Isnin, 22 September 2014

TABUNG HAJI TAK BUAT PELABURAN ??? HABIS TU BUAT APA ???





KUALA LUMPUR, Isnin, 22 September 2014:  Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyatakan rasa kesal atas kenyataan berbentuk spekulasi mengenai pelaburan TH di Amerika Syarikat baru-baru ini.  TH sehingga kini tidak membuat sebarang komitmen pelaburan di Detroit atau mana-mana bandar lain di Amerika Syarikat.


Tidak ada sebarang transaksi atau pembayaran telah dibuat bagi tujuan pelaburan di Amerika Syarikat.  Oleh yang demikian,  orang ramai sewajarnya tidak mempercayai sumber-sumber tidak rasmi yang hanya berbentuk spekulasi yang tidak mencerminkan keadaan sebenar.

Untuk makluman, TH setakat ini telah membuat pelaburan di Arab Saudi, United Kingdom, Australia dan negara-negara Asia untuk mempelbagaikan pelaburannya.   Berikutan pulangan yang memberangsangkan daripada pelaburan di negara-negara tersebut, TH akan terus mencari peluang pelaburan yang serupa di negara-negara lain berdasarkan kepada rangka kerja Strategi Alokasi Asetnya.  Pelaburan luar negara, sebagaimana pelaburan domestik, adalah tertakluk kepada proses kelulusan pelaburan yang ketat.

TH sentiasa menekankan kepentingan Ummah dan para pendeposit dalam semua aktiviti-aktiviti pelaburannya.

-SUMBER-

Seorang blogger yang Sangkakala pernah tulis artikelnya yang memfitnah Perdana Menteri tentang perjumpaan bersama ketua ketua bahagian juga telah menulis tentang pelaburan ini dan sekali lagi nampaknya blogger ini telah menipu.

Blogger outsyedthebox sebelum ini menulis tentang pelabursan ini namun telah membuang artikel berkenaan berikutan daripada hentaman beberapa orang facebooker yang mempunyai fakta bahawa Tabung Haji tidak pernah membuat pelaburan di Amerika Syarikat berhubung dengan perumahan di Detroit.

Apa sebenarnya yang dikehendaki oleh blogger ni? Nak cari hits ke? Atau memang dilahirkan sebagai pemfitnah?

Jangan main tulis je BHAYA, sendiri malu nanti.

Penjelasan yang dibuat oleh Tabung Haji ini sedikit sebanyak akan memberi pencerahan kepada rakyat bahawa Tabung Haji bukanlah sebuah Badan Kerajaan yang dengan sewenang wenangnya mahu menggunakan wang pelabur dalam membuat pelaburan dan Sangkakala amat yakin, setiap pelaburan yang dibuat oleh Tabung Haji sudah pasti diselidiki serta diperhalusi sedalam dalamnya.


2 ulasan:

Sir Ori. berkata...

Azmin PKR jadi MB! Noh Udang yang hodoh lagi tak hensem melopong lagi..! Kah kah kah kah.

sangkakala berkata...

Apabila orang bodoh memberikan komen yang takde kena mengena dengan artikel ini le jadi nya