Akhbar rasmi PAS (HARAKAH) kini giat dalam mempertikaikan tentang Akhbar Utusan Malaysia yang dikatakan lidah kepada UMNO dan BN dan selalu mengatakan bahawa akhbar tersebut sentiasa mengeluarkan berita-berita yang mengandungi unsur-unsur fitnah terhadap PAS.
Adakah HARAKAH merasa tercabar setelah segala yang di laporkan tidak mendapat sambutan dari pembaca di seluruh Negara?
Jika dikatakan akhbar Utusan Malaysia menjadi lidah kepada UMNO dan BN, apa kurangnya pula dengan HARAKAH yang menjadi lidah rasmi PAS? Teluskah HARAKAH dalam menyampaikan segala maklumat kepada pembaca?
Sangkakala merasakan isu tentang akhbar Utusan Malaysi ini timbul setelah kenyataan bahawa ‘kristian agama rasmi’. Mungkin pembaca harakah tidak mengetahui apa yang tertulis di dalam Utusan Malaysia pada masa itu. Utusan mengatakan bahawa sumber yang diterima adalah dari laman blog dan bukan dari wartawan Utusan.
Jika dikatakan Utusan membawa unsur fitnah bagaimana pula dengan harakah dan suara keadilan? Kenapa harakah tidak menempelak suara keadilan? Sedangkan suara keadilan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Datuk Dr Harun Din yang juga merupakan Timb. Mursyidul Am PAS mengatakan haram untuk orang islam membaca Utusan, sedangkan apabila ditanya semula, Datuk Dr Harun Din menafikan kenyataan tersebut dan beliau juga adalah pembaca tetap Utusan.
Kalau lidah rasmi parti yang mengatakan mereka memperjuangkan Islam pun sanggup membohongi pembaca, apatah lagi pemimpin mereka yang sememangnya beriya-iya sangat untuk menjadi peneraju kerajaan yang akan bersengkongkol dengan DAP yang terang-terang menolak agama islam melalui kenyataan presiden DAP sendiri.
Sepatutnya yang diharamkan untuk di baca adalah HARAKAH dan SUARA KEADILAN dan bukannya Utusan yang dari dulu lagi memberikan maklumat secara telus kepada pembaca.