Sabtu, 21 Februari 2015

#SMS KES ALTANTUYA !!! @KBAB51 @PDRMsia PERLU SIASAT MAHFUZ OMAR

Sangkakala terbaca dalam portal berita Malaysian Insider yang mengeluarkan artikel yang merujuk kepada kenyataan Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS pusat dimana beliau menyebut bahawa Kopral Sirul Azhar yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya akan mengadakan sidang atau wawancara melalui telefon dengan wartawan.


Persoalannya sekarang, bagaimana Mahfuz boleh membuat pengesahan dengan Sirul untuk mengadakan sidang tersebut jika Mahfuz tidak berhubung dengan Sirul yang kini dikatakan dalam tahanan pihak Emigresen Australia?

Kita semua tahu bahawa Sirul dan Azilah dihukum gantung sampai mati kerana didakwa dan disabitkan kesalahan membunuh warga Monggolia, Altantuya beberapa tahun dahulu.

Dan apabila hukuman di jatuhkan, Sirul didapati berada di Australia dan pihak kerajaan Australia tidak membenarkan Polis Malaysia untuk membawa Sirul pulang bagi menjalani hikuman kerana negara berkenaan tidak mempunyai hukuman mati mandatori dan mereka (Australia) boleh menyerahkan Sirul dengan syarat hukuman mati tidak di jalankan.

Balik kepada cerita asal tadi, bagaimana Mahfuz boleh membuat pengesahan bahawa Sirul bersetuju untuk di wawancara? Adakah Mahfuz menghubungi Sirul? Atau adakah kemungkinan besar Mahfuz juga adalah perancang utama dalam membawa lari Sirul ke luar negara?

Beberapa persoalan perlu dijawab disini iaitu, siapa yang menyeludup Sirul ke Australia, siapa yang menanggung segala perbelanjaan beliau di sana? Siapa yang menyara anak isteri beliau disini? Ini semua adakah berkaian dengan apabyang cuba nak dilakukan oleh Mahfuz?

Apa yang jelas sekarang ini ialah, puak Pakatan Pembangkang mengatakan bahawa Sirul membuat pendedahan bahawa beliau diarahkan oleh orang kenamaan untuk melakukan pembunuhan tersebut.

Adakah benar begitu? Kenapa Sirul memgambil masa begitu lama baru kononnya hendak membuat pendedahan? Kenapa tidak sedari awal lagi kes disebut? Atau adakah suara suara ghaib sedang berlegar di telinga Sirul dan untuk menyelamatkan diri adalah dengan cara menuduh sebarangan dengan pengharapan bahawa beliau (Sirul) terselamat?

Jadi disini Sangkakala rasa adalah lebih baik jika pihak Polis menjalankan siasatan terhadap Mahfuz kerana melarikan seorang banduan adalah salah disisi undang undang.



1 ulasan:

  1. Hello Mr. BEAN....Ini Minday telephone interview sudah dapat kelulusan pihak Australia ka? Rasa-rasa nya kalau ada phone interview Monday nie ia nya antara kamu Mr. BEAN dan Mr. Pak Pandir jer. Atau si-GAY tua di Sungai Buloh. Mr. BEAN jangan lah nak jadi hero. Kamai tahu kamu sudah kena "trap" oleh PKR dengan video berwarna-warni. Jadi takut kena expose seperti chikgu spender, hang pun jadi serupa Mr. BEAN. Rasa-rasa nya orang-orang PAS mesti diberitahu betapa hang nie Mr. BEAN tidak boleh dipercayai sepenuhnya. Hang juga si-kitol dalam PAS.

    BalasPadam