Selasa, 26 Januari 2016

ADUN TERATAI BAYAR DENDA PADA MAJLIS PEGUAM #SCS #SMSS

Sangkakala dapat berita ni melalui rakan facebook yang mengatakan bahawa ADUN Teratai telah diminta membayar denda kepada Majlis Peguam kerana masalah disiplin yang amat buruk.


Kalau dah Majlis Peguam sendiri pun mengesahkan bahawa ADUN ni mempunyai masalah disiplin, rasanya memang takde disiplin la ADUN ni.

Kalau nak diikutkan, bukan hanya di luar, tapi dalam sidang DUN juga ADUN Teratai ni mempunyai masalah disiplin iaitu tidak menghormati ADUN ADUN lain.

Jadi kepada pengundi Teratai, fikir fikirkan lah, takkan ADUN yang bermasaalah ni nak dikekalkan sebagai ADUN pada sesi akan datang.


Jumaat, 22 Januari 2016

HALA TUJU BARU DALAM PERNIAGAAN FELDA GLOBAL VENTURES #sahabatfgv

Felda Global Ventures nampaknya menyasarkan produk hiliran sebagai salah satu cabang perniagaan bagi mengatasi harga pasaran minyak sawit yang tidak menentu.

Ini dinyatakan oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dalam temuramah di Kajang.

Selama ini FGV menyasarkan perniagaan minyak sawit serta getah sebagai sumber utama perniagaan syarikat berkenaan dan apabila melihat bahawa produk hiliran mempunyai potensi untuk diketengahkan maka FGV dilihat akan memperluaskan perniagaan produk hiliran berasaskan pertanian.

Semoga usaha yang dilakukan oleh FGV ini mampu memberika  keuntungan kepada syarikat serta pelabur.


Jumaat, 15 Januari 2016

SELANGOR BAKAL DAPAT MENTERI BESAR DARI DAP #SCS

Nampaknya Selangor bakal menukar landskap politik jika Pakatan masih lagi menjadi kerajaan pada pilihanraya yang akan datang.


Aziz Bari disebut akan nenjadi Menteri Besar jika Pakatan memenangi pilihanraya akan datang mewakili parti DAP.

DAP kini giat mencari calon dikalangan orang Melayu demi untuk memenuhi tuntutan nafsu untuk memerintah dan beberapa Melayu yang merasakan bahawa mereka hebat pula sedia untuk menjadi wakil atau proksi kepada DAP untuk melaksanakan cita cita tersebut.

Persoalannya sekarang, adakah orang PAS dan PKR akan hanya duduk diam membiarkan perkara tersebut berlaku?

Kini DAP menguasai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor sama seperti PAS manakala PKR pula kurang daripada itu.

Jadi nampaknya rakyat Selangor akan menurut sahaja apa yang bakal dilakukan oleh wakil dari DAP ini kerana Menteri Besarnya juga akan melakukan perkara sama.

Bagi Sangkakala pula, ianya bagus dan mungkin akan menjadi pengajaran kepada rakyat Selangor dan jangan terkejut aerta tidak mustahil jika Selangor juga akan menjadi seperti Singapura satu masa nanti.



Isnin, 11 Januari 2016

DS WAHID OMAR DILARANG BERI PENJELASAN TPPA #SCS

Penganjur Forum Bantah TPPA enggan bagi ruang kepada Wahid Omar beri penjelasan sebenar

KENYATAAN DATO SRI ABDUL WAHID OMAR BERHUBUNG INSIDEN DI FORUM BANTAH TPPA

Assalam rakan2. Pada hari Sabtu 9 Januari 2016,  saya telah hadir di Sidang Kemuncak TPPA anjuran Bantah TPPA & Kongres Rakyat di IDCC, Shah Alam. Saya mendaftar secara online hari sebelumnya setelah mendapat persetujuan Tok Pa yang turut menghantar beberapa pegawai MITI. Tok Pa berada di Pulau Pinang untuk program penerangan TPPA.

Tujuan kehadiran saya adalah untuk mendengar sendiri isu2 yang dibangkitkan oleh ahli2 panel yang terdiri daripada Saudara Nizam Mahshar, Cikgu Azmi, Prof Gurdial Singh & Pn Chee Yoke Ling sementara moderator adalah Saudara Rizal Jaafar. YABhg Tun Dr Mahathir turut hadir tetapi tidak memberikan ucaptama kerana kurang sihat. Kita doakan agar Tun segera sembuh. Sidang dibuka oleh Saudara Azlan Awang MTEM. Saya sampai jam 8.50am kerana poster sidang menyatakan acara diadakan 9.00am-1.00pm. Setelah sampai barulah saya diberitahu bahawa Majlis dijadualkan hanya bermula 10.00am. Silap saya kerana tidak mendapat pengesahan waktu.

Walaubagaimanapun Majlis hanya bermula 10.30am setelah ketibaan Tun. Pelbagai isu telah dibangkitkan termasuklah kajian kos & manfaat, soalan mengapa perlu tergesa-gesa, rundingan sulit, perlindungan harta intelek, kemungkinan kenaikan kos ubat, kedaulatan negara, perolehan Kerajaan, syarikat milik Kerajaan & kepentingan Bumiputera. Saya berpendapat banyak kebimbangan atau kegusaran mereka tidak benar.

Sebagai contoh, ada yang menyatakan kedaulatan negara tergadai sehingga Kerajaan negeri akan kehilangan kuasa untuk menetapkan syarat2 penukaran kegunaan tanah, sehingga menghalang negara untuk menetapkan piawaian halal dan sehingga TPPA mengatasi Perlembagaan Persekutuan. Ini tidak benar. Antara lain, artikel 4(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan "Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.". 

Ada juga yang membangkitkan kebimbangan tentang peruntukan mekanisma penyelesaian pertikaian Pelabur-Negara (ISDS mechanism). Sebenarnya mekanisma ISDS melalui tribunal arbitrasi antarabangsa telah lama digunakan. Saya sendiri pernah terlibat ketika menerajui Telekom Malaysia (TM) tahun 2004-2008 dimana TM telah memfailkan kes 'expropriation' terhadap Kerajaan Ghana yang telah melanggar perjanjian dan mengambil alih penguasaan Lembaga Pengarah & pengurusan syarikat Ghana Telecommunications daripada TM setelah pertukaran Kerajaan dimana Presiden Kufour telah menggantikan Presiden Rawlings. Proses arbitrasi tersebut telah mendorong Kerajaan Ghana menyelesaikan pertikaian dan memberi pampasan setimpal kepada TM. Walaupun peruntukan ISDS dalam TPPA ini akan mengikat Kerajaan, tuntutan akan hanya berkuatkuasa setelah proses perundingan selama 6 bulan dijalankan sebelum dirujuk ke tribunal arbitrasi antarabangsa. Ia juga akan memberi perlindungan kepada syarikat2 Malaysia yang kini telah melabur lebih RM600 billion ke luar negara termasuklah dalam negara2 TPP. 

Balik ke prosiding Sidang Kemuncak TPPA, setelah panel selesai membuat pembentangan, saya telah memohon untuk bercakap dan memberi sedikit pencerahan. Malangnya permintaan saya ditolak atas sebab kesuntukan masa. Setelah beberapa kali mengulang permintaan, akhirnya saya akur dengan keputusan penganjur. Kita perlu hormat majlis orang. Izinkan saya menyentuh 3 perkara iaitu isu Penjajahan, Kos & Manfaat dan isu Rundingan Perjanjian. 

1. Penjajahan : Perjanjian TPPA melibatkan 12 buah negara iaitu 5 dari benua Amerika (Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Peru & Chile), 4 dari ASEAN (Malaysia, Singapura, Brunei & Vietnam) dan 3 dari Pasifik (Jepun, Australia & New Zealand). Tiada negara yang dipaksa untuk menyertai TPP. Semuanya termasuk Malaysia menyertai TPP kerana percaya akan manfaat bersama (mutual benefits) yang bakal dinikmati. Malaysia sedar kita merupakan negara kecil dengan penduduk seramai hanya 31 juta dan saiz KDNK (GDP) sekitar USD300 billion. Sebab itulah kita menjuarai penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN bermula 31 Disember 2015 yang membolehkan saiz pasaran kita berkembang menjadi 620 juta penduduk & saiz KDNK USD2.5 trillion. Dengan menyertai TPP, saiz pasaran akan lebih meluas lagi dengan jumlah penduduk 800 juta & saiz KDNK USD27.5 trillion iaitu 40% daripada saiz ekonomi dunia.  

2. Kos & Manfaat : Dalam menyertai mana2 blok atau perjanjian perdagangan, memang ada kos dan ada manfaatnya. Selain analisa dalaman, Kerajaan telah meminta Institut Kajian Strategi & Antarabangsa (ISIS) untuk melaksanakan Analisa Kepentingan Nasional dan PriceWaterhouse Coopers (PWC) untuk melaksanakan Kajian Kos & Manfaat. ISIS telah membuat kesimpulan bahawa penyertaan Malaysia dalam TPP adalah demi kepentingan negara. Manakala PWC membuat kesimpulan TPPA bakal memberikan manfaat bersih kepada ekonomi Malaysia dengan potensi peningkatan ekonomi atau KDNK antara USD107-211 billion dalam jangkamassa 2018-2027 atau peningkatan 0.60%-1.15% pada tahun 2027. Bank Dunia juga dalam lapuran 'Global Economic Prospects January 2016' mereka telah menyentuh tentang potensi implikasi ekonomi makro TPP dalam mukasurat 219-233. Antara lain, Bank Dunia telah menyatakan bahawa Vietnam & Malaysia adalah antara negara TPP yang bakal menikmati manfaat terbanyak dengan peningkatan KDNK masing2 sebanyak 10% dan 8% menjelang tahun 2030. Peningkatan ekonomi yang berterusan akan membolehkan rakyat mendapat peluang perniagaan dan pekerjaan yang lebih baik yang seterusnya akan meningkatkan pendapatan isirumah rakyat Malaysia. Jadi berdasarkan kajian yang telah dijalankan, adalah jelas bahawa penyertaan Malaysia dalam TPP lebih mendatangkan manfaat. 

3. Rundingan Perjanjian : Sejak awal lagi Perdana Menteri telah memberi jaminan bahawa Malaysia hanya akan menyertai TPP atas terma2 yang boleh kita terima. Saya, DS Ahmad Husni & DS Idris Jala adalah antara menteri2 ekonomi yang telah membantu Tok Pa dalam rundingan TPPA. Penglibatan saya bermula 2 tahun lalu setelah menyertai Kabinet. Memang sukar untuk memuktamadkan perjanjian sebesar ini yang melibatkan negara2 kuasa besar. Pelbagai usaha telah dibuat untuk memastikan pihak AS memahami kedudukan & keperluan Malaysia. Ini termasuk mengadakan sesi penerangan kepada Wakil Perdagangan AS tentang polisi Bumiputera & peranan syarikat2 berkaitan Kerajaan. Saya percaya Tok Pa & pasukan MITI dengan sokongan lain2 Kementerian & agensi telah membuat yang terbaik mendapatkan terma2 yang perlu untuk memelihara kepentingan negara. Ini termasuk pengiktirafan polisi Bumiputera dalam perjanjian TPP. Perkara ini tercapai kerana Malaysia telah menyertai rundingan awal. Sekiranya Malaysia tidak termasuk dalam senarai 12 negara awal TPP, Malaysia akan terpaksa menerima terma2 perjanjian sedia ada kemudian. Kemungkinan ini adalah benar (real) kerana 3 buah negara ASEAN lain iaitu Indonesia, Thailand & Filipina telah menyatakan hasrat mereka untuk menyertai TPP selepas ini. Akhir sekali, Kerajaan akan membentangkan perjanjian TPP untuk kelulusan Dewan Rakyat pada 26&27 Januari dan Dewan Negara pada 28 Januari. Apa juga kegelisahan atau kebimbangan boleh diutarakan oleh Ahli2 Parlimen & akan dijawab oleh Tok Pa pada sesi Parlimen tersebut.

Marilah kita bersikap membina & bersiap sedia untuk memastikan syarikat2 & rakyat kita dapat memanfaatkan TPPA yang bakal kita tandatangani setelah kelulusan Parlimen nanti. Terima kasih. 

Abdul Wahid Omar
10.01.16


Rabu, 6 Januari 2016

ISU #2KERJA !! HANIZA TALHA DAH LAMA MALUKAN NEGARA #SCS


Baru baru ni heboh apabila YB Dato Ahmad Maslan menyarankan supaya buat 2 kerja bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ramai yang menyokong saranan tersebut dan tak kurang juga yang mengecam walaupun Timbalan Menteri Perdagangan itu mengatakan bahawa 2 kerja tersebut adalah kerja sampingan seperti berniaga secara online.

Tapi memang orang Malaysia ni biasa mendengar perkara yang tak berapa jelas dan ini termasuklah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida hingga mengatakan Ahmad Maslan memalukan negara.

Dalam Zuraida mengatakan bahawa Ahmad Maslan memalukan negara, pada tahun 2011, Timbalan Ketua Wanita PKR pusat yang juga merupakan adun Taman Medan, pernah mengatakan perkara sama.

Sekarang ni Sangkakala nak tanya pada Zuraida yang sinonim dengan nama Mak Lampir, adakah kenyataan Haniza Talha tidak memalukan negara? Apakah kenyataan tersebut tidak menjadi persoalan dan kutukan serta kritikan puak puak pembangkang?

Kalau kenyataan Ahmad Maslan memalukan, kenyataan Haniza juga memalukan dan ini dilakukan 5 tahun yang lepas.

Peringatan untuk Zuraida, lain kali kalau nak kritik, tengok kiri dan kanan, pastikan rakan sepasukan tak pernah keluar apa apa kenyataan serupa.



Isnin, 4 Januari 2016

ADUN TAMAN MEDAN SENYAP TANGANI BANJIR #SCS

ADUN Taman Medan, Haniza Talha senyap sunyi apabila sekolah kebangsaan Taman Datuk Harun 1 dilanda banjir pada sesi persekolahan petang tadi.



Banjir petang tadi menjadi igauan ngeri kepada anak anak yang baru melangkah masuk ke sekolah.

Persoalannya kini, apa tindakan Haniza selaku wakil rakyat kawasan berkenaan? Menyepi tanpa apa apa tindakan?

Sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku tambahan pula di waktu persekolahan seperti hari ini.

Tapi nampaknya oleh kerana tidak prihatin dengan masalah rakyat, maka Haniza hanya melihat dari jauh, itu pun kalau melihat.

Ini contoh pemimpin pakatan yang hanya melalak tak tentu kira sedangkan kawasan sendiri tidak terjaga.




Sabtu, 2 Januari 2016

DAP JUAL TANAH !! KENAPA RAFIZI DIAM SERIBU BAHASA?? #SCS

Beriya si Rafizi dengan Tony Pua hentam kes 1MDB yang menjual saham Bandar Malaysia sebanyak 24 peratus kepada pelabur sedangkan 76 peratus lagi masih milikan dalam negara yang mana 51 peratus daripadanya adalah milikan kerajaan negeri dan persekutuan.

Rupanya DAP dalam diam tukar milikan tanah kepada syarikat Singapura dengan nilai berbillion ringgit.


Sebuah syarikat dari Singapura mendapat milikan 100% keatas sebidang tanah seluas 20 ekar di Pulau Pinang dengan nilai RM 30 juta kepada Jabil Circuit Singapore yang beribu pejabat di Amerika Syarikat.

Itu pada bulan Mei 2015, pada bulan Julai pula, sekeping tanah berkeluasan 6.8 ekar pula diberikan milikan kepada Temasik dan EDIS iaitu GLC dari Singapura sebanyak 49 peratus dengan nilai RM 11.3 Billion.

Yang 1MDB jual 24 peratus si Rafizi, Tony Pua dan sekutunya kata jual negara. Yang DAP Pulau Pinang jual 100 peratus dan 49 peratus kepada syarikat Singapura tu dikatakan pelaburan?

Untuk makluman, penjualan 24 peratus saham dalam Bandar Malaysia oleh 1MDB kepada syarikat luar adalah salah satu pelan strategi bagi melunaskan pinjaman yang dilakukan dan hingga kini, 1MDB telah memperolehi lebihan dari keuntungan jualan aset sebanyak RM 4 Billion setelah ditolak pinjaman sebanyak RM 42 Billion.

Jadi disini Sangkakala tak nampak dimana masalah 1MDB kerana aset syarikat berkenaan terbukti melebihi hutang dan adalah mustahil bahawa 1MDB boleh jatuh bankrap dengan keadaan seperti itu.



WANITA PKR PULA DAH JADI BIOL !! INI SEMUA SALAH MAK LAMPIR #SCS

Nampaknya kebodohan Mak Lampir aka Zuraidah yang merupakan ahli parlimen kawasan Ampang jelas kelihatan apabila mengkritik kewujudan MARA Digital di bangunan MARA yang mana ianya diusahakan oleh Melayu dalam perniagaan telefon bimbit.


Sangkakala nak cakap sikit pada Mak Lampir aka Zuraidah dan wanita PKR, kalau ye pun ada kebodohan dalam diri, jangan le tunjuk sangat, simpan sikit untuk macai macai tengok perlahan lahan.

Kewujudan MARA Digital sebenarnya untuk memberi peluang kepada pengguna membuat pilihan dalam pembelian telefon bimbit dan aksesori.

Jadi yang nak kritik beriya sangat ni kenapa? Nak jatuhkan perniagaan Melayu pula ke? Atau sengaja nak bagi persepsi buruk lagi?

Sudah sudah la tu, kerajaan dah buat yang terbaik untuk rakyat Malaysia, tapi dengan wujudnya pembangkang yang tak profesional maka apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan diburuk burukkan.


Jumaat, 1 Januari 2016

PENIPUAN DI AWAL TAHUN ADUN TAMAN MEDAN #SCS

Nampaknya kalau tak menipu dan tak memfitnah pakat memang tak senang tidur le puak puak dari Pakatan.

ADUN Taman Medan sendiri pun tak lepas dari jadi kaki penipu dan kaki fitnah.

Tengok poster di bawah..


Selama 3 bulan, kadar harga minyak kenderaan di Malaysia mengalami penurunan dan tak pernah nampak pula Haniza Talha buat banner ucap terima kasih.

Tapi baru mula tahun 2016, dah dikatakan pula bahawa minya mengalami kenaikan.

Bukan ke malam tadi dah diumumkan bahawa minyak kenderaan untuk bulan Januari 2016 juga mengalami penurunan? Jadi dimana kenaikan yang ADUN PKR ni maksudkan?

Yang membuatkan harga minyak diapungkan sekarang adalah atas permintaan daripada pakar strategi PKR juga dan nampaknya bila diapungkan harga minyak, ADUN PKR juga yang meroyan macam kucing hilang anak.

Kalau setakat ini kerja yang dilakukan oleh Haniza, Sangkakala rasa ramai lagi yang mampu untuk buat.

Jadi fikir fikirkanlah ye.