Jumaat, 28 Ogos 2015

CINA TETAP CINA !! CHONG SIN WOON ELOK LETAK SEMUA JAWATAN

Kalau dah duduk dalam Barisan Nasional tapi berpemikiran sama macam DAP, Sangkakala rasa ada baiknya kalau Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon meletakkan jawatan.


Kenyataan Ketua Pemuda MCA yang mengajak rakyat turun berdemo mengikut himpunan BERSIH 4.0 nampaknya sengaja mencabar kesabaran.

Memang betul kata orang tua tua dulu yang puak ni tak boleh dibuat baik apatah lagi dibuat kawan sebab puak kiasu ni akan jadi ibarat anjing tersepit yang akhirnya menggigit tuan sendiri.

Selama ni berapa ramai anak anak muda dari kaum cina yang di bawa oleh pemuda MCA untuk.menyokong kerajaan? Dan berapa pula sokongan daripada kaum cina terhadap MCA? Kalau ini pun Ketua Pemuda MCA ni tak mampu nak buat, adalah lebih baik mengundurkan diri dari jadi duri dalam daging.

Ingat wahai MCA, Melayu mampu untuk bergabung menjadi sebuah kerajaan dan jangan cabar kami sebagai orang Melayu untuk mengenepikan hak kamu sebagai rakyat Malaysia yang menumpang atas ehsan tok nenek kami dulu.


Rabu, 26 Ogos 2015

#supportfgv KEJATUHAN SAHAM FGV BUKAN PERKARA BIASA

Saham FGV melihatkan kejatuhan daripada RM 1.66 kepada RM 1.32 sesaham semalam dan ini bukanlah perkara luar biasa dengan keadaan ekonomi dunia serta kejatuhan matawang ke paras terendah dalam 17 tahun.

Walau bagaimanapun FGV telah membuat beberapa perancangan untuk jangkamasa panjang dan pendek dalam usaha memulihkan harga saham.

Kejatuhan ini semua berpunca daripada kejatuhan harga komoditi dan ianya dipengaruhi oleh harga komoditi dunia yang mana harga minyak mentah petrolium juga mengalami kejatuhan daripada 70 dollar kepada 50 dollar setong.

Ini turut membawa kesan kepada kejatuhan harga saham FGV dan dengan perancangan FGV untuk membeli saham PT Rajawali Group di Indonesia juga merupakan salah satu langkah kepada pemulihan harga saham.

Mungkin akan ada yang mengatakan bahawa dengan kejatuhan harga saham FGV sepatutnya tidak membeli PT Rajawali, itu sebenarnya adalah tidak tepat dimana jika dilihat, keuntungan sesebuah syarikat akan membolehkan pengukuhan harga saham.

PT Rajawali  adalah syarikat besar perladangan kelapa sawit di Indonesia dan kita semua tahu bahawa populasi di Indonesia adalah tinggi dan ini akan memberikan keuntungan kepada FGV dengan penjualan minyak masak kepada rakyat negara tersebut.

Kadar keuntungan ini akan memulihkan harga saham dimana apabila keuntungan sudah mula diperolehi, para pelabur dalam dan luar negara tidak akan teragak agak untuk memiliki saham FGV dan ini secara langsung akan membuatkan permintaan saham FGV akan melonjak naik.

Jadi disini kita dapat menilai betapa pentingnya pembeliam saham PT Rajawali untuk memastikan keuntungan FGV dimasa akan datang.


Selasa, 25 Ogos 2015

RINGGIT JATUH !! APA TINDAKAN BANK NEGARA ??? @NajibRazak

Kejatuhan nilai ringgit dalam pasaran matawang tidak dapat dinafikan lagi dan ianya bukan sahaja melibatkan matawang Malaysia malah seluruh dunia terlibat sama.

Ini biasa berlaku menurut kata beberapa orang pemain dalam pasaran matawang dan kita pernah mengalami kejatuhan paling teruk pada tahun 1998 dimana harga Ringgit jatuh ke paras RM 4.80 berbanding 1 dollar Amerika.

Tun Daim Zainuddin yang merupakan mantan Menteri Kewangan mengatakan pula bahawa Malaysia bakal bankrup menjelang September nanti akibat kejatuhan ini.

Persoalannya adakah Daim sedar bahawa pada tahun 1998 kejatuhan matawang adalah lebih buruk berbanding sekarang? Dan apa alasan Daim mengeluarkan kenyataan berkenaan? Adakah ianya salah satu cara untuk mengatakan bahawa ianya salah Perdana Menteri? 

Satu lagi, Sangkakala tak nampak apa tindakan Bank Negara dalam usaha untuk mengukuhkan Ringgit Malaysia? Apa tindakan susulan? Setahu Sangkakala Bank Negara mempunyai kepakaran dalam setiap urusan berkenaan dengan matawang.

Kalau Bank Negara tidak mengambil apa apa langkah pengukuhan ini bermakna apa yang dikatakan oleh Daim akan menjadi kenyataan dan secara langsung kita dapat melihat bahawa satu pihak akan dipersalahkan.

Kepada YAB Perdana Menteri, Sangkakala rasa kalau dalam Bank Negara sudah tidak ada lagi pakar ekonomi maka adalah lebih baik jika rombakan dalam Bank Negara juga dilakukan sama macam rombakan kabinet baru baru ini.



Ahad, 23 Ogos 2015

RAMAI YANG TAK SABAR NAK PEGANG JAWATAN TINGGI PARTI @NajibRazak

Nampaknya ramai yang dah tak sabar sabar nak memegang jawan tertinggi dalam parti tak kira di peringkat bahagian mahupun peringkat nasional.

Ini terbukti apabila ada diantara bahagian bahagian yang mengusulkan agar pemilihan diadakan pada tahun hadapan dan ianya sekaligus menolak apa yang di putuskan dalam mesyuarat MT UMNO yang mana pemilihan dilanjutkan selama 18 bulan dari tarikh yang sepatutnya.

Persoalannya disini hari ini, kenapa perlu kelam kabut nak diadakan pemilihan? Adakah pertandingan dalam parti lebih penting daripada pertandingan diantara parti? Adakah menjadi pemimpin parti lebih besar daripada menjadi kerajaan bagi sebuah negeri atau negara?

Seperti biasa jika ada pertandingan sudah pasti akan ada yang kecewa dan ianya bukan sahaja melibatkan calon, malah yang menyokong calon juga akan kecewa seterusnya akan menidakkan calon pilihanraya dan ayat biasa yang kita dengar ialah parti tak adil sebab calon pemilihan mereka kalah walaupun calon dalam pemilihan itu diundi oleh perwakilan.

Berapa ramai pula dikalangan calon yang mampu untuk mengendurkan tekanan perasaan para pengikut mereka supaya berkerja seperti biasa walaupun calon berkenaan kalah? Dan berapa peratus pula pengikut yang mampu menerima kekalahan calon mereka dan mereka kembali bertaut untuk memenangkan Barisan Nasional.

Kita semua dapat lihat bahawa kewujudan parti Semangat 46 adalah berpunca dari pemilihan parti apabila YM Tengku Razali Hamzah gagal untuk menjadi Presiden UMNO satu ketika dulu dan perpecahan di peringkat cawangan dan bahagian amat ketara selepas sahaja pemilihan.

Jadi kepada mereka mereka yang tak sabar sabar nak jadi pemimpin harap dapat faham dan tunggu sampai tarikh pemilihan yang akan diadakan nanti.



MINTA PEMBANGKANG JATUHKAN @NajibRazak TAPI KEKALKAN BN BUKTI TUN M MAKIN PARAH #kekalnajib

Nampaknya Tun Mahathir yang merupakan mantan Perdana Menteri kini memiliki pemikiran yang semakin parah gara gara terlalu ingin melihat Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak melepaskan jawatan.


Pernah atau tidak pembangkang menyokong atau berniat untuk mengekalkan kerajaan BN selama ni? Itu persoalan yang perlu dijawab dulu oleh Tun Mahathir jika beliau meminta pembangkang memikirkan bagaimana untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri dan dalam masa sama mengekalkan BN sebagai kerajaan.

Bagi Sangkakala ianya amat mencuit hati apabila kita semua maklum bahawa pembangkang tidak akan pernah berdiam diri dari berusaha menjatuhkan kerajaan BN sebagai kerajaan Malaysia.

Dari apa yang Sangkakala lihat, Tun Mahathir kini dalam situasi yang amat membimbangkan dan nampaknya akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Najib Razak dan tidak mustahil sekiranya Sangkakala menyebut kemingkinan satu hari nanti Tun Mahathir akan meminta kuasa luar pula untuk melakukan serangan terhadap negara demi mencapai cita cita beliau.

Tun Mahathir juga kemungkinan sudah lupa bahawa zaman beliau telah tamat dan kini zaman Najib untuk membentuk negara mengikut acuannya sendiri, kalau semua Perdana Menteri selepas Tun M perlu mengikut telunjuk beliau lebih baik Tun M jangan lepaskan jawatan sampai menangis beriya dalam Persidangan UMNO Kebangsaan.




Jumaat, 21 Ogos 2015

@azminali PENING KEPALA KENA KELUAR DUIT LAGI #selamatkanselangor

Nampaknya Azmin Ali dah pening bila ADUN dari Pakatan Rakyat di Selangor sendiri mengusulkan agar syarikat Darul Ehsan Investment Group dikaji semula dalam sidang DUN baru baru ni.

RM 30 billion aset kerajaan Selangor diletakkan dibawah DEIG yang hanya bermula dengan modal RM 2 dan diletakkan dibawah 2 orang ahli lembaga pengarah menimbulkan tanda tanya dan ianya menjadi kegusaran bukan sahaja ADUN BN malah ADUN ADUN Pakatan juga mula tertanya tanya tentang kenapa syarikat tersebut diberi kepercayaan untum mengurus tadbir aset kerajaan negeri.


DEIG bebas menggunakan wang keuntungan syarikat kerana ianya tidak terikat dengan kerajaan negeri dan dengan pendedahan serta usul yang dilakukan oleh ADUN Pakatan sudah jelas akan memeningkan kepala Azmin bagaimana untuk meyakinkan ADUN ADUN mereka sendiri tentang DEIG.

Apa yang Sangkakala lihat disini, tidak mustahil akan ada ADUN Pakatan yang akan menjadi jutawan segera dalam usaha Azmin untuk mendiamkan atau menutup mulut ADUN ADUN mereka sendiri.

Percaya atau tidak isu ini akan mendapat semula sokongan ADUN PR jika DEIG dengan bermurah hati menghulurkan sedikit sumbangan kepada mereka.

Dan apa yang pasti, rakyat Selangor yang akan menjadi mangsa dimana hak mereka sebagai rakyat akan digunakan untuk kepentingan politik Azmin Ali.



Khamis, 20 Ogos 2015

AZMIN ALI TUKAR SYARIKAT RM 2 JADI SYARIKAT MULTI BILLION DISELANGOR #selamatkanselangor

Hebat betul Menteri Besar Selangor bila terlebih percaya pada 2 orang yang tidak dikenali untuk mengendalikan syarikat Darul Ehsan Investment Group.

Yang lebih menarik apabila syarikat berkenaan cuma dikatakan menggunakan modal berbayar sebanyak RM 2 dan kini mempunyai aset sebanyak RM 30 Billion hasil daripada penganugerahan tanah di Selangor yang hampir percuma untuk dibangunkan.




Syarikat DEIG juga dikatakan tidak perlu untuk memberikan laporan audit kepada kerajaan negeri Selangor dan ini sekaligus nampaknya membiarkan syarikat berkenaan dengan sesuka hati menggunakan hasil keuntungan dari penjualan penjualan tanah di negeri Selangor tanpa pemantauan.

Mana mungkin sebuah syarikat yang baru sahaja ditubuhkan dengan 2 orang ahli lembaga pengarah mendapat kebebasan menggunakan keuntungan syarikat sedangkan syarikat tersebut mendapat keuntungan daripada hasil kerajaan negeri.

Persoalannya disini, siapa 2 orang ahli lembaga tersebut? Adakah mereka mewakili sesiapa dalam kerajaan negeri?

Kenapa tanah tanah ini tidak diserahkan kepada PKNS yang merupakan sebuah Perbadanan di bawah kerajaan negeri untuk menguruskan hartanah yang ada di Selangor? Kenapa perlu sebuah syarikat lain yang tidak berpengalaman? 

Ada juga yang mengatakan bahawa 2 orang ahli lembaga pengarah ini adalah proksi kepada Azmin Ali dan tak kurang juga yang mengatakan syarikat tersebut ditubuhkan untuk menyalurkan wang keuntungan syarikat kepada Azmin dan PKR.

Azmin perlu jawab semua pertuduhan ini kerana tanah di Selangor adalah hak rakyat Selangor dan ianya perlu diuruskan dengan amanah.



Rabu, 19 Ogos 2015

PUNCA SEBENAR AZMIN ALI TAK TIDUR MALAM #selamatkanselangor

Baru baru ni kecoh dalam media sosial lebih lebih lagi dalam facebook yang mengatakan bahawa Azmin Ali, Menteri Besar Selangor 2 bulan tak tidur malam memikirkan masalah negara.

Dengan berita tu tadi, maka berkokoklah penjilat tegar PKR mengatakan bahawa Menteri Besar mereka yang merampas kuasa secara sulit terhadap Khalid Ibrahim adalah seorang yang prihatin terhadap masalah rakyat.

Dalam diam tak diam, rupanya Azmin tak tidur malam bukanlah memikirkan masalah negara tetapi mungkin memikirkan bagaimana nak menjawab kehilangan wang sebanyak 7.65 billion yang merupakan wang untuk pengambil alihan syarikat konsesi air di Selangor.


Begitu juga dengan kemasukan wang dari penderma kepada Presiden UMNO, Dato' Sri Najib Razak, bagai nak gila pengikut PR mengatakan bahawa Presiden UMNO tak telus dan sebagainya.

Tapi apabila jelas terbukti dan didedahkan oleh Mantan Menteri Besar Selangor tentang wang pengambil alihan syarikat konsesi yang tidak didedahkan oleh Azmin, semua menikus dan diam membisu sedangkan 2.6 billion yang diterima oleh Presiden UMNO adalah dari penderma dan 7.65 billion pula ada lah wang rakyat Selangor untuk kepentingan dan keperluan air mereka di masa akan datang.

Dan satu lagi Sangkakala lihat sudah ada yang mula mempertahankan Azmin dengan mengatakan bahawa wang tersebut ada tersimpan sedangkan dalam sidang DUN Azmin tidak menunjukkan atau mendedahkan wang berkenaan hinggalah di sebut oleh Khalid Ibrahim yang mempertikaikan kemana wang tersebut di bawa.

Azmin lepas ni mungkin akan tak tidur malam untuk jangka masa panjang memikirkan bagaimana cara untuk keluar dari permasaalahan yang kini menghantui beliau dan rakyat Selangor perlu bangkit untuk membuat pertanyaan kemana wang mereka hilang.



Ahad, 16 Ogos 2015

LAUTAN MANUSIA DI DATARAN MERDEKA DALAM PROGRAM #DoaUntukMalaysia #SehatiSejiwa

Malam tadi di Dataran Malaysia dapat kita lihat, lautan manusia memenuhi padang untuk bersama sama dengan Perdana Menteri dan beberapa orang Menteri serta jemputan khas dalam program 'Doa Untuk Malaysia'.

Walaupun pada awal sebelum program berlangsung dan semasa program sedang berlangsung hujan renyai renyai seolah namun para hadirin tidak berganjak malah bertambah dari semasa ke semasa.










Kehadiran pada program kali ini amat memberangsangkan dimana kehadirannya setanding dengan kehadiran pada tahun lepas di tempat yang sama.

Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan Islam, bersatu hati dan bersama sama berdoa demi untuk memohon kehadrat Allah SWT agar Malaysia terus selamat dari segala bentuk fitnah dan adu domba serta bencana.

Program ini sebenarnya adalah program permulaan bagi kita semua menyambut ulangtahun kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos nanti.

Program kali kedua diadakan ini juga memperlihatkan kesungguhan kerajaan Malaysia untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian dimana semasa awal program, solat hajat telah diadakan dan hadirin telah bersama sama dalam solat hajat berkenaan.

Menurut kata penganjur, program ini akan diteruskan setiap tahun dan ianya akan menjadi acara tahunan sebelum menyambut ulangtahun kemerdekaan tanah air.



Sabtu, 15 Ogos 2015

#DoaUntukMalaysia BAKAL GEGARKAN DATARAN MERDEKA PETANG INI #SehatiSejiwa

Jam 7 malam nanti bermulalah program 'Doa Untuk Malaysia' di Dataran Merdeka dan kita akan saksikan rakyat Malaysia berkumpul untuk sama sama berdoa kepada Allah SWT agar Malaysia selamat, aman dan makmur serta dihindari dari segala bentuk fitnah yang memusnahkan negara.


Untuk menjayakan program 'Doa Untuk Malaysia' ni, seluruh rakyat Malaysia tak kira jauh dan dekat dijemput untuk bersama sama melapangkan masa hadir ke majlis tersebut.

Majlis 'Doa Untuk Malaysia' ini memang telah dijadikan acara tahunan dimana setiap kali kita akan menyambut hari ulangtahun kemerdekaan, maka majlis Doa Untuk Malaysia akan menjadi pembuka tirai.

Jadi oleh itu, marilah kita bersama sama dalam menjayakan program yang amat baik dalam usaha kita semua untuk melihat Malaysia terus berada dalam lindungan Allah.




Jumaat, 14 Ogos 2015

CHEW MEI FUN SEDANG TUNJUK KEBODOHAN MELAMPAU

Syukur juga bila Naib Presiden MCA, Chew Mei Fun kalah di Kajang dalam PRK melawan Wan Azizah tahun lepas.

Kalau ditakdirkan mangkuk ni menang, mungkin banyak lagi kebodohan beliau akan dapat diperlihat di mata masyarakat dan rakyat Malaysia.

Cadangan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah untuk membuka sebuah hub perniagaan barangan IT di bangunan MARA nampaknya mengundang rasa tidak puas hati Chew Mei Fun.


Kalau cina tetap cina, apa salah kalau nak buka 100 lagi pusat perniagaan IT di Kuala Lumpur? Apa kena mengena dengan perpecahan kaum? 

Chew Mei Fun perlu sedar bahawa kaum cina sendiri dah tak mau menerima beliau dan ini terbukti dengan kekalahan 2 kali dalam pilihanraya, jadi jangan sebut kalau nak kata cadangan Ismail Sabri boleh memecah belahkan kaum atau rasis sebab yang rasis tu adalah bangsa kamu sendiri.

Ikuti tuduhan Chew Mei Fun DISINI..

Sangkakala cuma berpesan satu perkara kepada Chew Mei Fun, sebagai pemimpin dalam BN, kamu tak seharusnya menghalang seorang Menteri dari UMNO untuk menaikkan ekonomi dan taraf perniagaan orang Melayu.

Dan kalau kamu merasakan bahawa kamu ada hak untuk menghalang, kami sebagai orang Melayu juga mempunyai hak untuk pertahan.


Khamis, 13 Ogos 2015

#DoaUntukMalaysia SEJAUH MANA RAKYAT CINTAKAN NEGARA ??

Sabtu nanti akan diadakan satu program di Dataran Merdeka iaitu program 'DOA UNTUK MALAYSIA' yang akan bermula pada jam 7 malam.


Seluruh rakyat Malaysia di jemput untuk menghadirkan diri bersama sama memanjatkan doa ke hadrat Tuhan agar negara terus terpelihara dari pelbagai masaalah dan musibah.

Sebagai rakyat yang mahu melihat negara dalam keadaan aman dan damai, tidak menjadi satu kerugian jika melapangkan masa untuk kita semua turut sama dalam program yang akan berlangsung pada hari Sabtu nanti.

Bukan sahaja orang Islam, malah rakyat yang menganuti agama lain juga boleh turut sama berdoa mengikut cara dan kepecayaan masing masing.

Semoga apa yang bakal kita usahakan nanti akan mendapat berkat dari Tuhan dan sama samalah kita doakan Malaysia akan terus aman dan makmur serta maju setanding dengan negara negara maju yang lain.






Selasa, 11 Ogos 2015

LAGI SEKALI @IsmailSabri60 BUAT HAL

Masa mula pegang jawatan sebagai Menteri Pertanian dulu Sangkakala ingat lagi apabila YB Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri membuat kempen 'JIHAD PERANGI ORANG TENGAH' hanya semata mata mahu melihat petani, penternak dan nelayan memperolehi pendapatan lumayan hasil dari usaha penat lelah mereka.

Menteri ini pernah berkata bahawa petani, penternak dan nelayan di luar negara mampu menjadi jutawan hanya melalui usaha dan bidang yang mereka ceburi dan kini nampaknya usaha berkenaan sudah menampakkan hasil dimana beberapa program untuk membantu golongan tersebut oleh badan badan kerajaan turut sama memainkan peranan.

Kini setelah memegang jawatan sebagai Menteri di Kemeterian Kemajuan Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah, Dato' Sri Ismail Sabri merangka rangka untuk membuka hub IT atau pusat jualan barangan IT di bangunan MARA jalan Raja Laut.


Mungkin ramai yang tahu bahawa ini adalah untuk memberikan pilihan kepada pengguna tempat untuk mencari serta membeli barangan atau gajet berkaitan dengan IT dan elektronik, tapi bagi Sangkakala ianya dilihat dari konteks yang lain.

Ada kemungkinan Menteri ini melihat bahawa pada hari ini ramai dikalangan anak anak Melayu dan Bumiputera mempunyai kelebihan dalam urusan jual beli dan khidmat pembaikan barangan tersebut tetapi mereka ini tidak mampu untuk menyewa premis yang kadar sewanya agak tinggi seperti pusat pusat membeli belah.

Dengan adanya inisiatif ini maka golongan muda Melayu dan Bumiputera mampu untuk memberikan saingan tambahan pula ianya selaras dengan tujuan penubuhan MARA iaitu membantu orang Melayu khususnya.

Tahniah dan syabas Sangkakala ucapkan kepada Dato' Sri Ismail Sabri yang nampaknya peka dan prihatin dengan isu serta keperluan semasa.



KENYATAAN TUN MAHATHIR SEMAKIN KELIRU #kekalnajib

Pada tahun 1998, semasa Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri serta ahli UMNO kerana salah laku dan kemudian dipenjarakan atas salah guna kuasa, maka berhimpunlah para penyokong beliau hingga tertubuhlah parti PKR.

Masa tu ramai yang ditahan dan ditempatkan di penjara dibawah akta ISA hanya semata mata mereka melakukan demonstrasi yang digelar sebagai REFORMASI.

Dan semasa himpunan BERSIH pula, Tun Tun Mahathir mengatakan bahawa demonstrasi bukanlah budaya rakyat Malaysia dan ini diakui kerana kejatuhan beberapa buah negara adalah melalui demonstrasi yang ditaja oleh mereka mereka yang tidak senang terhadap sesebuah kerajaan.

Tapi kini nampaknya Tun Mahathir pula dilihat ingin menggunakan pendekatan berdemonstrasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak.


Apakah kata kata Tun Mahathir bahawa demonstrasi bukan budaya rakyat Malaysia hanya untuk menyelamatkan beiau semata mata.

Adakah Tun Mahathir juga lupa bahawa dalam UMNO sendiri ada perlembagaan dimana pemilihan untuk memilih pucuk pimpinan parti diadakan setiap 3 tahun sekali dan boleh ditangguhkan sehingga 5 tahun mengikut persetujuan Ahli Majlis Tertinggi?

Tapi nampaknya Tun Mahathir tidak mengikut landasan yang betul apabila mengatakan bahawa demonstrasi boleh dilakukan untuk mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Sebagai pakar ekonomi rasanya Tun Mahathir tahu apa akibatnya terhadap ekonomi negara jika demonstrasi di jalankan tak kira atas apa alasan sekali pun.

Kita pernah lihat beberapa buah negara yang ekonominya merudum jatuh apabila demonstrasi dijalankan.

Para pelabur takut untuk melabur kerana keadaan tidak stabil dan ini sebenarnya merosakkan negara. Adakah Tun Mahathir mahu keadaan itu berlaku setelah cita cita beliau tidak tertunai? 

Seorang Negarawan yang disegani, yang telah membela dan membangunkan negara selama 22 tahun, kini nampaknya cuba untuk merosakkan apa yang beliau lakukan sebelum ini.

Sangkakala tidak berniat untuk memperkecilkan sesiapa, tetapi dari apa yang Sangkakala nampak, jika keadaan ini berterusan maka akan hancurlah kerajaan dan negara ni.

Jadi saranan saranan seperti ini tidak wajar dikeluarkan oleh seorang Negarawan yang disegani oleh bukan sahaja Malaysia malah dunia.



Isnin, 10 Ogos 2015

TERKEDU APABILA BELIA FELDA SOKONG FGV #supportfgv

Nampaknya kali ni ada yang terkedu bila setiap kali kita dapat lihat hentaman demi hentaman di lemparkan kepada Felda Global Ventures apabila syarikat tersebut bercadang untuk membeli saham syarikat PT Eagle Plantation sebuah syarikat perladangan besar di Indonesia disokong oleh Majlis Belia Felda.

Presidennya, YB Sdr Anuar Abd Manap mewakili Majlis Belia Felda menyatakan sokongan terhadap usaha yang dilakukan oleh FGV demi untuk kepentingan peneroka dan para pelabur lain.


Pembelian saham syarikat PT Eagle Plantation sebenarnya memang mampu menjana lebihan pendapatan kepada FGV dan ini sekaligus mampu untuk memberikan keuntungan berganda kepada para pelabur.

Ramai terutamanya dari kalangan pihak pembangkang menggembar gemburkan bahawa FGV akan merugikan para pelabur sedangkan itu semua hanyalah dakyah yang bersangkutan dengan politik tanah air dan para pengkritik ini sebenarnya tahu bahawa FGV mampu menjana pendapatan dengan lebih kukuh dimasa akan datang dengan plan pembaharuan yang sedang dijalankan.



Jumaat, 7 Ogos 2015

ANTARA BEKAS SETIAUSAHA BAHAGIAN YANG TAK TAU BEZAKAN KENYATAAN #DSNO

Dalam UMNO hari ni nampaknya lebih ramai tukang salak dari tukang buat kerja, sebagai contoh Sangkakala masukkan di bawah print screen bekas Setiausaha Bahagian yang banyak kontroversi semasa memegang jawatan di Bahagian Bandar Tun Razak dulu.


Memang tak salah kalau mamat yang Sangkakala gelarkan sebagai PEMBURU TANAH WAKAF ni nak bagi kenyataan atau komen terhadap apa yang diperkatakan oleh salah seorang Ketua Bahagian di Selangor yang meminta Timbalan Presiden melepaskan jawatan, tapi apa kena mengena dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri?

Kenyataan yang dimaksudkan oleh 'PEMBURU TANAH WAKAF' ni adalah kenyataan peribadi Ketua Bahagian tersebut dan bukan mewakili lain lain Ketua Bahagian atau Pengerusi Perhubungan.

Apa yang jadi kelakar, bila depan Noh Omar, mamat ni pijak semut pun tak mati, tapi bila dalam FB dia le pakar segala pakar dan pengkritik hebat dalam politik.

Kalau nak diikutkan dari apa yang diperkatakan oleh SI TUA ni dalam akaun Facebook dia, Noh Omar dikatakan gagal memberi arahan kepada Ketua Ketua Bahagian dalam Selangor, betul ke macam tu? Atau boleh ke SI TUA ni bagi bukti perkara tersebut berlaku atau hanya melihat dari jauh?

Sangkakala nak nyatakan disini, selama SI TUA PEMBURU TANAH WAKAF ni memegang jawatan Setiausaha Bahagian Bandar Tun Razak, adakah dia mampu memberikan arahan kepada Setiausaha Cawangan? Kalau mampu, takkan tak dilantik semula memegang jawatan.

Kalau di bahagian pun SI TUA PEMBURU TANAH WAKAF ni tak mampu uruskan, baik duduk diam diam dan fokus pada cawangan kot kot dalam PRU 14 boleh menyumbang kerusi pada BN Bandar Tun Razak, itu pun kalau mampu dan kalau tak mampu pula, teruskan mencari dana daripada mana mana Menteri untuk mencari sesuap nasi tengah hari dan malam, kot nanti kebulur tak makan lak.



Rabu, 5 Ogos 2015

PENIAGA MELAYU TERUS DITINDAS OLEH PBT !!! ARAHAN SIAPA AGAKNYA NI ??? @NohOmar

Selama ni kita disajikan dengan pelbagai permasaalahan dalam pentadbiran kerajaan Selangor seperti masalah air, kesihatan dan sebagainya.

Hari ini pula satu lagi sajian diberikan oleh kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Azmin Ali iaitu merobohkan gerai.

Gerai gerai makan di seksyen 7 Kota Damansara dirobohkan tanpa mengambil kira toleransi diantara rakyat dengan kerajaan.

17 peniaga terlibat apabila gerai mereka dirobohkan pagi tadi dan satu perkelahian hampir tercetus apabila salah seorang peniaga hilang sabar melihat gerai yang selama ini menjadi tempat beliau mencari sesuap nasi rebah menyembah bumi setelah ditolak dengan jentera oleh pegawai penguatkuasa MBPJ.








Mengikut kata peniaga, dua notis telah dikeluarkan oleh MBPJ dan mereka telah pergi ke pejabat MBPJ untuk melakukan rundingan tetapi pihak MBPJ telah meminta para peniaga ini berjumpa pula dengan seorang Ahli Majlis bernama Shatiri. Notis yang diberikan pula bukanlah merobohkan gerai tetapi notis yang mengatakan bahawa mereka berniaga tanpa lesen.


Sepatutnya perjumpaan dengan Ahli Majlis tersebut berjalan pagi ini tetapi apa yang memeranjatkan mereka apabila jentolak MBPJ dengan rakus meranapkan gerai mereka tanpa menunggu keputusan perbincangan diantara mereka dengan Ahli Majlis tersebut.

Yang menariknya, bukan sahaja perbincangan tidak berlangsung, malah Ahli Majlis yang dimaksudkan berkata bahawa beliau dalam perjalanan ke tempat kejadian dan sehingga selesai kerja kerja merobohkan gerai, muka Ahli Majlis pun tak nampak malah selepas dihubungi pada kali pertama, Shatiri dikatakan tidak lagi menjawab panggilan telefon.

Ini le nasib rakyat Selangor khususnya orang Melayu di negeri Selangor. Nak berniaga untuk mencari sesuap nasi amat payah sedangkan gerai gerai ini telah pun wujud di zaman kerajaan Barisan Nasional lagi.

Tapi apabila kerajaan Pakatan mengambil alih nasib peniaga di Selangor umpama telur dihujung tanduk.

Tapi tak disalahkan juga, sudah dua penggal Pakatan menjadi kerajaan dan permasaalahan permasaalahan ini sering berlaku namun ada rakyat Selangor masih memilih Pakatan sebagai kerajaan negeri.



Selasa, 4 Ogos 2015

AHLI UMNO PERLU BERSATU UNTUK MENJAGA KEDUDUKAN ORANG MELAYU @razaliibrahim


HULU IJOK - Ahli Umno perlu bersatu-padu untuk terus menjaga kedudukan orang Melayu dan agama Islam di samping meneruskan kesinambungan parti pada masa depan.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata setiap ahli tidak boleh sewenang-wenangnya mendengar khabar angin yang boleh memecahbelahkan Umno.

"Jangan ada orang Umno yang cuba mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan kita kerana apa yang kita buat ini adalah untuk kukuhkan kerajaan dan parti.

"Bila Umno pecah, Melayu menjadi lemah kerana Umno ditubuhkan disebabkan oleh orang-orang Melayu," katanya ketika berucap pada majlis perasmian serentak Mesyuarat Agung Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Larut 2015 di sini hari ini.

Razali turut mengulas rombakan kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa lepas, yang mencetus pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat mahupun anggota parti.

"Hakikatnya bohong orang yang tiada perasaan sahaja yang tidak marah. Orang yang mahu tengok Umno terus bercakaran sahaja tidak marah, tidak sedih, namun keputusan yang dibuat adalah kuasa perdana menteri, tidak ada masalah bagi saya.

"Kita harus bijak mengawal emosi kita mengenai isu tersebut kerana ini bukanlah perkara yang dapat kita bawa ke hadapan. Jangan kita marah sampai kita bakar segalanya,"

Razali, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, berkata jangan wujud prasangka buruk dengan keputusan perdana menteri, dan sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyokong pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan mendatangkan hasil pada masa akan datang. 

-Sumber:- SINAR

BLOGGER COPY PASTE CUBA BANGKITKAN KENYATAAN LAMA @NohOmar

Nampaknya dah ada blogger tak tau datang darimana copy paste artikel lama dari MalaysiaKini semata mata untuk membangkitkan kemarahan rakyat Selangor.

Kenyataan tersebut dibuat sebelum pilihanraya umum ke 13 yang lalu dan yang paling ketaranya kenyataan tersebut telah diolah untuk mengelirukan serta menunjukkan persepsi buruk terhadap UMNO dan Barisan Nasional Selangor.


YB Datuk Seri Noh Omar mengeluarkan kenyataan kepada Pakatan Pembangkang yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihanraya di Malaysia dan perkara tersebut jelas dinyatakan dalam artikel DISINI..

Pembangkang selama ini sengaja mengenengahkan isu tentang ketelusan pilihanraya dan ianya disambut oleh YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kemudian kenyataan berkenaan disokong oleh YB Datuk Seri Noh Omar yang bersetuju sekiranya Pembangkang tidak berpuas hati dengan sistem pilihanraya di Malaysia dan undang undang yang termaktub dalan perlembagaan maka mereka ini seharusnya duduk di dalam hutan dan gunakan undang undang rimba.

Jadi disini apa yang Sangkakala nampak, tidak ada isu tentang perkara tersebut dan kalau mengikut tajuk yang disebut oleh blogger PanasSensasiTerkini jelas menunjukkan bahawa blogger ini dengan sengaja mencetus bara di kalangan rakyat.

Kalau setakat nak copy paste artikel dari MalaysiaKini rasanya penulis laman blog berkenaan tak mempunyai etika dalam penulisan dan sengaja menyemarakkan api kemarahan sedangkan apa yang disebut memang betul.




Ahad, 2 Ogos 2015

APA MASALAH ANGGOTA PAC JADI ANGGOTA KABINET ??

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Rahman Dahlan berikutan beberapa spekulasi tentang anggota PAC yang menjadi anggota Kabinet 

2 Ogos 2015
Abdul Rahman Dahlan 
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional

Anggota PAC menjadi Anggota Kabinet: Apa Masalahnya?
1. Parti pembangkang membuat bising berhubung keputusan Perdana Menteri melantik 4 Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebagai menteri dan timbalan menteri dalam rombakan Kabinet baru-baru ini.

2. Pertama, seperkara yang perlu dijelaskan ialah keempat-empatnya bukan dilantik kerana mereka adalah anggota PAC tetapi atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen.

3. Berdasarkan perkembangan semasa, kita mungkin terpaksa menunggu sebelum PAC dapat meneruskan siasatan ke atas 1MDB. Berapa lama? Ia dianggar kira-kira 2 bulan kerana persidangan ketiga Parlimen hanya bermula pada awal Oktober bag menentukan pengerusi baharu dan penggantian anggota PAC.

4. Penangguhan itu mempunyai justifikasi tersendiri. Berikutan pendedahan dokumen palsu oleh Sarawak Report dan pengakuan teori konspirasi beberapa individu, adalah lebih baik bagi PAC menunggu keadaan reda dan mendapat gambaran lebih jelas secara menyeluruh. Jika tidak, PAC mungkin membuat keputusan berdasarkan andaian yang tidak tepat.

5. Apakah empat pelantikan baru-baru ini akan memesong atau menghentikan keseluruhan siasatan? Jawapannya sudah tentu tidak. Kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan sebarang siasatan oleh Parlimen. Sebaik ia dimulakan, ia hanya boleh dihentikan apabila PAC sudah membuat keputusan dan membentangkannya kepada Ahli Dewan Rakyat. PAC tidak menghentikan fungsi atau siasatannya hanya kerana beberapa Ahli Parlimen bukan lagi menjadi anggotanya. Secara ringkasnya, itu adalah cara PAC beroperasi.

6. Justeru, saya tidak fikir PAC akan lumpuh hanya kerana 4 anggotanya dinaikkan pangkat ke dalam Kabinet. PAC diwujudkan sejak merdeka dan kekal sebagai lambang demokrasi berparlimen. Ia akan kekal begitu selagi Parlimen berfungsi di negara ini.

7. Pelantikan empat Ahli Parlimen bagi mengisi satu jawatan menteri dan tiga jawatan timbalan menteri itu dibuat berikutan keuapayaan dan kedudukan mereka dalam parti masing-masing. Mari kita perhalusi kemampuan mereka dengan terperinci.

8. Sebagai contoh, Datuk Madius Tangau adalah Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dan secara dasarnya, beliau perlu menganggotai Kabinet. Jika Perdana Menteri tidak melantiknya minggu lalu, ia akan menghantar isyarat salah kepada ahli UPKO. Secara tidak langsung, pentadbiran Pusat akan dilihat tidak menghormati pilihan ahli UPKO. Selaku Setiausaha BN Sabah, saya berpendapat adalah salah bagi Perdana Menteri menafikan hak Presiden parti komponen di Sabah untuk menjadi anggota Kabinet.

9. Ini membawa kita kepada Datuk Reezal Merican yang dikenali sebagai Ahli Parlimen serba boleh. Saya mengenali Datuk Reezal sejak lebih 10 tahun lalu. Beliau berpengetahuan luas dan berupaya menggarap pelbagai perkara. Anda boleh mengadakan perbincangan intelek bersamanya mengenai apa perkara sekalipun dan saya berjanji, anda tidak akan kecewa dengan pemahaman beliau mengenai isu yang diperkatakan.

10. Anda akan mendapati beliau mudah dibawa berbicara, termasuk apabila membincangkan isu seperti ekonomi antarabangsa, pelaburan dan kewangan, sosial, sejarah Asia Barat dan undang-undang Islam. Jika anda tidak percaya, hubungi beliau dan ajak beliau berbincang. Anda boleh berbicara dalam bahasa Inggeris, Melayu atau Arab. Beliau fasih dalam ketiga-tiga bahasa, lengkap dengan lenggok tatabahasanya.

11. Pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Luar akan memberi Malaysia kelebihan dari segi hubungan antarabangsa, terutama hubungan Malaysia dengan Asia Barat yang mana kefasihannya berbahasa Arab adalah kelebihan besar.

12. Menyentuh mengenai Datuk Mas Ermieyati Samsudin, sudah menjadi tradisi UMNO untuk menyerap Ketua Puteri ke dalam Kabinet. Perkara sama dilakukan terhadap Datuk Seri Azalina Othman, Datuk Noraini Ahmad dan Datuk Rosnah Rashid Shirlin ketika menerajui Puteri UMNO. Berbekalkan latar belakang beliau dalam bidang perundangan, Mas Ermieyati seharusnya berada dalam barisan hadapan.

13. Bagaimanapun, semestinya yang paling hebat dikritik adalah pelantikan bekas Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohammed.

14. Rentetan kritikan dan tindakan pembangkang memperlekehkan pelantikan beliau berlaku dengan pantas dan secara berterusan. Tambahan pula, beliau berada tengah-tengah kemelut 1MDB dan sepatutnya mengetuai siasatan terhadap 1MDB. Di sebalik segala kecaman itu, saya tetap yakin kita perlu berlaku adil terhadap beliau.

15. Saya dilantik menganggotai PAC bersama Datuk Nur Jazlan pada 2008. Ketika saya bernasib baik kerana diberi peluang menjadi Menteri Kabinet pada 2013, beliau tidak mendapat peluang sedemikian dan berikutan itu, ramai penyokong dan pengundinya menganggap kerjaya politik Datuk Nur Jazlan "terkapai-kapai" – terutama apabila ini adalah tahun kelapan beliau sebagai anggota PAC.

16. Terlepas menganggotai Kabinet pada tahun 2013 bukanlah kali pertama. Hakikatnya, Datuk Nur Jazlan terlepas enam peluang untuk dilantik menganggotai Kabinet sepanjang menjadi Ahli Parlimen.

17. Kali pertama adalah ketika pengumuman pembentukan Kabinet tidak lama selepas pilihan raya umum (PRU) 2004. Kali kedua adalah ketika Kabinet oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Februari 2006. Kali ketiga adalah sewaktu pembentukan Kabinet selepas PRU ke-12 pada 2008. Kali keempat ketika Datuk Seri Najib Razak mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009. Kali kelima adalah pembentukan Kabinet selepas PRU ke-13 pada 2013 dan kali keenam apabila Datuk Seri Najib Razak membuat rombakan kecil Kabinet pada 2014. Soalan yang perlu dijawab ialah apakah adil untuk menafikan peluang beliau memanjangkan karier politiknya buat kali ketujuh?

18. Menerusi pertimbangan kurang cederik, kita mungkin berkata "ya" kerana lebih minat melihat beliau memenuhi kehendak kita berbanding kemahuan sendiri. Bagaimanapun, jawapannya agak berbeza bagi beliau. Dan secara jujurnya, kita tidak boleh menyalahkan beliau kerana berfikiran sedemikian. 



19. Datuk Nur Jazlan dilahirkan dalam keluarga politik. Bapanya, Allahyarham Tan Sri Mohammad Rahmat, pernah menjadi pemimpin hebat dalam UMNO dan menteri persekutuan serta Setiausaha Agung UMNO. Darah politik pekat mengalir dalam dirinya. Justeru, mudah membuat andaian bahawa kesinambungan legasi bapanya adalah penting buat Datuk Nur Jazlan, keluarganya dan pengundinya, seiring kerjaya politik cemerlang keluarganya.

20. Untuk menyimpulkan segala-galanya secara jujur, setiap Ahli Parlimen menyimpan impian untuk berbakti kepada negara. Cara terbaik ialah menjadi anggota Kabinet sebagai menteri atau timbalan menteri.

21. Kita perlu memberi ruang kepada Datuk Nur Jazlan untuk meniti landasan kerjayanya dengan hati dan pemikiran terbuka. Beliau, penyokong dan rakyat di kawasan, layak menerima penghormatan itu! Jika beliau terlepas rombakan Kabinet baru-baru ini, peluang berikutnya adalah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 dan itu adalah tiga tahun dari sekarang.

22. Harus diingat, PAC boleh disusun semula. Itu tidak menjadi masalah. Ia tidak akan mengambil masa lama, paling lama adalah 2 bulan kerana Parlimen akan bersidang semula Oktober depan bagi menentukan Pengerusi baharu dan penggantian anggota PAC. Saya yakin pengerusi baharu akan menyambung apa yang dilakukan Datuk Nur Jazlan tanpa banyak masalah. Paling utama, tidak harus wujud sebarang keraguan terhadap PAC sebagai lambang kebenaran dalam demokrasi berparlimen negara ini.

-Tamat-

BILA HATI DAH JADI HITAM !! KENYATAAN @IsmailSabri60 JADI PERTIKAIAN

Dikala saat sekarang ni, ramai sungguh mereka mereka yang membenci Najib Razak sebagai Perdana Menteri akan mengeluarkan apa sahaja hujah termasuk memberikan kata kata yang dilihat amat kurang menyenangkan.

Kenyataan seorang Menteri yang mengeluarkan pandangan peribadi juga akan disalah tafsir sehingga boleh mencetuskan kekeliruan.

Tapi itu semua adalah lumrah sebagai manusia tambahan pula bagi yang bernama Melayu yang kebanyakannya akan menjadi 'BATU API' untuk memperlihatkan seorang pemimpin menjadi buruk di mata masyarakat.

Sangkakala tunjukkan satu contoh manusia yang telah hitam hatinya terhadap kepemimpinan YAB Dato' Sri Najib Razak melalui status facebook.


Mungkin pemilik akaun ini tidak mampu menganalisa secara positif apa yang dimaksudkan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri dalam kenyataan beliau.

Cuba fikirkan secara positif sebentar, Najib Razak memenangi jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan dan pemilihan itu pula dibuat oleh ahli UMNO di peringkat akar umbi.

Apa yang membuatkan ahli UMNO boleh memilih Najib Razak sebagai pemimpin nombor 1 parti dan seterusnya negara?

Bukankan atas dorongan dari Allah SWT maka Najib telah dipilih oleh para perwakilan untuk menjadi pemimpin?

Maka jika ada yang tidak mampu atau tidak mahu percaya dengan ketentuan ini maka mereka juga tidak percaya kepada Allah sepertimana yang disebutkan oleh Ismail Sabri.

Jika mereka percaya dengan ketentuan ini, dan mereka percaya bahawa setiap ketentuan Allah itu ada hikmah disebaliknya, maka sudah pasti mereka dapat menerima apa yang diucapkan oleh YB Dato' Sri Ismail dan mereka juga akan menerima dengan berlapang dada.

Cuma apabila hati sudah tidak lagi mampu untuk menerima dan tidak lagi mahu kearah kebaikan, maka pelbagai tohmahan akan dilempar tanpa mengkaji sejauh mana ianya benar.

Kepada pemilik akaun seperti yang Sangkakala paparkan diatas, kalau nak komen boleh, cuma kaji dan selidik supaya perpecahan tidak terus berlaku.




Sabtu, 1 Ogos 2015

USAHA BERSEKUTU ISRAEL DENGAN PEMBANGKANG UNTUK PERALIHAN KERAJAAN MALAYSIA

1. "Premesh Chandran, Ketua Pegawai Eksekutif media portal Malaysiakini, adalah penerima dana daripada Open Society Foundation yang dibiayai oleh seorang Yahudi, George Soros. Portal Malaysiakini telah ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak USD100,000 yang dibiayai oleh Southeast Asian Press Alliance (SEAPA), satu lagi organisasi yang disyaki mempunyai kaitan dengan Jabatan Negara Amerika Syarikat."

2. "Suaram, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang kononnya mempromosikan hak asasi manusia, mendapat kritikan hebat berkenaan dana pembiayaan dan struktur organisasinya. Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah melaksanakan siasatan ke atas syarikat Suara Inisiatif Sdn Bhd, sebuah syarikat yang berkaitan dengan Suaram, yang telah digunakan sebagai saluran untuk menyalurkan dana daripada organisasi luar negara pro-Israel iaitu NED."

3. "Wartawan penyiasat bebas telah menemui beberapa surat yang telah ditulis oleh Anwar Ibrahim, dua daripadanya telah dihantar kepada Presiden NED, Karl Gershman, seorang Yahudi pro-Israel di Washington DC. Surat ketiga dihantar oleh Anwar kepada seorang lagi Yahudi iaitu George Soros untuk memohon kerjasama dalam firma yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim. Pengarah Komunikasi Pakatan Rakyat, Nik Nazmi Nik Ahmad telah mengesahkan kesahihan dokumen-dokumen tersebut."


Sumber : http://www.globalresearch.ca