Saya selaku pengerusi Biro Pertanian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyokong saranan yang dibuat oleh Dato Sri Ismail Sabri bagi menggunakan kuasa yang ada pada kita sebagai pengguna dan pembeli bagi mengambil ketetapan dan langkah bersama untuk membantu menurunkan harga barangan di pasaran selaras dengan penurunan harga minyak dunia.
Hanya dengan menggunakan kuasa kita sebagai pembeli dan pengguna yang bijak sahaja maka peniaga-peniaga yang tamak dan rakus akan dapat diajar.
Saya merasakan bahawa pengalaman YB Dato Sri Ismail Sabri selama ini sebagai menteri di dua kementerian yang terlibat secara langsung dengan pemantauan harga barangan di pasaran telah membuatkan beliau sedar akan punca kenaikan harga barangan, namun apabila terdapat peluang bagi rakyat, yang terdiri dari pelbagai agama, kaum dan lapisan masyarakat, untuk menikmati penurunan kos harga barangan, perkara itu tidak berlaku atas disebabkan sifat tamak oleh sesetengah pihak bagi mengaut keuntungan yang melampau dan berlebihan.
Perlulah kita sedar juga bahawa dalam keadaan negara baru sahaja pulih dari musibah banjir yang melanda, maka seharusnya semua pihak mempunyai semangat dan rasa tanggungjawab untuk membantu membangunkan semula negara dan bekerjasama bagi meringankan beban yang dialami masyarakat, secara langsung mahupun tidak langsung.
Bukankah selama ini juga pun, apa yang diperjuangkan dengan lantang oleh sesetengah pihak adalah untuk menurunkan harga barangan maka hari ini kita perlu mempersoalkan mengapa apabila ada peluang yang begitu baik untuk kita menikmati penurunan harga barangan secara mendadak, ianya tidak langsung dibangkitkan oleh pihak-pihak tersebut.
Saya mencabar peniaga dan pemborong yang benar-benar jujur dan ikhlas dengan kata-kata mereka, untuk menurunkan harga barangan mereka, selaras dengan kenyataan mereka yang sering kali menggunakan faktor kenaikan harga minyak sebagai alasan untuk menaikkan harga barangan.
Dato Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad Pengerusi Biro Pertanian dan Asas Tani, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
1 ulasan:
SOLIDARITI untuk Datuk Seri Ismail Sabri.
arjuna waspada
changkat lobak.
Catat Ulasan