Rabu, 25 Februari 2015

JALAN BERLUBANG !! DIMANA JANJI AZMIN ALI SEBAGAI MB ??

Nampaknya Azmin Ali hanya pandai mengungkapkan janji janji sebagai halwa telinga untuk menyedapkan pendengaran para pengundi khususnya rakyat Selangor dalam menjanjikan bulan dan bintang jika dia menjadi Menteri Besar.

Dan memang tidak dinafikan bahawa seawal beliau menjadi Menteri Besar banyak pertunjukan pertunjukan sarkas yang diolah untuk membuktikan bahawa kepimpinan beliau amat berkesan dalam memberi perhatian kepada rakyat.

Azmin juga pernah berjanji bahawa permasaalahan seperti denggi dan jalan yang bermasaalah akan diselesaikan secepat mungkin.


Klik gambar diatas untuk video janji Azmin.

Tapi sejauh mana Azmin mengotakan janjinya dalam usaha untuk membela rakyat? Atau janji tinggal janji?

Sangkakala menarik sekali dengan satu isu yang menjelaskan bahawa kepimpinan Azmin dan PR tidak menghiraukan keselamatan rakyat dan keselesaan rakyat Selangor.

Permasaalahan jalan raya berlubang memang tidak dapat disangkal lagi apabila baru baru ini di Kota Damansara ada sebuah NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai 'BROTHERHOOD' yang mengambil inisiatif sendiri menampalnjalan jalan yang bermasaalah dan Sangkakala pernah mengeluarkan artikel berkenaan perkara tersebut.

Sila baca DISINI.

Jalan jalan bermasaalah ini sebenarnya mengundang bahaya kepada para pengguna khususnya penunggang dan pembonceng motosikal dan bukan itu sahaja, malah sudah pun ada kematian dilaporkan akibat daripada masaalah jalan tidak diselenggara ini.


Bayangkan anak kehilangan bapa, isteri kehilangan suami, ibu bapa kehilangan anak akibat daripada permasaalahan jalan yang berlubang disana sini.

Sampai bila masalah ini perlu dihadapi oleh rakyat Selangor? Atau adakah apabila menjelang pilihanraya nanti baru jalan jalan ini akan diselenggara untuk meraih undi dan kemudian ianya dibiarkan semula tanpa kepedulian dari pihak kerajaan negeri?

Mangsa dalam masalah ini sebenarnya tidak mengira sama ada mereka dari parti mana sekalipun, mungkin dari BN, PAS, PKR atau DAP dan ianya sentiasa menunggu mangsa untuk dijadikan korban.

Sudah sudah la rakyat Selangor, bangkit demi untuk kelangsungan keselamatan masing masing dalam menggunakan jalan raya di sekitar negeri Selangor.


Tiada ulasan: