Jumaat, 13 Februari 2015

RAKYAT DAH MULA MUAK DENGAN KERAJAAN SELANGOR !!! REPAIR JALAN SENDIRI

Nampaknya rakyat Selangor dah mula muak dengan perangai kerajaan negeri melalui PBT yang tidak peka dengan permasaalahan rakyat Selangor terutamanya di Kota Damansara.

Malam tadi Sangkakala sempat melihat dan mengikuti satu kumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai 'BROTHERHOOD' menampal jalan jalan yang bermasaalah di sekitar Kota Damansara.


Kumpulan ini diketuai oleh saudara Lando yang juga merupakan seorang pelakon.


Beberapa lubang berbahaya di yang terdapat jalan jalan sekitar Kota Damansara diturap oleh kumpulan ini kerana beberapa kali kemalangan telah berlaku akibat daripada permukaan jalan yang berlubang.







Laporan demi laporan telah dilakukan oleh fakyat dan ianya juga telah di buat oleh ADUN Kota Damansara namun tiada respon daripada kerajaan negeri sedangkan kita tahu setiap tahun kerajaan pusat menyalurkan dana melebihi RM 500 juta bagi kerja kerja penyelenggaran jalan dan perparitan. Itu belum termasuk lagi projek projek membaik pulih jalan oleh kerajaan pusat melalui ICU.

Persoalannya, kemana bajet tersebut hilang? Kenapa masalah jalan ini masih tidak mampu untuk diselesaikan?

Setahu Sangkakala, penyelaras DUN juga mendapat peruntukan dari kerajaan negeri sebanyak RM 500 ribu setahun dan kalau kita kaji semula, dengan apa yang dilakukan oleh kumpulan anak muda 'BROTHERHOOD' malam tadi, peruntukan RM 500 ribu tersebut lebih dari mencukupi untuk kerja kerja menampal jalan jalan yang berlubang.

Kumpulan ini sebenarnya prihatin dengan pengguna jalanraya terutamanya motosikal dan dengan alasan tersebut mereka mengambil pendekatan untuk membaik pulih jalan berkenaan tanpa mengharapkan bantuan kerajaan negeri yang tidak kunjung tiba.

"Takkan kita nak tunggu sampai orang mati baru nak repair", itu ayat saudara Lando apabila Sangkakala tanya kenapa kumpulan anak muda ini menjalankan kerja kerja pelik yang tidak dilakukan oleh orang lain.

Nasib rakyat Selangor, nak selamat menggunakan jalanraya, kena baiki sendiri jalan tersebut sebab kerajaan negeri tak pernah nak memandang permasalahan ini agaknya.




3 ulasan:

  1. Good job Brotherwood, padan muka kerajaan selangor. Wake up selangor

    BalasPadam
  2. kat sungai buloh pun banyak jalan lubang macam nokharam. kadang2 aku duduk sini aku rasa macam takde orang yang memerintah.. zzzzz

    BalasPadam
  3. Panas pergi selangor. tahan kejap jer, nak cepat balik. negeri maju konon, third world level, ada laa. pernah dengar, quality of life?
    wake up, selangor.

    BalasPadam