Isnin, 2 Februari 2015

#haramjadah KP MCA TAK FAHAM BAHASA !!! MEMPERTAHAN MEMBABI BUTA

Kalau selama ni kita melihat bahawa MCA mempertahankan bangsa cina Sangkakala rasa memang patut sebab sememangnya tugas kepada MCA untuk mempertahankan bangsa mereka.

Tapi bila Ketua Pemuda MCA mempertahankan tindakan peniaga khususnya pemborong dari kalangan bangsa cina untuk tidak menurunkan harga barang selepas penurunan harga minyak kenderaan bagi Sangkakala adalah melampau.


Tindakan YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebenarnya adalah tindakan paling berani dimana ianya bukan disuarakan melalui suara seorang menteri tetapi lebih kepada suara rakyat yang menjadi pengguna barangan setiap hari.

Kita juga sedia maklum bahawa kebanyakan daripada pemborong adalah dikalangan kaum cina dan mereka ini semasa kenaikan harga bahan api kenderaan mengatakan betapa perlunya mereka menaikkan harga bahan makanan tetapi apabila harga bahan api turun mereka senyap seribu bahasa kerana memikirkan keuntungan yang berlipat kali ganda.

Ketua Pemuda MCA mengatakan bahawa kenyataan Menteri Pertanian adalah rasis kerana meminta supaya rakyat memboikot mereka mereka di kalangan orang tengah yang majoritinya adalah orang cina supaya tidak membeli barangan mereka jika tidak mahu menurunkan harga barangan.

Persoalannya, adakah hanya orang Melayu yang menjadi pengguna? Adakah tidak ada dikalangan orang cina juga menjadi pengguna sama? Hingga kenyataan Menteri tersebut di katakan sebagai rasis?

Kalau nak popular pun jangan sampai menunjukkan kebodohan la wahai KP MCA.

Sebab kerana kebodohan inilah maka banyak kerusi kamu di parlimen dan DUN hilang sebab sudah tidak ada keyakinan terhadap pemimpin seperti kamu yang mampu untuk membela rakyat tidak kira Melayu, Cina atau India.

Sepatutnya KP MCA ini mengajak semua rakyat Malaysia tidak kira apa juga bangsa supaya mengajar peniaga atau pemborong yang tidak mahu menurunkan harga bahan makanan dengan tidak membeli bahan dari mereka supaya mereka tau apabila bahan api sudah turun maka harga bahan makanan juga ikut turun sepertimana yang mereka katakan apabila bahan api naik.

Kalau tak cerdik sila belajar, kalau tak pandai jangab memandai mandai, kalau tak mampu jangan pegang jawatan tinggi sebab nanti akan memalukan parti sendiri.



Tiada ulasan: