Jumaat, 20 Februari 2015

DENGGI !!! SELANGOR TERUS MENDAHULUI CARTA KES TERTINGGI #SMS #DSNO

Ramai yang akan mengatakan bahawa seluruh Malaysia mengalami masalah demam denggi tetapi apa yang merungsingkan serta merisaukan kita adalah masalah denggi di Selangor yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.


Denggi di Selangor terus menjadi perhatian apabila peningkatan demi peningkatan dikesan di setiap daerah hingga mengakibatkan kerisauan dikalangan rakyat negeri Selangor.

Persoalannya disini, apa tindakan kerajaan negeri untuk mengekang agar wabak demam denggi tidak menyerang dengan begitu kuat di Selangor?

Apa tindakan kerajaan negeri untuk membantu rakyat dalam menyelsaikan kemelut wabak yang boleh membawa maut ini?

Sangkakala tahu bahawa dalam sidang DUN, ada di kalangan ADUN BN mengemukakan soalan tentang permasalahan denggi tetapi ianya selalu diambil secara sambil lewa oleh pihak kerajaan negeri malah bukan itu sahaja, mereka lebih senang memperlekehkan persoalan yang diajukan oleh ADUN BN dalam meminta penjelasan tentang gerak kerja kerajaan negeri bagi membantu rakyat menangani permasaalahn tersebut.

Kita juga pernah disajikan dengan gambar di mana Azmin Ali sewaktu mula mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri dengan turun ke longkang dan menyembur spray pembunuh nyamuk dalam bas, tapi adalah itu membantu sepenuhnya atau ianya sekadar wayang lakonan untuk mengaburi mata rakyat?

Jelas kerajaan negeri telah gagal dalam usaha membasmi nyamuk aedes dan kebiasaannya apabila diajukan soalan tentang denggi mereka akan mula menyalahkan rakyat yang kononnya tidak menjaga persekitaran dengan baik.

Satu persoalan yang perlu bermain di fikiran kita semua ialah, adakah pihak berkuasa tempatan atau PBT menjalankan tugas mereka sepertimana di peruntukan dan adalah kontraktor kontraktor yang dilantik oleh PBT yang kebanyakannya kroni kepada kerajaan pakatan menjalankan tanggungjawab sepertimana yang diperlukan?

Jika semua kesalahan ini diletakkan kepada rakyat, apa guna kerajaan negeri melantik kontraktor penyelenggaraan parit dan sampah yabg dibayar dengan nilai puluhan ribu ringgit sebulan? 

Kita dapat melihat masalah sampah tidak diselenggara dengan sempurna kerap kali menjadi aduan daripada rakyat dan masalah longkang serta parit yang tidak diselenggara menjadi punca tempat pembiakan nyamuk aedes dan seterusnya membolehkan denggi menyerang.

Jika ini berterusan maka rakyat Selangor akan terus berada dalam keadaan mencemaskan apabila mereka pada bila bila masa boleh dijangkiti dan yang lebib merisaukan lagi apabila anak anak kecil serta wanita hamil dijangkiti oleh demam denggi yang mana mereka ini paling mudah menerima kesan buruk jangka pendek dan jangka panjang.

Kerajaan negeri seharusnya mengambil langkah drastik dalam memperbetulkan keadaan dan jangan hanya menuding jari menunjuk kepada kesalahan rakyat yang kononnya tidak menjaga kebersihan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan