Seperti yang telah sudah, Anwar akan melakukan perjumpaan akhir dan akan berucap di khalayak ramai terutamanya pada pengikut beliau untuk mencari sokongan dan untuk menghimpunkan pengikut pengikut beliau ke Istana Kehakiman esok.
Tapi nampaknya tidak seperti himpunan yang lalu, kali ini nampaknya sokongan terhadap Anwar semakin hilang jauh apabila ceramah beliau tidak lagi mendapat sokongan.
Malam ini ceramah ceramah yang diadakan dikayakan hambar dengan kehadiran tidak melebihi 3 ribu orang seperti yang dulu.
Apa dah jadi dengan pengikut Anwar? Kemana mereka semua? Adakah Anwar kini sudah tidak lagi menyengat seperti dahulu.
Dari pengamatan Sangkakala, rakyat Malaysia sudah mula merasa muak dengan perhimpunan perhimpunan yang diadakan oleh pakatan pembangkang yang jelas menunjukkan bahawa ianya hanyalah agenda untuk membela Anwar Ibrahim
Cuba kita fikir, selama 6 tahun kes ini berjalan dan lebih daripada 60 kali ditangguhkan dan beberapa pendengaran telah dilakukan semuanya hanya untuk Anwar Ibrahim
Dimana agenda untuk memperjuangkan rakyat sepertimana yang disebut sebut oleh pakatan rakyat selama ini?
Apa apa pun kita semua dengar sama ada Anwar bersalah atau tidak esok, dan rakyat sebenarnya boleh menilai jika Anwar dibebaskan sekalipun, hakim pernah mengatakan bahawa perkara ( liwat ) itu berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan