Jumaat, 27 Februari 2015

MALAYSIAKINI KANTOI FITNAH ROSMAH DANDAN RAMBUT RM1200

Oleh
Lokman Adam


Kebelakangan ini hangat cerita tentang Datin Seri Rosmah (DSR) kononnya membayar RM1200 semata-mata untuk mewarnakan rambutnya.

Bila saya singkap setiap artikel yang ditulis di internet, semuanya merujuk kepada tulisan Portal Maharaja Fitnah, Malaysiakini.

Walaupun saya yakin ianya sememangnya satu fitnah,  namun saya gagahi diri saya untuk mendengar rakaman audio kenyataan DSR itu yang turut dimuatnaik di Malaysiakini (Rakaman Suara Dilampirkan Sebagai Bukti http://youtu.be/X53lY8pyiN0 )

Selepas meneliti ucapan DS Rosmah itu, sememangnya terang lagi bersuluh bahawa Malaysiakini memang mempunyai agenda jahat untuk merosakkan imej DSR.

Datin Seri dalam audio tersebut telah menceritakan bahawa usaha memantau peniaga yang buat perniagaan rumah ke rumah juga adalah penting.  Ini adalah disebabkan ada peniaga yang mengenakan bayaran hingga lima kali ganda.

Beliau hanya memberi contoh, misalnya bila beliau bertanya berapa kos untuk mewarna rambut, peniaga terbabit hendak mengenakan bayaran sehingga RM1,200 hanya untuk mewarna rambut.

"Kalau saya nak cat rambut dekat rumah, dia caj RM1200.. amboi mahalnya. Kalau dekat kedai different charge, ni home service"

1. "Kalau saya nak cat" bermakna DSR baru tanya harga. Dan harga itu adalah mahal bagi beliau. Biasanya kalau dah mahal, kita tentulah tak jadi ambil service tersebut. Kalau DSR betul-betul belanjakan RM1200 untuk cat rambut, sudah tentu dia akan sebut "Saya cat rambut di rumah RM1200 sebab home service". 

2. Kalau DSR jenis orang yang boros dan duitnya 30 Billion seperti yang selalu dituduh, tak mungkin RM1200 pun dia akan terasa mahal. 

3. Saya sangat gembira setiap kali Datin Seri Rosmah dijadikan sasaran pembangkang dan lidah rasmi mereka, Malaysiakini. SEBAB APA? Sebab ini membuktikan kita ada seorang Perdana Menteri yang bersih sehingga mereka gagal mencari isu terhadap diri beliau.

4.  Apa yang dialami oleh DSR ini pernah dialami oleh YB Khairy.  Beliau menjadi mangsa semata-mata bila pembangkang gagal mencari kelemahan Pak Lah yang dikenali sebagai Mr Clean.

Ingat lagikah kita dengan fitnah Cikgu Bard yang mengatakan anak DSR Rosmah berbelanja sehingga RM200,000 semasa mengikut lawatan kerja PM dan Isteri ke Australia.  Bila rakyat baca tweet Cikgu Bard tersebut, hancur hati mereka.  Ada yang mengatakan jika anakpun berbelanja hingga RM 200,000, emaknya pula bagaimana?

Namun selepas isu tersebut disiasat, rupa-rupanya tiada seorangpun anak DSR yang menyertai rombongan tersebut.  Sehingga kini, pernah kita dengar Cikgu Bard memohon maaf?  Jangan harap!  

Maka janganlah kita terpengaruh dengan mainan laporan berita pembangkang.   Kita harus kaji apa sebenarnya yang DSR ingin sampaikan. "Kerajaan perlu memantau golongan peniaga tamak yang membuat untung berlipat kali ganda dan mengambil kesempatan ke atas pengguna".

Tidakkan ini apa yang kita semua mahu?




AKHIRNYA AHLI PARLIMEN TELUK INTAN TUNJUK CARA HARGAI JENTERA PILIHANRAYA @NajibRazak

Pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan diadakan apabila penyandang kerusi parlimen tersebut dari DAP mendiang YB Siah Liong Peng meninggal dunia akibat kanser.

Maka dalam pilihanraya tersebut berlakulah pertembungan diantara dua parti iaitu diantara BN yang meletakkan Presiden Gerakan yang juga merupakan anak jati Teluk Intan di tentang oleh DAP yang diwakili oleh Diana Sofia yang tak tau dari ceruk mana datangnya.

Seperti biasa, jentera terbesar yang turun membantu calon Barisan Nasional sudah pastilah dari UMNO dan antara jentera yang berkerja keras bagi memastikan kemenangan calon adalah dari kalangan golongan muda yang sedaya upaya mengembalikan kepercayaan golongan itu untuk memastikan kemenangan.

Sangkakala juga tidak ketinggalan dalam memberikan bantuan pada PRK tersebut dan Alhamdulillah berkat daripada usaha dan ikhtiar semua pihak maka menanglah calon Barisan Nasional dengan majoriti undi sebanyak lebih kurang 270 undi.

Kalau nak diikutkan undi majoriti tersebut adalah amat tidak berpatutan bagi seorang Presiden parti tapi walaupun satu undi, menang tetap menang dan kalah tetap kalah.

Tapi adakah daya usaha sahabat sahabat Sangkakala semasa PRK dulu dihargai oleh Presiden Parti Gerakan ini? Disini segala galanya bermula.

28hb Februari nanti akan diadakan sambutan Tahun Baru Cina peringkat KEBANGSAAN, Sangkakala ulangi, peringkat KEBANGSAAN dan sepertimana kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan, ianya sudah pastilah akan memakan belanja sehingga ratusan ribu ringgit.


Mengikut apa yang dituliskan oleh Zamanhuri dalam laman facebook milik beliau, program sambutan Tahun Baru Cina ini tidak mementingkan orang Teluk Intan sendiri malahan ianya dilihat seolah olah melebihkan orang luar.


Mengikut ceritanya katering yang menyediakan sajian juga datangnya dari Padang Rengas, apakah sudah tidak ada lagi syarikat ketering di Teluk Intan hingga menjadi keperluan untuk menjemput orang luar?

Kepada YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mah Siew Keong perlu ingat bahawa yang memenangkan beliau di Teluk Intan ialah orang Teluk Intan, jangan sampai nanti kena import jentera pilihanraya dari Padang Rengas untuk menjalankan kerja kerja pilihanraya yang akan datang.

Ini pesan Sangkakala sebab Sangkakala amat mengenali rakan rakan yang ada di kawasan Teluk Intan, sekali mereka patah hati, takkan ada apa benda yang mampu untuk memulihkan hari mereka kembali.



Rabu, 25 Februari 2015

JALAN BERLUBANG !! DIMANA JANJI AZMIN ALI SEBAGAI MB ??

Nampaknya Azmin Ali hanya pandai mengungkapkan janji janji sebagai halwa telinga untuk menyedapkan pendengaran para pengundi khususnya rakyat Selangor dalam menjanjikan bulan dan bintang jika dia menjadi Menteri Besar.

Dan memang tidak dinafikan bahawa seawal beliau menjadi Menteri Besar banyak pertunjukan pertunjukan sarkas yang diolah untuk membuktikan bahawa kepimpinan beliau amat berkesan dalam memberi perhatian kepada rakyat.

Azmin juga pernah berjanji bahawa permasaalahan seperti denggi dan jalan yang bermasaalah akan diselesaikan secepat mungkin.


Klik gambar diatas untuk video janji Azmin.

Tapi sejauh mana Azmin mengotakan janjinya dalam usaha untuk membela rakyat? Atau janji tinggal janji?

Sangkakala menarik sekali dengan satu isu yang menjelaskan bahawa kepimpinan Azmin dan PR tidak menghiraukan keselamatan rakyat dan keselesaan rakyat Selangor.

Permasaalahan jalan raya berlubang memang tidak dapat disangkal lagi apabila baru baru ini di Kota Damansara ada sebuah NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai 'BROTHERHOOD' yang mengambil inisiatif sendiri menampalnjalan jalan yang bermasaalah dan Sangkakala pernah mengeluarkan artikel berkenaan perkara tersebut.

Sila baca DISINI.

Jalan jalan bermasaalah ini sebenarnya mengundang bahaya kepada para pengguna khususnya penunggang dan pembonceng motosikal dan bukan itu sahaja, malah sudah pun ada kematian dilaporkan akibat daripada masaalah jalan tidak diselenggara ini.


Bayangkan anak kehilangan bapa, isteri kehilangan suami, ibu bapa kehilangan anak akibat daripada permasaalahan jalan yang berlubang disana sini.

Sampai bila masalah ini perlu dihadapi oleh rakyat Selangor? Atau adakah apabila menjelang pilihanraya nanti baru jalan jalan ini akan diselenggara untuk meraih undi dan kemudian ianya dibiarkan semula tanpa kepedulian dari pihak kerajaan negeri?

Mangsa dalam masalah ini sebenarnya tidak mengira sama ada mereka dari parti mana sekalipun, mungkin dari BN, PAS, PKR atau DAP dan ianya sentiasa menunggu mangsa untuk dijadikan korban.

Sudah sudah la rakyat Selangor, bangkit demi untuk kelangsungan keselamatan masing masing dalam menggunakan jalan raya di sekitar negeri Selangor.


Selasa, 24 Februari 2015

DENGGI ] NAIKKAN SAMAN !! KERAJAAN NEGERI SALAHKAN RAKYAT #DSNO #SMS #ubahselangor

Kerajaan Selangor nampaknya tak mahu mengaku bahawa kepimpinan mereka kini lemah dalam memastikan kesihatan rakyat serta kebersihan negeri terbela.

ADUN kawasan Subang Jaya yang merupakan speaker DUN, Hannah Yeoh mencadangkan agar kompaun dinaikkan sehingga mencecah RM 2000 berbanding RM 500 seperti sekarang.


Persoalannya adakah dengan menaikkan kompaun maka permasaalahan denggi akan selesai?? Bagaimana pula kalau sampah serta penyelenggaraan kawasan sekitar tidak dilakukan sepertimana yang sepatutnya oleh PBT di bawah kerajaan negeri?

Ini semua sebenarnya adalah untuk menunjukkan bahawa masalah denggi berpunca dari rakyat sedangkan permasaalahan telah banyak di kemukakan oleh rakyat tentang sampah, sistem pembentungan serta perparitan tidak diselenggara dan ini semua seolah olah dinafikan oleh kerajaan negeri.

Sangkakala amat yakin apabila kompaun dinaikkan maka penguatkuasaan akan dijalankan secara besar besaran dan yang menjadi mangsa adalah rakyat sedangkan masalah utama adalah disebabkan PBT yang tidak memantau penyelenggaraan yang tidak sempurna.

Jadi kepada rakyat Selangor, bersiap sedialah untuk membayar kompaun yang tinggi walaupun ianya salah PBT, TAHNIAH semua.


TUDUHAN AZMIN ALI TERHADAP RAKYAT SELANGOR MELAMPAU #DSNO #SMS #ubahselangor

Baru baru ni Sangkakala ada muat naik satu artikel tentang kejadian denggi di Selangor dalam situasi yang membimbangkan.

Baca DISINI.


Sangkakala masukkan dalam artikel tersebut bahawa untuk mengelak dari terus dipersalahkan, Azmin akan menghalakan permasaalahan tersebut kepada rakyat dan sekarang dah terbukti pun.

Azmin mengatakan punca denggi disebabkan oleh rakyat Selangor yang pengotor.

Sangkakala nak tanya sikit, kalau nanti ada masalah penyakit daripada babi adakah Azmin akan mengatakan bahawa punca penyakit dari babi ini disebabkan rakyat Selangor yang makan babi?

Nampaknya rakyat Selangor perlu membayar harga undian mereka pada PRU ke 13 yang lepas dengan wabak denggi yang mampu meragut nyawa mereka pada bila bila masa.



Isnin, 23 Februari 2015

LOKMAN ADAM DAKWA MAHFUZ OMAR PEMBOHONG BESAR @NajibRazak



SAH MAHFUZ MEMANG PEMBOHONG BESAR!
Oleh 
Lokman Adam

Pagi ini 23hb February, 2015 sekitar jam 11.30am, puluhan para wartawan telah berkumpul di Ibu Pejabat PAS kerana terpedaya dengan YB Mahfuz Omar yang mengatakan kononnya beliau akan adakan teleconference (telesidang) dengan Sirul Azhar, seorang penjenayah yang diburu polis kerana disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.

Sirul kini berada di dalam tahanan pihak imigresen Australia dan sememangnya tidak munasabah untuk dihubungi, apatah lagi untuk mengadakan teleconference dengan Mahfuz.  Walau bagaimanapun, drama anjuran Mahfuz itu pecah temelang apabila panggilan yang dibuat oleh Mahfuz terhadap nombor yang dikatakan kepunyaan Sirul, tidak dijawab hingga ke sudah.

Mahfuz yang kelihatan semakin panik akhirnya menuduh pihak berkuasa telah jemkan line telefon untuk mengagalkan teleconference tersebut.  Wartawan yang mula naik angin dengan Mahfuz akhirnya bertanya, adakah jika Pakatan berkuasa dia akan usul di Parlimen supaya diwujudkan undang-undang khas supaya mereka yang dijatuhkan hukuman boleh buat PC selepas jatuh hukum?  Malangnya Mahfuz membisu seribu bahasa.

Setelah 45 minit bersandiwara, akhirnya Mahfuz menyerah kalah dan menghentikan sidang Media tersebut.  Untuk menutup penipuan beliau,  Mahfuz memaklumkan para wartawan yang hadir bahawa beliau akan membawa ibu Sirul ke Australia minggu depan untuk bertemu dengan Sirul.

Sekarang sudah jelaslah siapa yang mengajar dan mengatur Sirul melarikan diri ke Australia selama ini.  Maka tidak hairanlah jika selepas ini. Sirul mungkin buat kejutan dengan memetik nama sesiapa yang beliau suka demi menyelamatkan nyawanya dan kemungkinan dijanjikan sesuatu oleh Mahfuz sebagai ganjaran.

Apa yang menghairankan saya, sepanjang kes ini berjalan dan nyawanya berada dihujung tanduk, tidak pulak si Sirul ini mendedahkan sebarang nama untuk menyelamatkan tengkoknya.  Jika ada, sudah pasti beliau akan menyebutnya.  Kenapa sekarang baru nak sebut selepas beliau berurusan dengan pihak Pembangkang?

Ramai yang bertanya dengan saya tentang laporan Media Australia yang menggambarkan seolah-olah Perdana Menteri kita terlibat dengan Pembunuhan dan Rasuah Pembelian Kapal Selam Scorpene yang kononnya Altantuya sebagai penterjemah dalam rundingan pembelian tersebut.  Jawapan saya mudah, 

1) Australia memang dari zaman Tun Mahathir tidak pernah baik dengan Malaysia.  Mereka secara terang-terangan menghalalkan LGBT dan menentang pendakwaan terhadap Anwar berhubung isu Lliwat.  

2) Australia adalah sekutu kuat Amerika yang juga konsisten mengecam pendakwaan terhadap Anwar dalam isu liwat.  Amerika juga berterusan mengecam Malaysia yang tidak mahu campurtangan dalam sistem kehakiman negara bagi membebaskan Anwar yang juga merupakan sekutunya.

3) Sebagai umat Islam, saya berpegang pada tali agama.  Bila Dato Seri Najib dituduh mempunyai hubungan dan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, tanpa rasa ragu Dato Seri Najib telah bersumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattallahi bahawa dia tidak pernah mengenali Altantuya, apatahlagi membunuhnya.  Tapi sampai sekarang,  Anwar tidak berani bersumpah menafikan beliau meliwat Saiful dan Azizan.  

4). Bapa Altantuya telah mendedahkan bahawa satu-satunya manusia yang Altantuya kenal di Malaysia ialah Razak Baginda.  itu sebabnya Altantuya tak mencari Najib, beliau mencari Razak Baginda.

5). Dimana datang lojiknya fitnah pembangkang yang mengatakan Altantuya dibunuh kerana beliau menuntut komisyen pembelian scorpene dimana beliau bertindak sebagai jurubahasa perundingan tersebut.  Kepada yang masih tak tahu fakta kes, suka saya terangkan disini, Altatuya bangsa Mongolia, dia boleh cakap Rusia kerana Mongolia bersebelahan dengan Rusia.  Tetapi kita beli Scorpene dari Perancis.  Pertamanya, kalau hendak guna khidmat jurubahasapun, kita akan gunakan jurubahasa Perancis, bukan Rusia.  Keduanya, takkan syarikat besar yang jual produk berbillion ringgit tak mampu sediakan jurujual berbahasa yang boleh berbahasa Inggeris.  Syarikat tersebut sudahpun menjelaskan bahawa perundingan dijalankan dengan menggunakan bahasa Inggeris.

Cukup-cukuplah Mahfuz dengan sandiwara yang tidak berkesudahan ini.  Sepatutnya Mahfuz sebagai pemimpin semua parti yang kononnya Parti Islam, beliau sepatutnya mempertahankan Dato Seri Najib yang berani bersumpah cara Islam bila difitnah.  Tapi malangnya beliau memilih untuk jadi budak suruhan Anwar walaupun jelas Anwar tidak berani melafazkan sumpah dan kini telahpun jelas disabitkan atas tuduhan liwat.




Sabtu, 21 Februari 2015

#SMS KES ALTANTUYA !!! @KBAB51 @PDRMsia PERLU SIASAT MAHFUZ OMAR

Sangkakala terbaca dalam portal berita Malaysian Insider yang mengeluarkan artikel yang merujuk kepada kenyataan Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS pusat dimana beliau menyebut bahawa Kopral Sirul Azhar yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya akan mengadakan sidang atau wawancara melalui telefon dengan wartawan.


Persoalannya sekarang, bagaimana Mahfuz boleh membuat pengesahan dengan Sirul untuk mengadakan sidang tersebut jika Mahfuz tidak berhubung dengan Sirul yang kini dikatakan dalam tahanan pihak Emigresen Australia?

Kita semua tahu bahawa Sirul dan Azilah dihukum gantung sampai mati kerana didakwa dan disabitkan kesalahan membunuh warga Monggolia, Altantuya beberapa tahun dahulu.

Dan apabila hukuman di jatuhkan, Sirul didapati berada di Australia dan pihak kerajaan Australia tidak membenarkan Polis Malaysia untuk membawa Sirul pulang bagi menjalani hikuman kerana negara berkenaan tidak mempunyai hukuman mati mandatori dan mereka (Australia) boleh menyerahkan Sirul dengan syarat hukuman mati tidak di jalankan.

Balik kepada cerita asal tadi, bagaimana Mahfuz boleh membuat pengesahan bahawa Sirul bersetuju untuk di wawancara? Adakah Mahfuz menghubungi Sirul? Atau adakah kemungkinan besar Mahfuz juga adalah perancang utama dalam membawa lari Sirul ke luar negara?

Beberapa persoalan perlu dijawab disini iaitu, siapa yang menyeludup Sirul ke Australia, siapa yang menanggung segala perbelanjaan beliau di sana? Siapa yang menyara anak isteri beliau disini? Ini semua adakah berkaian dengan apabyang cuba nak dilakukan oleh Mahfuz?

Apa yang jelas sekarang ini ialah, puak Pakatan Pembangkang mengatakan bahawa Sirul membuat pendedahan bahawa beliau diarahkan oleh orang kenamaan untuk melakukan pembunuhan tersebut.

Adakah benar begitu? Kenapa Sirul memgambil masa begitu lama baru kononnya hendak membuat pendedahan? Kenapa tidak sedari awal lagi kes disebut? Atau adakah suara suara ghaib sedang berlegar di telinga Sirul dan untuk menyelamatkan diri adalah dengan cara menuduh sebarangan dengan pengharapan bahawa beliau (Sirul) terselamat?

Jadi disini Sangkakala rasa adalah lebih baik jika pihak Polis menjalankan siasatan terhadap Mahfuz kerana melarikan seorang banduan adalah salah disisi undang undang.



Jumaat, 20 Februari 2015

DENGGI !!! SELANGOR TERUS MENDAHULUI CARTA KES TERTINGGI #SMS #DSNO

Ramai yang akan mengatakan bahawa seluruh Malaysia mengalami masalah demam denggi tetapi apa yang merungsingkan serta merisaukan kita adalah masalah denggi di Selangor yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.


Denggi di Selangor terus menjadi perhatian apabila peningkatan demi peningkatan dikesan di setiap daerah hingga mengakibatkan kerisauan dikalangan rakyat negeri Selangor.

Persoalannya disini, apa tindakan kerajaan negeri untuk mengekang agar wabak demam denggi tidak menyerang dengan begitu kuat di Selangor?

Apa tindakan kerajaan negeri untuk membantu rakyat dalam menyelsaikan kemelut wabak yang boleh membawa maut ini?

Sangkakala tahu bahawa dalam sidang DUN, ada di kalangan ADUN BN mengemukakan soalan tentang permasalahan denggi tetapi ianya selalu diambil secara sambil lewa oleh pihak kerajaan negeri malah bukan itu sahaja, mereka lebih senang memperlekehkan persoalan yang diajukan oleh ADUN BN dalam meminta penjelasan tentang gerak kerja kerajaan negeri bagi membantu rakyat menangani permasaalahn tersebut.

Kita juga pernah disajikan dengan gambar di mana Azmin Ali sewaktu mula mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri dengan turun ke longkang dan menyembur spray pembunuh nyamuk dalam bas, tapi adalah itu membantu sepenuhnya atau ianya sekadar wayang lakonan untuk mengaburi mata rakyat?

Jelas kerajaan negeri telah gagal dalam usaha membasmi nyamuk aedes dan kebiasaannya apabila diajukan soalan tentang denggi mereka akan mula menyalahkan rakyat yang kononnya tidak menjaga persekitaran dengan baik.

Satu persoalan yang perlu bermain di fikiran kita semua ialah, adakah pihak berkuasa tempatan atau PBT menjalankan tugas mereka sepertimana di peruntukan dan adalah kontraktor kontraktor yang dilantik oleh PBT yang kebanyakannya kroni kepada kerajaan pakatan menjalankan tanggungjawab sepertimana yang diperlukan?

Jika semua kesalahan ini diletakkan kepada rakyat, apa guna kerajaan negeri melantik kontraktor penyelenggaraan parit dan sampah yabg dibayar dengan nilai puluhan ribu ringgit sebulan? 

Kita dapat melihat masalah sampah tidak diselenggara dengan sempurna kerap kali menjadi aduan daripada rakyat dan masalah longkang serta parit yang tidak diselenggara menjadi punca tempat pembiakan nyamuk aedes dan seterusnya membolehkan denggi menyerang.

Jika ini berterusan maka rakyat Selangor akan terus berada dalam keadaan mencemaskan apabila mereka pada bila bila masa boleh dijangkiti dan yang lebib merisaukan lagi apabila anak anak kecil serta wanita hamil dijangkiti oleh demam denggi yang mana mereka ini paling mudah menerima kesan buruk jangka pendek dan jangka panjang.

Kerajaan negeri seharusnya mengambil langkah drastik dalam memperbetulkan keadaan dan jangan hanya menuding jari menunjuk kepada kesalahan rakyat yang kononnya tidak menjaga kebersihan.



#bangang AHLI PARLIMEN KENA GASAK DENGAN PENGURUSAN KR1M

Nampaknya Ahli parlimen Segambut yang cuba mengatakan bahawa sesetengah barangan Kedai Rakyat 1Malaysia adalah mahal berbanding dengan pasaraya lain mendapat respon dari pengurusan KR1M.

Baca DISINI.


Nampak sangat MP Segambut ni tak biasa membeli dan menilai barangan, apa yang dia tau cuma buat persepsi untuk merosakkan sesuatu yang baik untuk rakyat.

Kalau kamu nak jadi bodoh, biar le kamu sorang, jangan bawa atau heret orang lain sama.

Kedai Rakyat 1Malaysia adalah tempat dimana rakyat boleh membeli barangan dengan harga murah berbanding dengan tempat lain dan ini memang terbukti apabila kedai kedai ini mendapat sambutan dari rakyat.

Isu barang atau produk di kedai tersebut mahal sebenarnya tidak pernah timbul, tapi dah memang jadi permainan PR, semua nak dibangkang.


Selasa, 17 Februari 2015

#haramjadah JELAS POLITIK AZMIN ALI MEMUSNAHKAN KEPERCAYAAN RAKYAT

Tan Sri Khalid Ibrahim pernah menerima kecaman dan hentaman daripada pemimpin PR di Selangor kononnya bekas Menteri Besae Selangor itu membelakangkan pemimpin PR dalam isu menandatangani perjanjian lebuhraya Kiddex.


Tapi perjanjian tersebut diteruskan ekoran syarat yang diminta oleh Tan Sri Khalid telah dipenuhi oleh kerajaan pusat iaitu memperlihatkan perjanjian Kiddex.

Tapi bila sampai ke era kepimpinan Azmin Ali, Kiddex telah di batalkan kononnya perjanjian Kiddex tidak ditunjukkan kepada beliau.

Adakah perjanjian lebih penting atau keselesaan pengguna jalanraya lebih penting? Atau jawapan yang akan diberikan oleh Azmin ialah untuk ketelusan kepada rakyat.

Antara jawapan yang diberikan oleh kerajaan Selangor ialah ada bantahan daripada penduduk yang menentang Kiddex.

Sangkakala nak tanya sikit, bagaimana pula dengan Datum Jelatek yang juga mendapat bantahan? Kenapa ianya tidak dihentikan atau di batalkan? Apakah kerana ada kepentingan terhadap Azmin dan kuncu kuncunya maka Datum Jelatek diteruskan walau mendapat tentangan.


Apa beza antara Kiddex dengan Datum Jelatek? Kenapa bantahan Kiddex diambil kira sedangkan Datum Jelatek dibiarkan?


Isnin, 16 Februari 2015

JEFFREY KITINGAN JANGAN HASUT RAKYAT SABAH KATA RAHMAN DAHLAN

YB Datuk Dr Jeffrey Kitingan selalu membuat kenyataan menghasut rakyat Sabah untuk tolak parti UMNO. Katanya UMNO adalah parti luar yang mahu "menjajah" Sabah. Oleh kerana itulah menurut Dr Jeffrey UMNO tidak perlu berada di Sabah.


Saya ingin berkongsi 10 pendapat saya mengenai isu ini bagi menjawab hujah Dr Jeffrey.

1) Setiap parti politik berhak menawarkan diri di mana-mana jua asalkan kehadiran mereka mengikut undang-undang. Tidak ada undang-undang yang menyekat mana-mana parti politik untuk datang dan berkhidmat di negeri Sabah.

2) Sejak kehadiran UMNO di negeri Sabah, tidak dapat dinafikan bumiputera Islam di negeri Sabah nampaknya lebih bersatu. Kita bersyukur kerana kesatuan ini telah menjadi pendorong kepada kestabilan politik negeri Sabah. Dengan kestabilan politik ini, semua pihak boleh menumpukan fokus, masa dan tenaga kepada pembangunan negeri Sabah dan tidak perlu berpolitik 24 jam.

3) Sejak kehadiran UMNO di negeri Sabah, ekonomi Sabah ternyata lebih rancak pembangunannya. Keserasian kerajaan negeri dan kerajaan pusat telah menjadi pemangkin kepada pembangunan ini. Ini adalah fakta yang tidak boleh disangkal.

4) Sejak kehadiran UMNO di negeri Sabah, buat pertama kalinya dalam sejarah negeri Sabah, orang Sabah mempunyai peranan dan pengaruh dalam menentukan siapa yang menjadi Presiden UMNO yang juga bakal menjadi Perdana Menteri. Selama ini orang Sabah hanya mengikut dan akur pada calon yang menjadi pilihan orang Melayu di semenanjung. Dengan kekuatan keahlian kedua terbesar dalam negara (selepas Johor), mana-mana individu yang berminat menjadi presiden UMNO (Perdana Menteri Malaysia) tidak akan melupakan Sabah kerana Sabah mempunyai 25 bahagian yang perlu didekati dan diselami kehendak mereka.

5) Dr Jeffrey harus ingat bahawa kedatangan UMNO ke negeri Sabah sebelum ini adalah sebahagiannya disebabkan oleh parti beliau iaitu parti PBS yang telah membuat keputusan drastik untuk keluar dari BN setelah hari penamaan calon berlangsung. Malah ramai yang mengatakan Dr Jeffrey sendiri yang terlibat dalam keputusan PBS untuk keluar dari BN. Kenapa Dr Jeffrey tidak salahkan diri sendiri?

6) Dr Jeffrey gemar memberi alasan bahawa parti UMNO perlu ditolak kerana katanya parti UMNO adalah parti luar dan parti luar tidak perlu ada di Sabah. Persoalannya, kenapa Dr Jeffrey memilih parti STAR yang berasal dari Sarawak untuk menjadi parti tempat dia bernaung? Bukan kah parti STAR juga adalah parti luar?

7) Orang Sabah terutamanya bumiputera Islam tidak pernah dipaksa untuk menyokong parti UMNO. Tidak ada orang yang meletakkan pistol dikepala mereka untuk menjadi ahli UMNO. Hakikatnya mereka menjadi ahli UMNO atas kerelaan mereka sendiri kerana mereka merasakan parti UMNOlah yang boleh dijadikan landasan perjuangan mereka. Sekarang jumlah ahli UMNO Sabah hampir mencecah setengah juta orang.

8) Untuk makluman Dr Jeffrey, ramai orang Sabah di kalangan bumiputera bukan Islam yang menjadi ahli UMNO. Hampir 20% dari ahli UMNO Sabah adalah bumiputera bukan Islam. Malah mereka ini berupaya menjadi pemimpin dalam parti UMNO walaupun mereka bukan Islam. Ada yang menjadi Ketua UMNO Bahagian dan ada yang menjadi ADUN dan MP mewakili UMNO.

9) Semua pemimpin UMNO negeri Sabah adalah anak tempatan. Tidak ada Ketua UMNO Bahagian, ADUN atau MP UMNO Sabah yang datang dari semenanjung. Mereka ini sentiasa perihatin terhadap kepentingan negeri dan rakyat Sabah.

10) Dr Jeffrey tak perlu risau, kalau UMNO tidak lagi relevan dan tidak lagi dirasai oleh rakyat, UMNO bakal ditolak oleh rakyat Sabah. Tak perlu Dr Jeffrey menjadi batu api. Persoalannya kenapa parti UMNO di Sabah semakin kuat dan semakin mendapat tempat di hati rakyat Sabah. Jawapannya mudah. Rakyat dapat melihat keikhlasan parti ini. Rakyat merasai perjuangan UMNO. Pemimpin-pemimpin UMNO turun padang setiap hari dan sepanjang masa. Ratusan program yang melibatkan ribuan orang diadakan setiap bulan. Mereka berjumpa rakyat, bertanya khabar, membantu dan berkhidmat tak kira panas dan hujan. Mereka berada di mana-mana. Mereka hadir di majlis kahwin, tempat orang meninggal, kenduri arwah, program gotong royong, majlis keagamaan, di mesyuarat pembangunan daerah, di masjid, di gereja, di bendang dan di ladang serta dibandar.

Jadi dipendekkan kata, kehadiran UMNO di Sabah adalah kerana rakyat Sabah yang mahukan parti itu ada di Sabah. Mereka menerima UMNO dengan rela hati dan bukannya dipaksa atau terpaksa.

Lagi pun siapa Dr Jeffrey yang ingin menentukan kehendak orang Sabah dalam memilih parti mereka? Bukankah dengan cara itu Dr Jeffreylah yang sebenarnya yang ingin menjajah? Sekarang-kurangnya ingin menjajah mentaliti dan minda rakyat Sabah supaya tidak dapat berfikir dan membuat keputusan mereka sendiri?




Ahad, 15 Februari 2015

NURUL IZZAH DEDAH ANWAR IBRAHIM TAMAK KUASA !!!

Tak sampai seminggu Anwar Ibrahim kena penjara, anak beliau si Nurul Izzah dah mula menunjukkan siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.



Nurul Izzah mendakwa bahawa Anwar ada menerima tawaran untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri kalau beliau meninggalkan pakatan rakyat.

Betul ke dakwaan ni? Atau sengaja nak memburuk burukkan UMNO dan Barisan Nasional??

Tapi bagi Sangkakala pula, jika benar apa yang Nurul Izzah katakan ini, jelas menunjukkan bahawa Anwar bukanlah hendak membela rakyat, tetapi dengan secara jelas menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim tamakkan kuasa dan jawatan yang diinginkan hanyalah sebagai Perdana Menteri.

Anwar berkali kali mengatakan bahawa sistem kerajaan Barisan Nasional tidak telus, tidak adil dab sebagainya dan jika beliau ditawarkan dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri sudah pasti Anwar mampu untuk membuat perubahan daripada apa yang dia perkatakan.

Tapi kenapa Anwar menolak? Jawapan bagi soalan ini pada Sangkakala adalah amat mudah.

Ini kerana Anwar merasakan bahawa untuk membetulkan keadaan adalah amat mustahil kerana apa yang diperkatakan oleh beliau tentang kerajaan Barisan Nasional hanyalah pembohongan dan beliau sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak diperbetulkan.

Tetapi jika beliau menjadi Perdana Menteri, dan Pakatan pula menjadi kerajaan, sudah pasti segala dasar yang digubal dan di rancang oleh kerajaan Barisan Nasional akan diubah dan segala kebaikan untuk rakyat akan bertukar menjadi kebaikan untuk pemimpin pakatan semata mata.

Sangkakala berani mengatakan sebegini sebab, sejak bila ada tawaran seperti yang dikatakan oleh Nurul Izzah? Biasanya puak puak pembangkang ni kalau ada berita hangat sebegini sudah pasti akan menjadi isu besar dan dihebahkan melalui apa sahaja cara dan medium, tetapi kenapa baru sekarang setelah Anwar meringkuk baru ianya diperkatakan.

Yang kedua, kita sendiri tahu yang Nurul Izzah pernah memfitnah bekas Menteri Wilayah, YM Raja Nong Chik demi untuk kemenangan beliau di Pantai Dalam.

Jadi adakah orang ini boleh lagi dipercayai kata katanya? Bagi Sangkakala adalah amat mustahil untuk percaya tentang apa yang disebut oleh Nurul Izzah dan Sangkakala cuma nak berpesan, Nurul Izzah yak payah la nak minta belas ikhsan daripada rakyat dengan membuat fitnah lagi sebab rakyat hari ini sudah mampu menilai yang mana kerajaan yang mampu untuk membela mereka dan bukannya membela individu.



#datumjelatek DATUMCORP MENIPU ATAU PENDUDUK KERAMAT BERBOHONG

Isu Datum Jelatek yang telah berlanjutan selama beberapa tahun nampaknya semakin hangat walaupun sedikit masa dulu cerita tentang Datum Jelatek ni senyap sementara waktu.

Malam semalam satu ceramah telah diadakan di Keramat bagi menerangkan apa situasi sebenar yang berlaku terhadap projek Datum Jelatek oleh beberapa orang ahli panel yang terlibat secara langsung dalam permasaalahan tersebut.


Antara intipati dalam ceramah yang diadakan semalam ialah kekesalan anak anak Jelatek daripada generasi kedua dan ke tiga tentang hak mereka yang diabaikan oleh pemaju projek Datum Jelatek serta kerajaan Negeri Selangor yang ada kini.

Antara yang di utarakan ialah pemilikan rumah Datum Jelatek yang mana kalau diikutkan perjanjian asal diantara kerajaan Negeri Selangor semasa Barisan Nasional.memerintah ialah setiap pemilik rumah asal akan menerima sebuah unit kediaman tidak kira berapa nilai harga unit kediaman tersebut.

Baru baru ini pihak pengurusan DatumCorp mengatakan bahawa tidak ada lagi penjualan dilakukan dan 50 peratus daripada unit unit berkenaan akan dijiual kepada bumiputera dan persoalannya pula ialah bumiputera yang mana?

Yang perlu diberi rumah atau unit unit ini ialah penduduk asal seperti uanh telah dijanjikan dan alasan bahawa mereka telah menerima pampasan tidak boleh dirujuk sama sekali kerana pampasan berkenaan juga adalah salah satu terma dalam perjanjian pengambil alihan kediaman tersebut.

Tapi hari ini Sangkakala telah dihubungi oleh seorang rakan yang menghantar gambar keratan akhbar yang mengayakan bahawa sebanyak 1200 permohonan daripada kaum bumiputera telah diterima.


Ini juga menimbulkan persoalan, adakah permohonan ini daripada penduduk asal atau pun orang luar? Sebab mengikut maklimat yang Sangkakala terima, unit yang paling murah bernilai RM 700 Ribu dan yang paling mahal adalah RM 11.4 juta bagi setiap unit.

Adakah anak Melayu keramat atau penduduk asal yang mempunyai kedudukan kewangan begitu tinggi hingga mampu membeli unit kediaman tersebut?


Jawapannya ada pada penduduk keramat sendiri tapi apa yang pasti, kerajaan Selangor hari ini menindas penduduk dan Sangkakala berani mengatakan bahawa kerajaan Pakatan yang diterajui oleh Azmin Ali telah menipu rakyat Selangor demi kepetingan pribadi mereka.



Jumaat, 13 Februari 2015

RAKYAT DAH MULA MUAK DENGAN KERAJAAN SELANGOR !!! REPAIR JALAN SENDIRI

Nampaknya rakyat Selangor dah mula muak dengan perangai kerajaan negeri melalui PBT yang tidak peka dengan permasaalahan rakyat Selangor terutamanya di Kota Damansara.

Malam tadi Sangkakala sempat melihat dan mengikuti satu kumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai 'BROTHERHOOD' menampal jalan jalan yang bermasaalah di sekitar Kota Damansara.


Kumpulan ini diketuai oleh saudara Lando yang juga merupakan seorang pelakon.


Beberapa lubang berbahaya di yang terdapat jalan jalan sekitar Kota Damansara diturap oleh kumpulan ini kerana beberapa kali kemalangan telah berlaku akibat daripada permukaan jalan yang berlubang.







Laporan demi laporan telah dilakukan oleh fakyat dan ianya juga telah di buat oleh ADUN Kota Damansara namun tiada respon daripada kerajaan negeri sedangkan kita tahu setiap tahun kerajaan pusat menyalurkan dana melebihi RM 500 juta bagi kerja kerja penyelenggaran jalan dan perparitan. Itu belum termasuk lagi projek projek membaik pulih jalan oleh kerajaan pusat melalui ICU.

Persoalannya, kemana bajet tersebut hilang? Kenapa masalah jalan ini masih tidak mampu untuk diselesaikan?

Setahu Sangkakala, penyelaras DUN juga mendapat peruntukan dari kerajaan negeri sebanyak RM 500 ribu setahun dan kalau kita kaji semula, dengan apa yang dilakukan oleh kumpulan anak muda 'BROTHERHOOD' malam tadi, peruntukan RM 500 ribu tersebut lebih dari mencukupi untuk kerja kerja menampal jalan jalan yang berlubang.

Kumpulan ini sebenarnya prihatin dengan pengguna jalanraya terutamanya motosikal dan dengan alasan tersebut mereka mengambil pendekatan untuk membaik pulih jalan berkenaan tanpa mengharapkan bantuan kerajaan negeri yang tidak kunjung tiba.

"Takkan kita nak tunggu sampai orang mati baru nak repair", itu ayat saudara Lando apabila Sangkakala tanya kenapa kumpulan anak muda ini menjalankan kerja kerja pelik yang tidak dilakukan oleh orang lain.

Nasib rakyat Selangor, nak selamat menggunakan jalanraya, kena baiki sendiri jalan tersebut sebab kerajaan negeri tak pernah nak memandang permasalahan ini agaknya.




MAJLIS PEMAKAIAN.PANGKAT RELA KEHORMAT

Semalam satu majlis pemakaian pemakaian pangkat kehormat dan bersekutu RELA Malaysia berlangsung di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya.

Seramai 54 orang ahli Kesatria Muda Keselamatan telah ditauliahkan dengan pangkat Major, Leftenan Kolonal dan Kolonal Kehormat yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Rela serta pengerusi Kesatria Muda Keselamatan, saudara Muaamar Ghadafi Jamal.














Tahniah Sangkakala ucapkan kepada semua penerima pangkat kehormat dan bersekutu RELA Malaysia.


Khamis, 12 Februari 2015

@ismailsabri60 DIKERUMUNI ANAK MUDA @ NajibRazak #SMS

Malam tadi berlangsung satu pertemuan diantara YB Dato' Sri Ismail Sabri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bersama dengan mahasiswa dalam dan luar negara.

Tunjuan pertemuan diadakan adalah untuk menerangkan isu isu semasa terutamanya harga barangan di Malaysia yang hangat diperkatakan.





Dato' Sri Ismail Sabri baru baru inibtelah diserang hebat apabila meminta supaya rakyat memboikot para peniaga yang enggan menurunkan harga barang.

Dan ramai dikalangan orang tengah pula amat risau apabila Kementerian Pertanian mula melancarkan 'Jihad Perangi Orang Tengah' dan ini menguatkan lagi serangan terhadap beliau.

Langkah yang diambil untuk bertemu dengan Mahasiswa dalam dan luar negara ini amat sesuai memandangkan golongan ini mampu untuk memberi input kepada masyarakat supaya mereka juga sedar tentang kempen yang dilakukan oleh Kementerian Pertanian serta apa yang disebut dan dimaksudkan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri tentang boikot peniaga yang enggan menurunkan harga barang.

Dengan kehadiran yang memberangsangkan nampaknya golongan muda menerima apa yang diperkatakan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri dan kempen yang sedang dilakukan.

Sangkakala ucapkan tahniah kepada semua yang hadir demi untuk pengetahuan bersama.



Selasa, 10 Februari 2015

ANWAR IBRAHIM HILANG SOKONGAN

Tinggal beberapa jam sahaja lagi Anwar Ibrahim akan diputuskan sama ada bersalah atau pun tidak dalam kes liwat beliau yang berlanjutan sehingga mengambil masa 6 tahun untuk di selesaikan.

Seperti yang telah sudah, Anwar akan melakukan perjumpaan akhir dan akan berucap di khalayak ramai terutamanya pada pengikut beliau untuk mencari sokongan dan untuk menghimpunkan pengikut pengikut beliau ke Istana Kehakiman esok.

Tapi nampaknya tidak seperti himpunan yang lalu, kali ini nampaknya sokongan terhadap Anwar semakin hilang jauh apabila ceramah beliau tidak lagi mendapat sokongan.

Malam ini ceramah ceramah yang diadakan dikayakan hambar dengan kehadiran tidak melebihi 3 ribu orang seperti yang dulu.




Apa dah jadi dengan pengikut Anwar? Kemana mereka semua? Adakah Anwar kini sudah tidak lagi menyengat seperti dahulu.

Dari pengamatan Sangkakala, rakyat Malaysia sudah mula merasa muak dengan perhimpunan perhimpunan yang diadakan oleh pakatan pembangkang yang jelas menunjukkan bahawa ianya hanyalah agenda untuk membela Anwar Ibrahim

Cuba kita fikir, selama 6 tahun kes ini berjalan dan lebih daripada 60 kali ditangguhkan dan beberapa pendengaran telah dilakukan semuanya hanya untuk Anwar Ibrahim

Dimana agenda untuk memperjuangkan rakyat sepertimana yang disebut sebut oleh pakatan rakyat selama ini?

Apa apa pun kita semua dengar sama ada Anwar bersalah atau tidak esok, dan rakyat sebenarnya boleh menilai jika Anwar dibebaskan sekalipun, hakim pernah mengatakan bahawa perkara ( liwat ) itu berlaku.


Ahad, 8 Februari 2015

AKHIRNYA HADI AWANG AKUR DENGAN KEHENDAK DAP #SMS

Selepas beberapa hari kita melihat seolah olah Presiden PAS enggan hadir ke mesyuarat kepimpinan PR, hari ni kita nampak Hadi Awang akhirnya tewas.


Hadi Awang yang selama ni kita tengok macam tidak mahu hadir ke mesyuarat berkenaan akhirnya hadir juga setelah menerima hentaman dan juga ugutan daripada pemimpin DAP yang meminta PAS meninggalkan PR jika Hadi tidak menghadirkan diri.

Perkara ni pun bukan sekali berlaku, dah berkali kali dan tindakan Hadi ini tidak mengejutkan mana mana pihak sebab sebelum ni pun perkara sama berlaku.

Sangkakala ada rasa hairan sikit dengan pendirian PAS yang menerima kecaman serta dihina serta dikutuk oleh pemimpin DAP, namun masih lagi terhegeh hegeh meraih simpati dari parti tersebut.

Apa yang Hadi dan PAS risaukan sangat dengan DAP? Selama mereka tidak bergabung dulu dalam PR, PAS masih mampu untuk menakluki negeri Kelantan dan pernah memerintah Terengganu selama satu penggal.

Jadi apa sangat yang menjadi kerisauan kepada PAS terhadap DAP? Adakah apa apa rahsia yang disimpan oleh DAP terhadap PAS yang tidak diketahui oleh ahli ahlinya selama ni?



MALANG SUNGGUH !! PANEL PEMIKIR JASA YANG TAK MAMPU BERFIKIR @NajibRazak @shaberyc

Agak malang apabila agensi kerajaan yang selama ini cukup disegani mempunyai seorang panel pemikir yang tidak mampu berfikir secara waras.

Sangkakala juga berasa amat terkilan apabila seorang panel pemikir tidak tahu menghormati keluarga Allahyarham Dato' Fuad Hasan yang merupakan Ketua Pengarah JASA yang telah kembali ke rahmatullah baru baru ini.
 

Sangkakala gelapkan gambar jenazah Allahyarham Dato' Fuad apabila si pemilik akaun yang bernama Syed Saifuddin yang juga merupakan seorang panel pemikir JASA telah mengeluarkan gambar jenazah dengan keadaan muka jenazah terbuka.

Hormat la sikit, jangan sampai orang kata panel pemikir JASA ni akal letak dilutut.

Sangkakala amat yakin semua orang merasai kehilangan Allahyarham dan Sangkakala juga merasa begitu tapi dengan mengeluarkan gambar sebegini ianya adalah satu tindakan biadap kerana tidak menjaga sensitiviti keluarga Allahyarham.

Semasa artikel ini ditulis, ada beberapa komen yang meminta pemilik akaun tersebut mengeluarkan gambar Arwah, tetapi nampaknya panel pemikir ni tak tau membaca atau sememangnya sengaja secara suka suka untuk menunjukkan gambar Arwah.

Kalau ini la perangai pemikir JASA, rasanya takkan ke mana agensi kerajaan ni di masa hadapan sebab yang di harap untuk berfikir pun tak mampu untuk berfikir.



Sabtu, 7 Februari 2015

@ismailsabri60 BUKTIKAN HARGA BARANG MAMPU TURUN

Selepas beberapa hari kecoh satu Malaysia ekoran desakan dari Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Ismail Sabri supaya pengguna memboikot peniaga yang enggan menurunkan harga barang, yang membuatkan beberapa pihak melompat.

Tapi hari ini YB Dato Sri Ismail Sabri telah membuktikan bahawa harga barang mampu untuk diturunkan oleh peniaga cuma yang menjadi masalah ialah di pihak pemborong yang mengambil keuntungan berlipat kali ganda.

Hari ini YB Dato Sri Ismail Sabri mengadakan lawatan ke Pasar Tani di Keramat untuk meninjau harga barangan dan terbukti peniaga mengikut saranana Menteri berkenaan menurunkan harga barang.


Nampaknya pihak pihak yang menhentak Dato Sri Ismail Sabri tidak kira dari pihak pembangkang mahupun komponen Barisan Nasional khususnya MCA dan Gerakan pastinya terkedu dengan apa yang berlaku dimana saranana YB Dato Sri Ismail Sabri baru baru ini menguntungkan pengguna dan bukanlah rasis sepertimana yang di dakwa oleh mereka.

Ramai dikalangan tokey tokey perniagaan bersetuju jika harga diturunkan demi keselesaan semua pihak.

Jadi apa yang nak diperkatakan lagi oleh mereka mereka yang sengaja mencari salah dikalangan Menteri UMNO dan Kerajaan? Atau mereka kini sudah malu alah untuk memperkatakan lagi kisah ni.

Tahniah Dato Sri Ismail Sabri yang telah membuktikan bahawa pengguna mempunyai kuasa besar dalam menentukan harga barang.


KERAJAAN SELANGOR GAGAL KAWAL PBT JAGA SENSITIVITI MASYARAKAT #DSNO #SMS #ubahselangor

Kerajaam Selangor yang telah ditadbir oleh Pakatan Rakyat sejak tahun 2008 hingga kini nampaknya gagal untuk memaklumkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT supaya PBT lebih menjaga sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negeri tersebut.

Sangkakala mengatakan begitu apabila semalam beberapa orang penduduk Melayu Islam telah berkumpul mengadakan bantahan sebuah kedai yang juga menjual arak dibuka dihadapan masjid dan sekolah agama di Kajang.



Persoalannya, kenapa kedai tersebut di buka berhampiran dengan masjid serta dibenarkan pula untuk menjual arak?

Takkan PBT tidak tahu bahawa premis berkenaan ada menjual arak dan ia sepatutnya di buka di kawasan lain demi untuk menjaga sensitiviti masyarakat Islam.

Dan satu lagi, kemana perginya wakil rakyat yang memanangi kawasan tersebut dalam pilihanraya kecil tahun lepas? 

Wan Azizah yang memakai sarung tangan bertudung litup takkan tak sedar akan perkara ni. Atau sememangnya Wan Azizah sebenarnya tidak peduli dengan sensitiviti masyarakat Melayu di Kajang?

Ini le nasib pengundi dan rakyat khususnya orang Melayu di Kajang, ada wakil rakyat hanya menjadi wakil kepada suami nya untuk mendapatkan imbuhan di Selangor.