Rabu, 19 Ogos 2015

PUNCA SEBENAR AZMIN ALI TAK TIDUR MALAM #selamatkanselangor

Baru baru ni kecoh dalam media sosial lebih lebih lagi dalam facebook yang mengatakan bahawa Azmin Ali, Menteri Besar Selangor 2 bulan tak tidur malam memikirkan masalah negara.

Dengan berita tu tadi, maka berkokoklah penjilat tegar PKR mengatakan bahawa Menteri Besar mereka yang merampas kuasa secara sulit terhadap Khalid Ibrahim adalah seorang yang prihatin terhadap masalah rakyat.

Dalam diam tak diam, rupanya Azmin tak tidur malam bukanlah memikirkan masalah negara tetapi mungkin memikirkan bagaimana nak menjawab kehilangan wang sebanyak 7.65 billion yang merupakan wang untuk pengambil alihan syarikat konsesi air di Selangor.


Begitu juga dengan kemasukan wang dari penderma kepada Presiden UMNO, Dato' Sri Najib Razak, bagai nak gila pengikut PR mengatakan bahawa Presiden UMNO tak telus dan sebagainya.

Tapi apabila jelas terbukti dan didedahkan oleh Mantan Menteri Besar Selangor tentang wang pengambil alihan syarikat konsesi yang tidak didedahkan oleh Azmin, semua menikus dan diam membisu sedangkan 2.6 billion yang diterima oleh Presiden UMNO adalah dari penderma dan 7.65 billion pula ada lah wang rakyat Selangor untuk kepentingan dan keperluan air mereka di masa akan datang.

Dan satu lagi Sangkakala lihat sudah ada yang mula mempertahankan Azmin dengan mengatakan bahawa wang tersebut ada tersimpan sedangkan dalam sidang DUN Azmin tidak menunjukkan atau mendedahkan wang berkenaan hinggalah di sebut oleh Khalid Ibrahim yang mempertikaikan kemana wang tersebut di bawa.

Azmin lepas ni mungkin akan tak tidur malam untuk jangka masa panjang memikirkan bagaimana cara untuk keluar dari permasaalahan yang kini menghantui beliau dan rakyat Selangor perlu bangkit untuk membuat pertanyaan kemana wang mereka hilang.



Tiada ulasan: