SAH MAHFUZ MEMANG PEMBOHONG BESAR!
Oleh
Lokman Adam
Pagi ini 23hb February, 2015 sekitar jam 11.30am, puluhan para wartawan telah berkumpul di Ibu Pejabat PAS kerana terpedaya dengan YB Mahfuz Omar yang mengatakan kononnya beliau akan adakan teleconference (telesidang) dengan Sirul Azhar, seorang penjenayah yang diburu polis kerana disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.
Sirul kini berada di dalam tahanan pihak imigresen Australia dan sememangnya tidak munasabah untuk dihubungi, apatah lagi untuk mengadakan teleconference dengan Mahfuz. Walau bagaimanapun, drama anjuran Mahfuz itu pecah temelang apabila panggilan yang dibuat oleh Mahfuz terhadap nombor yang dikatakan kepunyaan Sirul, tidak dijawab hingga ke sudah.
Mahfuz yang kelihatan semakin panik akhirnya menuduh pihak berkuasa telah jemkan line telefon untuk mengagalkan teleconference tersebut. Wartawan yang mula naik angin dengan Mahfuz akhirnya bertanya, adakah jika Pakatan berkuasa dia akan usul di Parlimen supaya diwujudkan undang-undang khas supaya mereka yang dijatuhkan hukuman boleh buat PC selepas jatuh hukum? Malangnya Mahfuz membisu seribu bahasa.
Setelah 45 minit bersandiwara, akhirnya Mahfuz menyerah kalah dan menghentikan sidang Media tersebut. Untuk menutup penipuan beliau, Mahfuz memaklumkan para wartawan yang hadir bahawa beliau akan membawa ibu Sirul ke Australia minggu depan untuk bertemu dengan Sirul.
Sekarang sudah jelaslah siapa yang mengajar dan mengatur Sirul melarikan diri ke Australia selama ini. Maka tidak hairanlah jika selepas ini. Sirul mungkin buat kejutan dengan memetik nama sesiapa yang beliau suka demi menyelamatkan nyawanya dan kemungkinan dijanjikan sesuatu oleh Mahfuz sebagai ganjaran.
Apa yang menghairankan saya, sepanjang kes ini berjalan dan nyawanya berada dihujung tanduk, tidak pulak si Sirul ini mendedahkan sebarang nama untuk menyelamatkan tengkoknya. Jika ada, sudah pasti beliau akan menyebutnya. Kenapa sekarang baru nak sebut selepas beliau berurusan dengan pihak Pembangkang?
Ramai yang bertanya dengan saya tentang laporan Media Australia yang menggambarkan seolah-olah Perdana Menteri kita terlibat dengan Pembunuhan dan Rasuah Pembelian Kapal Selam Scorpene yang kononnya Altantuya sebagai penterjemah dalam rundingan pembelian tersebut. Jawapan saya mudah,
1) Australia memang dari zaman Tun Mahathir tidak pernah baik dengan Malaysia. Mereka secara terang-terangan menghalalkan LGBT dan menentang pendakwaan terhadap Anwar berhubung isu Lliwat.
2) Australia adalah sekutu kuat Amerika yang juga konsisten mengecam pendakwaan terhadap Anwar dalam isu liwat. Amerika juga berterusan mengecam Malaysia yang tidak mahu campurtangan dalam sistem kehakiman negara bagi membebaskan Anwar yang juga merupakan sekutunya.
3) Sebagai umat Islam, saya berpegang pada tali agama. Bila Dato Seri Najib dituduh mempunyai hubungan dan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, tanpa rasa ragu Dato Seri Najib telah bersumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattallahi bahawa dia tidak pernah mengenali Altantuya, apatahlagi membunuhnya. Tapi sampai sekarang, Anwar tidak berani bersumpah menafikan beliau meliwat Saiful dan Azizan.
4). Bapa Altantuya telah mendedahkan bahawa satu-satunya manusia yang Altantuya kenal di Malaysia ialah Razak Baginda. itu sebabnya Altantuya tak mencari Najib, beliau mencari Razak Baginda.
5). Dimana datang lojiknya fitnah pembangkang yang mengatakan Altantuya dibunuh kerana beliau menuntut komisyen pembelian scorpene dimana beliau bertindak sebagai jurubahasa perundingan tersebut. Kepada yang masih tak tahu fakta kes, suka saya terangkan disini, Altatuya bangsa Mongolia, dia boleh cakap Rusia kerana Mongolia bersebelahan dengan Rusia. Tetapi kita beli Scorpene dari Perancis. Pertamanya, kalau hendak guna khidmat jurubahasapun, kita akan gunakan jurubahasa Perancis, bukan Rusia. Keduanya, takkan syarikat besar yang jual produk berbillion ringgit tak mampu sediakan jurujual berbahasa yang boleh berbahasa Inggeris. Syarikat tersebut sudahpun menjelaskan bahawa perundingan dijalankan dengan menggunakan bahasa Inggeris.
Cukup-cukuplah Mahfuz dengan sandiwara yang tidak berkesudahan ini. Sepatutnya Mahfuz sebagai pemimpin semua parti yang kononnya Parti Islam, beliau sepatutnya mempertahankan Dato Seri Najib yang berani bersumpah cara Islam bila difitnah. Tapi malangnya beliau memilih untuk jadi budak suruhan Anwar walaupun jelas Anwar tidak berani melafazkan sumpah dan kini telahpun jelas disabitkan atas tuduhan liwat.
|
Agaknya banyak masyuk dengan lakonan bodohnya itu.........
BalasPadamParti Pas semakin hilang wibawa
BalasPadamMereka yg berakal tak akan percaya seorang banduan boleh mengadakan sidang media.
BalasPadamNampaknya pengamal media pun boleh kena tipu dengan Sirul dan Mahfuz.