan kerajaan Malaysia zalim terhadap beliau?

Persoalan persoalan ini sebenarnya perlu dijawab supaya ianya todak menimbulkan kekeliruan dan passport milik Alvin kenapa tidak diambil semula oleh pihak mahkamah dan dibiarkan lepas sebegitu sahaja.

Nampaknya tau pulak anak cina sekor ni takut ye, sedangkan masa buat hal hari tu tak risau pulak dengan akibatnya.

Bagi Sangkakala, elok dibiarkan sahaja si Alvin di luar negara, jangan lagi diberi peluang untuk pulang sebab kalau dia balik ke Malaysia pun macam macam hal nanti jadinya.



PAS PATUT KECEWA DENGAN PERGERAKAN PKR DI PENGKALAN KUBOR #prkN01

Kemenangan Barisan Nasional di Pilihanraya Kecil kawasan N01 Pengkalan Kubor nampaknya akan memberi tamparan hebat buat PAS apabila gagal merampas kembali kerusi tersebut.

Tapi dari apa yang Sangkakala lihat, PAS seharusnya kecewa dengan gerak kerja yang dilakukan oleh parti gabungan mereka iaitu PKR yanh dilihat tidak membantu dalam usaha memenangkan calon mereka di dalam pilihanraya kecil tersebut.


Berikut adalah keputusan penuh yang diperolehi dalam pilihanraya kecil tersebut.

PENGKALAN KUBOR :  
BN: 1,033 (67.03%)
PAS: 476 (30.89%)
BEBAS : 5 (0.32%)
MAJ : 557

KG KETIL :  
BN: 1,015 (49.25%)
PAS: 1,012 (49.10%)
BEBAS: 4 (0.19%)
MAJ : 3

KG TEBING : 
BN: 502 (44.11%)
PAS: 609 (53.51%)
BEBAS: 2 (0.18%)
MAJ : -107

KG GETING :  
BN: 1,019 (40.66%)
PAS: 1,327 (52.95%)
BEBAS : 3 (0.12%)
MAJ : -308

SIMPANGAN : 
BN: 878 (76.48%)
PAS: 263 (22.91%)
BEBAS : 6 (0.52%)
MAJ : 615

TUJOH :
BN: 1,081 (51.57%)
PAS: 971 (46.33%)
BEBAS : 6 (0.29%)
MAJ : 110

KG TELAGA BATA:
BN: 722 (53.92%)
PAS: 607 (45.33%)
BEBAS: 0
MAJ : 115

KG BUNOHAN : 
BN : 783 (70.35%)
PAS: 315 (28.30%)
BEBAS: 3 (0.27%)
MAJ : 468

JUBAKAR DARAT :
BN : 754 (89.87%)
PAS: 77 (9.18%)
BEBAS: 1 (0.12%)
MAJ : 677

BENDANG PAK YONG :
BN : 1,108 (54.93%)
PAS: 878 (43.49%)
BEBAS: 5 (0.25%)
MAJ : 231

TELUK JERING : 
BN : 424 (79.55%)
PAS : 107 (20.26%)
BEBAS : 1 (0.19%)
MAJ : 316

KEDAI GETING :  
BN : 532 (43.01%)
PAS: 671 (54.24%)
BEBAS: 2 (0.16%)
MAJ: -139

UNDI AWAL/POS
BN: 96 (91.43%)
PAS: 8 (7.62%)
BEBAS: 0
UNDI ROSAK: 1
MAJ: 88

Jumlah pengundi : 24,039
Turn out : 17,674 (73.52%)
Undi BN :  9,948 (56.28%)
Undi PAS:  7,322 (41.43%)
Undi BEBAS:  38 (0.21%)
MAJORITI : 2,626 (14.86%)


#artis PEREMPUAN 'GILA' MANA MAHUKAN SAYA ???

Hahaha..nampaknya Awie mengaku juga sudahnya bahawa hanya perempuan gila mahukan dia.


Kalau nak diikutkan, Awie kata dia memang memerluka  wanita selaku seorang ISTERI bersama dengan beliau, tapi ada ke wanita yang mampu melayan kerenah 5 anak anaknya yang meningkat dewasa.

Sangkakala rasa memang ada, tapi persoalannya adakah wanita yang mampu melayan kerenah AWIE pulak?

Semua orang tahu apa yang berlaku diantara Awie dengan isterinya Rozana Misbun sebelum ini dan Sangkakala dengar baru baru ni laporan lengkap rakaman CCTV pihak bank telah pun siap, jadi kita tunggu apa tindakan dan langkah selanjutnya dari pihak berkuasa.



#bodoh ZURAIDAH MAK LAMPIR TERLUPA SIAPA PAS

Agaknya memang dah dilahirkan ke dunia ni dengan kebodohan tahap cipan si Zuraidah ahli parlimen Ampang ni.

Kata nak bagi exco ehsan pada PAS sebab tak menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar di Selangor, persoalannya sedar ke Mak Lampir ni siapa PAS?


PAS dalam PRU yang lepas telah memenangi 15 kerusi pilihanraya di Selangor dan kalau mengikut adatnya, PAS lebih berhak keatas kerusi Menteri Besar Selangor dan bukannya PKR.

Tapi Zuraidah mengeluarkan kenyataan seolah olah PKR menang besar di Selangor hingga boleh menolak parti yang mempunyai kerusi lebih besar berbanding mereka.

Zuraidah ni memang tak pernah sedar diri dari dulu sampai kita dapat melihat beberapa kebodohan yang pernah ditonjolkan oleh beliau yang membuatkan kadang kadang kita tertawa geli hati melihat mak lampir ni buat lawak.

Orang orang PAS pulak tak pernah ke nak teringat untuk menuntut kerusi Menteri Besar tu atau mengiyakan sahaja bahawa kerusi ehsan sebagai exco diberikan kepada PAS?

Ada kemungkinan juga puak puak PAS di Selangor memang tak bertelor, dengan UMNO cukup berani tapi bila kena batang hidung sendirk semua senyap sunyi.



Rabu, 24 September 2014

#pengkalankubor BEZA ANTARA CUTI TAHUNAN DAN CUTI SAKIT !!! PAS SERANG ISTERI CALON

Memang sewajarnya calon wanita dari PAS yang diletakkan di PRK Tenang dulu kalah dan tidak dipilih oleh para pengundi di kawasan tersebut.

Ini kerana walaupun menjawat jawatan sebagai guru pada ketika itu, kebodohan beliau jelas kelihatan di PRK Pengkalan Kubor.


Sepanjang tempoh kempen di PRK Pengkalan Kubor, Sangkakala tidak pernah menulis tentang apa juga kejadian yang berlaku di kawasan tersebut.

Tapi hari ini apabila terlihat dan terbaca dalam Malaysiakini yang mana cikgu Mala telah menuduh bahawa isteri kepada calon Barisan Nasional tidak mematuhi etika sebab mengambil cuti untuk membantu suaminya kempen, Sangkakala rasa terpanggil juga untuk meperbetulkan tuduhan tersebut yang Sangkakala lihat tidak mempunyai asas sama sekali.

Baca DISINI.....

Cikgu Mala sendiri dalam kenyataannnya mengakui bahawa suami beliau mengambil cuti sakit atau MC untuk membantu beliau berkempen di Tenang sedangkan suami beliau tidak mempunyai penyakit kronik yang memerlukan cuti.selama 21 hari.

Berbeza pula dengan isteri calon PRK Pengkalan Kubor dimana beliau MEMOHON CUTI dan bukannya mengambil CUTI SAKIT sepertimana yang dilakukan oleh suami Normala.

Mungkin kebodohan cikgu Mala ialah beliau tidak mampu untuk membezakan diantara cuti sakit dan cuti yang dipohon.

Kalau nak diikutkan dengan etika, memberikan alasan sakit serta sijil cuti sakit adalah satu perkara yang tidak beretika kerana ianya menipu tambahan pula bukti yang suami Normala mempunyai penyakit serius tidak ada.

Tapi kalau memohon cuti di klasifikasikan oleh Normala sebagai tidak beretika, nampak sangat yang Normala tidak tahu membezakan kedua dua perkara tersebut.

Jadi disini Sangkakala ucapkan tahniah kepada para pengundi di Tenang yang telah memilih calon Barisan Nasional pada ketika itu dan kepada pengundi di Pengkalan Kubor, ini juga perlu dijadikan panduan supaya jangan tersalah pilih dalam membuat keputusan siapa yang akan menjadi wakil rakyat anda.



Selasa, 23 September 2014

SAMPAI GILIRAN DAP KENA MAIN DENGAN PKR

Dengar cerita selepas upacara mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru,  Azmin Ali telah mengeluarkan senarai Jawatankuasa Eksekutif Kerajaan Negeri Selangor berkuatkuasa 23 September 2014
 
Dan senarainya adalah seperti berikut...

Menteri Besar - YB Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri Besar - YB Dr. Xavier Jayakumar

Speaker - YB. Hannah Yeoh Tseow Suan
Timbalan Speaker - YB. Nik Nazmi Nik Ahmad

Barisan Exco:
1. YB. Dr. Idris Ahmad
2. YB. Dr. Daroyah Alwi
3. YB. Amirudin Shari
4. YB. Saari Sungib
5. YB. Ng Sze Han
6. YB. Rajiv a/l Rishyakaran
7. YB. Lau Weng San
8. YB.Hasnul Baharudin

Oklah, Sangkakala terima semua AJK tersebut, tapi agak pelik apabila seorang EXCO dari DAP tidak dikekalkan oleh Azmin jika benar senarai EXCO Kerajaan negeri seperti diatas dan seorang lagi senior dari DAP tidak tersenarai.

Salah seorang EXCO tersebut ialah Dato' Teng yang pernah menjadi speaker pada penggal 2008-2013 dan kemudiannya diangkat menjadi EXCO kanan yang dengan portfolio PBT.

Kenapa nama beliau tiada dalam senarai sedangkan beliau adalah pemimpin tertinggi DAP Selangor dan menjawat jawatan sebagai ADUN selama beberapa penggal?

Adakah disebabkan beliau pernah mengikuti Tan Sri Khalid Ibrahim menandatangani perjanjian air diantara kerajaan Selangor dengan kerajaan Pusat, maka beliau telah disingkirkan daripada memegang jawatan tersebut?

Seorang lagi ialah ADUN Sekinchan yang dulunya pada penggal 2004-2008 antara salah seorang wakil dari dua orang wakil rakyat PR dimasa itu.

Kenapa beliau juga tersingkir? Dan kenapa Sangkakala lihat orang orang baru yang diletakkan sebagai EXCO Kerajaan sedangkan hanya beliau dan Dato Teng sahaja yang berperang dalam sidang DUN pada penggal 2004-2008.

Adakah Ng Sue Lim tidak layak menjadi EXCO sedangkan dari apa yang dimaklumkan sebelum ini bahawa beliau akan dijadikan Timbalan Menteri Besar jika mereka menyokong Wan Azizah atau PKR selaku Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim?

Nampaknya DAP pula kena main kali ni dan Sangkakala rasa itu adalah yang terbaik sebab DAP memang tidak boleh dipercayai.



KES SKANDAL #rasuah AZMIN ALI TERBONGKAR

Belum sehari Menteri Besar Selangor yang baru mengangkat sumpah memegang jawatan, seorang bekas pegawai SPRM atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah membuat pendedahan tentang skandal RASUAH yang melibatkan Azmin, isterinya Shamsidar serta Anwar Ibrahim

Baca DISINI untuk maklumat lanjut.


Ramai yang agak terkejut apabila mendapat perkhabaran bahawa Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden PKR telah diperkenan untuk mengadap DYMM Sultan Selangor bagi mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bukan kerana apa, tapi ramai yang agak terkejut kerana selama ini sudah menjadi tradisi bahawa anak jati Selangor sahaja yang akan memegang jawatan CEO Negeri tersebut tetapi kali ini ianya telah bertukar.

Azmin dikatakan lahir di Singapura dan sudah semestinya bukan anak kelahiran Selangor seperti yang disyaratkan untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

Tapi itu semua tidak perlu dipersoalkan kerana Tuanku Sultan sudah pasti menyemak sedalam dalamnya keperluan serta keselesaan Baginda untuk meletakkan siapa bakal menjadi Menteri Besar dan barulah seseorang itu layak untuk mengangkat sumpah.

Tapi apa yang berlaku pada hari ini juga amat mengejutkan kerana sudah ada laporan tentang RASUAH yang selama ini mungkin tidak diketahui umum.

Jadi dengan itu, Sangkalala menyerahkan kepada kebijaksanaan para pembaca untuk menilai sendiri siapa Azmin Ali sebelum ini.



Isnin, 22 September 2014

TABUNG HAJI TAK BUAT PELABURAN ??? HABIS TU BUAT APA ???





KUALA LUMPUR, Isnin, 22 September 2014:  Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyatakan rasa kesal atas kenyataan berbentuk spekulasi mengenai pelaburan TH di Amerika Syarikat baru-baru ini.  TH sehingga kini tidak membuat sebarang komitmen pelaburan di Detroit atau mana-mana bandar lain di Amerika Syarikat.


Tidak ada sebarang transaksi atau pembayaran telah dibuat bagi tujuan pelaburan di Amerika Syarikat.  Oleh yang demikian,  orang ramai sewajarnya tidak mempercayai sumber-sumber tidak rasmi yang hanya berbentuk spekulasi yang tidak mencerminkan keadaan sebenar.

Untuk makluman, TH setakat ini telah membuat pelaburan di Arab Saudi, United Kingdom, Australia dan negara-negara Asia untuk mempelbagaikan pelaburannya.   Berikutan pulangan yang memberangsangkan daripada pelaburan di negara-negara tersebut, TH akan terus mencari peluang pelaburan yang serupa di negara-negara lain berdasarkan kepada rangka kerja Strategi Alokasi Asetnya.  Pelaburan luar negara, sebagaimana pelaburan domestik, adalah tertakluk kepada proses kelulusan pelaburan yang ketat.

TH sentiasa menekankan kepentingan Ummah dan para pendeposit dalam semua aktiviti-aktiviti pelaburannya.

-SUMBER-

Seorang blogger yang Sangkakala pernah tulis artikelnya yang memfitnah Perdana Menteri tentang perjumpaan bersama ketua ketua bahagian juga telah menulis tentang pelaburan ini dan sekali lagi nampaknya blogger ini telah menipu.

Blogger outsyedthebox sebelum ini menulis tentang pelabursan ini namun telah membuang artikel berkenaan berikutan daripada hentaman beberapa orang facebooker yang mempunyai fakta bahawa Tabung Haji tidak pernah membuat pelaburan di Amerika Syarikat berhubung dengan perumahan di Detroit.

Apa sebenarnya yang dikehendaki oleh blogger ni? Nak cari hits ke? Atau memang dilahirkan sebagai pemfitnah?

Jangan main tulis je BHAYA, sendiri malu nanti.

Penjelasan yang dibuat oleh Tabung Haji ini sedikit sebanyak akan memberi pencerahan kepada rakyat bahawa Tabung Haji bukanlah sebuah Badan Kerajaan yang dengan sewenang wenangnya mahu menggunakan wang pelabur dalam membuat pelaburan dan Sangkakala amat yakin, setiap pelaburan yang dibuat oleh Tabung Haji sudah pasti diselidiki serta diperhalusi sedalam dalamnya.


DBKL BERTINDAK #kejam SEKALI LAGI !!! APA KATA MENTERI WILAYAH @tengkuadnanreal ???

Gambar ni Sangkakala dapat dari laman facebook seorang rakan yang dikongsi oleh beliau, dan mengikut maklumat, gambar yang menunjukkan dua orang kanak kanak sedang mengutip sesuatu serta dipeluk oleh seorang wanita, merupakan gambar selepas satu kejadian yang menyayat hati.


Wanita yang memeluk kanak kanak tersebut dikatakan adalh ibu mereka yang berniaga secara kecil kecilan di tepi jalan, tapi KENAPA kanak kanak tersebut mengutip sesuatu? Dan kenapa ibu kanak kanak ini memluk meraka?

Menurut laman facebook yang dikongsi oleh rakan Sangkakala, kejadian berlaku apabila sepasukan penguatkuasa DBKL telah datang ke tempat ibu kanak kanak ini berniaga dan secara ringkasnya, mereka (DBKL) telah menendang meja yempat meletak barangan niaga ibu kanak kanak terbabit.

Kerana mereka penguatkuasa? Maka mereka boleh melakukan apa sahaja sesuka hati seolah olah bertindak seperti haiwan yang tidak berperikemanusiaan tanpa budi bicara?

Jika benar sepertimana yang dilaporkan DISINI, Sangkakala rasa ada baiknya jika Menteri Wilayah melihat perkara seperti ini dengan lebih serius dan janganlah pula ianya dipandang remeh serta membiarkan perkara sepeerti ini berlaku lagi dimana, setiap pegawai penguatkuasa seharusnya mempunyai akhlak atau budi bicara dalam menjalankan tugas mereka, dan bukannya mereka ini perlu mengikut emosi sendiri.


Ahad, 21 September 2014

TAPAK #selawatperdana BANJIR SELEPAS HUJAN DI KUALA KUBU BHARU

Malam tadi, trailer membawa rombongan Yayasan Perdana Ummah yang menjalankan program Selawat Perdana telah berada di Mini Stadium Kuala Kubu Bharu Ulu Selangor.

Walaupun hujan telah mula turun membasahi sekitar kawasan Kuala Kubu Bharu, namun ianya tidak memtahkan semangat orang ramai untuk sama sama hadir ke program tersebut.











Namun hujan sebenarnya tidak mematahkan semangat kumpulan yang berselawat dan mereka tetap meneruskan acara tepat jam 9.15 malam dalam keadaan hujan dan padang basah dan berair.



Para pengunjung yang datang untuk sama sama berselawat juga tidak cepat mengalah dan dalam keadaan hujan mereka turun dari tempat duduk stadium dan bergerak ke padang dengan menggunakan payung mereka terus mara hampir ke tempat trailer yang menempatkan ahli kumpulan selawat.




Pun begitu, mereka yang tidak mempunyai payung masih tetap setia menunggu hujan reda untuk mereka bersama sama dengan para pengunjung yang lain untuk berada di padang.







Hujan telah berhenti sepenuhnya pada jam lebih kurang 10 malam dan dikala ini Sangkakala dapat melihat ribuan manusia mula memenuhi padang walaupun hujan tidak berhenti sepenuhnya dan masih renyai renyai.

Tempat duduk berupa tikar yang disediakan juga telah habis basah namun semua pengunjung tidak memperduliakn perkara tersebut dan mereka terus khusuk berselawat bersama sama dengan kumpulan selawat daripada Yayasan Perdana Ummah.







Bagi Sangkakala, walaupun hujan turun dengan lebatnya di mini stadium Kuala Kubu Bharu pada malam tadi, program Selawat Perdana berjaya diadakan dan berjaya mengumpul ribuan orang untuk bersama sama berselawat.

Program ini juga telah dihadiri oleh ADUN kawasan Batang Kali yang turut bersama sama dengan para pengunjung dan ianya diakhiri dengan sedikit ceramah oleh seorang tokoh agama dari Jordan.