Ahad, 8 Februari 2015

MALANG SUNGGUH !! PANEL PEMIKIR JASA YANG TAK MAMPU BERFIKIR @NajibRazak @shaberyc

Agak malang apabila agensi kerajaan yang selama ini cukup disegani mempunyai seorang panel pemikir yang tidak mampu berfikir secara waras.

Sangkakala juga berasa amat terkilan apabila seorang panel pemikir tidak tahu menghormati keluarga Allahyarham Dato' Fuad Hasan yang merupakan Ketua Pengarah JASA yang telah kembali ke rahmatullah baru baru ini.
 

Sangkakala gelapkan gambar jenazah Allahyarham Dato' Fuad apabila si pemilik akaun yang bernama Syed Saifuddin yang juga merupakan seorang panel pemikir JASA telah mengeluarkan gambar jenazah dengan keadaan muka jenazah terbuka.

Hormat la sikit, jangan sampai orang kata panel pemikir JASA ni akal letak dilutut.

Sangkakala amat yakin semua orang merasai kehilangan Allahyarham dan Sangkakala juga merasa begitu tapi dengan mengeluarkan gambar sebegini ianya adalah satu tindakan biadap kerana tidak menjaga sensitiviti keluarga Allahyarham.

Semasa artikel ini ditulis, ada beberapa komen yang meminta pemilik akaun tersebut mengeluarkan gambar Arwah, tetapi nampaknya panel pemikir ni tak tau membaca atau sememangnya sengaja secara suka suka untuk menunjukkan gambar Arwah.

Kalau ini la perangai pemikir JASA, rasanya takkan ke mana agensi kerajaan ni di masa hadapan sebab yang di harap untuk berfikir pun tak mampu untuk berfikir.



Tiada ulasan: