Sabtu, 31 Ogos 2013

KENALI @Armand_PJU CALON EXCO PEMUDA UMNO 2013

Sangkakala boleh dikatakan kenal dengan Armand, dan beberapa kali pernah bersama beliau dalam program.

Walaupun kelihatan lantang tapi Armand tapi sebenarnya beliau adalah orang yang boleh dikatakan agak kelakar juga.

Jom kita kenali calon pisang bukan epal atau oren ini dengan lebih dekat.

ARMAN AZHA HJ ABU HANIFAH
CALON EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA 2013

" Ketua Adalah Seorang Hamba Yang Persembahkan Dirinya Supaya Menjadi Pesuruh Kepada Sekalian Rakyat Jelata Dan Tugasnya Ialah Untuk Mengorbankan Diri Untuk Berkhidmat Kepada Rakyat Jelata, Itulah Makna Yang Saya Tahu Dan Itulah Lambang Perjuangan Saya Sebagai Pemimpin UMNO"  : Amanat Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman. 

Ini Merupakan Salah Satu Pegangan Saya Dalam Perjuangan UMNO Sejak Saya Menjadi Ahli UMNO Pada 07hb Januari 1995. Saya Datang Daripada Keluarga UMNO Sejak Atuk , Bapa Sehinggalah Pada Saya. Apa Yang Saya Letak Dalam Diri Saya Bila Menjejak Kaki Dalam Arena Politik Adalah Semangat Keikhlasan Dan Senantiasa Ingin Memberikan Yang Terbaik Kepada Rakyat Jelata. 

Baca selanjutnya tentang Armand dalam pautan dibawah..

http://bit.ly/16YKnfp


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SORANG LAGI MENAWARKAN DIRI SEBAGAI CALON EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA 2013


MUHAMMAD FAIZ HASHIM

ADALAH MERUPAKAN PEMIMPIN YANG DATANG DARIPADA BAWAH YANG DATANG DARIPADA KELUARGA YANG SEDERHANA.

BERGIAT AKTIF DALAM KEPIMPINAN SEJAK DIBANGKU SEKOLAH LAGI APABILA MENGGALAS TANGUNGJAWAB DAN AMANAH SEBAGAI KETUA PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU PANGLIMA PERANG TENGKU MUHAMMAD.

MENJADI PENGERUSI PERSATUAN BULAN SABIT MERAH, PENGERUSI RUMAH SUKAN, PENGERUSI PERSATUAN BAHASA MELAYU DAN BEBERAPA PERSATUAN LAIN DI PERINGKAT SEKOLAH.

BERGIAT AKTIF DIDALAM SUKAN DAN PERNAH MEWAKILI NEGERI PAHANG DI PERINGKAT MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) DALAM ACARA MEMANAH DAN PERINGKAT MSSD BAGI ACARA HOKI SELAIN PERNAH MENJADI PEMBACA IKRAR KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN.

PENGLIBATAN AKTIF DI SEKOLAH INI DITERUSKAN PULA DI PERINGKAT UNIVERSITI APABILA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DI DALAM SPM APABILA BERJAYA MENDAPAT GRED 1 AGGREGATE 15 DAN PERNAH MENGGALAS AMANAH SELAKU YANG DIPERTUA KOLEJ KEDIAMAN IBNU KHALDUN YANG MENJAGA KEBAJIKAN MAHASISWA DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) LENDU, MELAKA.

PENGLIBATAN AKTIF INI TIDAK BERAKHIR BEGITU SAHAJA MALAH TELAH MENJADI SEBATI DALAM PERJUANGAN BELIAU DALAM MENABUR BAKTI KEPADA MASYARAKAT SEHINGGALAH MENJADI SETIAUSAHA PEMUDA UMNO CAWANGAN LEMBAH SEKILAU DISINILAH SEGALA KARIER POLITIKNYA BERMULA HINGGA KE HARI INI

FAIZ BOLEH DIHUBUNGI MELALUI:-


E-MAIL :            
faizppuim@gmail.com
FACEBOOK :     
https://www.facebook.com/muhammadfaiz.hashim
TWITTER :       
@MuhamadFaizHash

BLOG :
http://muhammadfaizhashim.blogspot.com
BB PIN
2ADA26FB
UMUR : 32 TAHUN
LAHIR : 6 JANUARI 1981
WARGANEGARA : Malaysia
STATUS : Berkahwin

POLITIK



Jawatan

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota

Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota

Ketua Pemuda UMNO Cawangan Lembah Sekilau

Pengerusi Gempur Parlimen Indera Mahkota

Timbalan Pengerusi Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) Pahang

Unit Media Baru Pahang

PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN :-


Penceramah Politik di Bilik Gerakan BN Sungai Talam

Penceramah Politik di Bilik Gerakan BN Beserah Utara Baru

Penceramah Politik di Bilik Gerakan BN Indera Mahkota 3

Penceramah Politik di Bilik Gerakan BN Cherating Bukit Palas

Menyelaras Gempur di keseluruhan Parlimen Indera Mahkota

Menyelaras dan memberi ceramah serta penerangan mengenai Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) di Seluruh Negeri Pahang

Memberi Penerangan kepada Pengarah JPJ Pahang dan Pusat Latihan Institut Memandu Seluruh Pahang berhubung Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)

Naib Johan Pertandingan Pidato Piala Perdana Menteri Peringkat Zon Pantai Timur

Finalis Pertandingan Pidato Piala Perdana Menteri Peringkat Akhir

Pengendali Blog Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota

Pembahas Usul UMNO Bahagian 2012

Pembahas Usul Pemuda UMNO Bahagian 2011

Pembahas Usul Pemuda UMNO Bahagian 2010

Panel Temuramah oleh PahangkuTV

Mengetuai Daftar Pemilih Pengundi Baru di sekitar Kawasan Perindustrian dan Kilang-kilang di Gebeng.

Menaja dan Memberi sumbangan roti kepada mangsa-mangsa banjir di Cherating, Sungai Ular dan Beserah.

Pengacara dalam Temubual Khas Bersama CEO Perbadanan AiR Pahang (PAIP), Dato' Zahari Mat Isa dalam menjawab tuduhan fitnah pembangkang berkenaan isu air di Pahang.

Mengetuai Demonstrasi Berdepan dengan Pendemo Anti Lynas di Pelabuhan Kuantan yang menyekat kemasukan bahan mentah milik LYNAS.

Mengetuai Demonstrasi Berdepan dengan Pendemo Anti Lynas di Mahkamah Tinggi Kuantan.

Mengetuai Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota dalam membuat Laporan Polis terhadap Ustaz Wan Ji yang menghina Sultan.

Mengetuai Gempur semasa Penamaan Calon di Parlimen Indera Mahkota Pilihanraya Umum ke 13.

Penganjur Pertandingan Badminton Tertutup PEMUDA UMNO Lembah Sekilau.

Mengetuai Sidang Media Isu Penghinaan Ustaz Wan Ji terhadap Sultan.


BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)


Ketua Penerangan Pribumi Perkasa Negeri Pahang (Perkasa Pahang)

Membahas Usul mewakili Negeri Pahang di Persidangan Agung Perkasa Malaysia

Pembentang Kertas Kerja Dasar Pendidikan Bumiputera di Peringkat Perkasa Malaysia.

Pembahas Usul Perkasa Pahang di Persidangan Agung Perkasa Pahang kali ke-2.

Pembahas Usul di Mesyuarat Tahunan Perkasa Pahang di Mesyuarat Tahunan Perkasa Pahang Kali ke-3.

Mengetuai Sidang Media membidas tawaran mega pembangkang pada Pilihanraya Umum ke-13.

Mengedar Risalah mengenai bahayanya Amanat Haji Hadi Awang yang memecahbelahkan ummah.

Membuat Desakan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi agar menarik balik Amanat yang telah dibuat beliau.

Mengetuai Pelancaran Tabung GAZA Palestine.

Mengetuai Demonstrasi Membakar Bendera Israel.

Melancar Tabung Guaman Membantu Kes Saman Utusan Malaysia.


Mengetuai Demonstrasi NGO-NGO PAHANG memprotes insiden memijak gambar Perdana Menteri.

Mengetuai NGO-NGO Pahang membuat demonstrasi membantah penggunaan Kalimah Allah di Masjid Negeri.

Mengetuai NGO-NGO Pahang mempertahankan Ketuanan Melayu.

Mengetuai NGO-NGO Pahang membuat Demonstrasi membantah Kenyataan Mat Sabu yang mengangkat Komunis sebagai pejuang.

Membuat laporan polis dan Sidang Media berhubung beberapa pemimpin pembangkang yang biadap semasa pertabalan Yang DiPertuan Agong.

Mengetuai demonstrasi NGO-NGO Pahang membantah Kenyataan Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan keselamatan Negara Israel.

Mengetuai NGO-NGO Pahang membuat Laporan Polis berhubung Perhimpunan Haram yang akan dilakukan oleh Pihak Anti LYNAS.


Membuat kenyataan media membantah perancangan debat antara Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Menteri Besar Pahang, Dato Seri Adnan Yaakob yang ternyata bukan pakar dan bukan bidangnya.

Mengetuai Laporan Polis dan Sidang Media Berhubung Tuduhan P.Balasubramaniam yang menuduh Perdana Menteri, Dato Seri Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya.

Mengetuai Demonstrsi dan Himpunan Aman NGO-NGO Pahang berhubung maklumat pendedahan perisikan Filipina yang mendakwa penglibatan pembangkang yang menjadi dalang dalam insiden pencerobohan dan tragedi di Tanduo, Lahad Datu, Sabah.

Mengetuai Demonstrasi dan membuat laporan polis berhubung Kenyataan Biadap Tian Chua yang mengeluar Kenyataan Tragedi di Lahad Datu adalah Sandiwara UMNO.

Mengarang dan mendeklamasikan sajak 'Pejuangku' di Majlis Ramah Mesra Vateran Polis bersama YAB Menteri Besar Pahang sempena menyambut Hari Polis ke- 206 dalam memperingati pejuang-pejuang di Lahad Datu dan Bukit Kepong yang telah gugur.

Penceramah Politik di Felda Lepar Utara.

Mengetuai NGO-NGO Pahang membuat laporan polis terhadap Alvin dan Vivian.

Membuat kenyataan media membantah Penayangan Filem 'The New Village.


Ketua Penerangan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M).


Panel Temuramah Bual Bicara dalam Rancangan Let's Talk di MobTV mengupas Isu Blackout505.

Membuat Sidang Media berhubung Tuntutan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjurkan pembangkang yang boleh dipersoalkan.

Membuat Sidang Media Melupus Bayaran Muka Membeli Rumah.

Mengeluarkan Artikel dan nukilan Renungan Buat Sahabat Berbangsa Cina di dalam blog-blog.

Membuat Sidang Media Berhubung Manifesto BN sebuah Akujanji, Manifesto Pembangkang Bukan Janji.

Membuat Sidang Media Mencabar Pembangkang Dedah Sumber Dana Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Mengetuai NG0-NGO Pahang dalam membuat Laporan Polis terhadap Melissa Gooi yang menghina Yang DiPertuan Agong.

Mengetuai NGO-NGO Pahang membuat Sidang Media berhubung Isu Wanita yang bernama Melissa Gooi yang menghina Yang DiPertuan Agong.

Membuat Sidang Media membantah penggunaan sistem rujukan maklumat kredit berpusat kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membayar balik pinjaman mereka.





TABIK SPRING PADA BRADER NI !!! MEMANG BERANI BEB !!!

klik gambar untuk video
Bangga Sangkakala bila nampak dalam tengok video diatas yang kini giat diperkatakan oleh pengamal media sosial dalam facebook.

Memang berani dan sikap beliau ini perlu dipuji kerana keberanian beliau dalam mempertahankan Sang Saka Bangsa.

Cuma apa yang Sangkakala tengok dalam video tersebut, beberapa orang terkedu apabila brader ni merampas bendera yang mereka perjuangkan.

Kemana pengikut Sang Saka Malaya mereka? Semua senyap membisu seribu bahasa dan satu tindakan pun tak berani dibuat apabila brader kita ni merampas sang saka malaya mereka.

Apa yang mereka perjuangkan sebenarnya? Adakah mereka ini benar benar merdeka?

Apa yang Sangkakala lihat, A Samad Said yang dipuji tentang penulisan nampak gayanya tidak benar benar patriotik apabila beliau sendiri pun turun mempromosikan sang saka malaya mereka.

Begitu kuga Adam Adli yang merupakan seorang pelajar terbabit sama dalam promosi malam tadi. 

Tapi bila dirampas bendera mereka Adam Adli pucat mukanya, A Samad Said mujur tak kena serangan jantung akibat terkejut dengan tindakan tersebut.

Apa apa pun Sangkakala ucapkan tahniah kepada brader ni yang memang bersemangat cintakan tanah air.

Ada maklumat yang mengatakan bahawa lelaki tersebut adalah lelaki india cuma ianya tidak dapat dipastikan lagi tetapi sekiranya betul dia seorany lelaki india maka ianya akan menjadi lebih panas lagi.

Sangkakala kata ianya akan menjadi lebih panas sebab Kementerian Dalam Negeri baru baru ini telah mengeluarkan statistik yang menunjukkan bahawa kaum india adalah antara yang paling ramai menganggotai kongsi gelap dan jika lelaki dalam video tersebut benar benar lelaki india maka ianya adalah contoh dimana jika ramai yang berkelakuan buruk namun masih ada yang bersikap mulia.

Tapi tak kiralah, walau siapa pun dia, Sangkakala ucapkan terima kasih serta tahniah diatas keberanian beliau.


RAKYAT MALAYSIA PALING BIADAP SELEPAS 56 TAHUN MERDEKA !!!


Ini adalah muka muka rakyat Malaysia yang biadap selepas 56 tahun negara memperolehi kemerdekaan.

Dengan membawa bendera yang kononnya menjadi bendera sebenar kepada negara menunjukkan mereka ini sengaja untuk mencetuskan kekeliruan diantar rakyat Malaysia. 

Seharusnya mereka ni ditangkap dan jangn dibiarkan terus mengelirukan rakyat dengan sikap dan perangai mereka tapi nampak gayanya sehingga kini mereka masih lagi bebas melakukan apa sahaja.

Kerajaan perlu mengambil pendekatan tegas dalam menangani isu sebegini, bukan dengan hanya melihat perlakuan mereka dan seolah olah takut untuk mengambil tindakan kerana mereka didokongi oleh pembangkang.

Bagi Sangkakala, jika kerajaan mengambil tindakan keatas mereka dan jika pembangkang pula ingin melakukan sesuatu untuk membela mereka, Sangkakala rasa rakyat Malaysia tidak akan membiarkan perkara itu berlaku.

Rakyat Malaysia akan bangkit sekiranya kerajaan melakukan sesuatu tindakan yang betul tetapi di tentang oleh pembangkang tidak kira dengan apa kaedah sekalipun walaupun dengan kekerasan.

Seperti yang dilakukan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri sekarang, majoriti rakyat bersetuju dan ada segelintir daripada pemimpin pembangkang serta kerajaan tidak berasa senangdengan tindakan tersebut tetapi oleh kerana rakyat bersetuju dan mahu ianya dilaksanakan maka mereka (yang menentang) tidak mampu melakukan apa apa.

Begitulah juga sekiranya kerajaan mengambil tindakan tegas keatas mereka mereka seperti didalam gambar diatas yang sedaya upaya memesong pemikiran rakyat Malaysia. 


Jumaat, 30 Ogos 2013

ADUN DAP LEBIH PERCAYA PADA ORANG MABUK ??? DIA PUN MABUK KOT !!!

Apa le punya bangang ADUN DAP Setiawan ni sampai percaya kata kata orang mabuk, agaknya dia pun mabuk sama kot.

Law Keat Siang memandu dalam keadaan mabuk dan mengakibatkan kemalangan, dah lah macam tu, taknak bagi kerjasama dengan polis pulak.

Lepas tu tuduh polis pukul dia sampai lebam di bahagian pipi, sedangkan law mengadu dengan ADUN DAP berkenaan dan juga pihak polis ada berlaku pergelutan.

Kalau dah bergelut, kemungkinan untuk mendapat kecederaan memang le tinggi, itu pun mujur lebam je, kalau patah apa pulak jadi agaknya.

Yang menghairankan, kenapa taknak bagi kerjasama pada polis yang datang ke tempat kejadian? Atau memang sengaja nak tunjuk hebat lepas tu buat laporan kononnya di cederakan oleh polis.

Ini le cara DAP yang akan melaga lagakan pihak keselamatan dengan rakyat supaya rakyat benci pada pasukan keselamatan.

Bagi Sangkakala, takde masalah kalau setakat nak bagi kerjasama dalam kes kemalangan.

Yang ADUN DAP tu pulak beriya sangat kata nak lihat apa tindakan boleh diambil tu buat apa? Pun nak tunjuk kuasa pada polis?

Boleh jalanlah dengan korang punya ADUN kalau cakap orang mabuk pun nak percaya.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KEBODOHAN PENONTON TANDA PUTERA TERSERLAH

Sangkakala terbaca dalam entri terbaru seorang rakan blogger yang menunjukkan betapa bodohnya penonton filem Tanda Putera dari kalangan pakatan pembangkang.

Bukan apa, ada sedikit masalah teknikal dan kemungkinan pihak producer telah terlepas pandang tentang perkara tersebut.

Macam biasa lah, puak macai pembangkang ni akan cuba mencari setiap kesalahan dan kesilapan tak kiralah ianya sebesar mana sekalipun.

Cuba buka link dibawah dan ikuti cerita selanjutnya, dimana kebodohan mereka ini semua..

http://bit.ly/19QifvZ


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khamis, 29 Ogos 2013

KURANG AJAR PUNYA PEREMPUAN !!! BIADAP !!!

klik gambar untuk video
Ni sekor lagi pempuan DAP kurang ajar, kata Melayu pun pendatang, nak tanya sikit le pada ketua wanita DAP ni, tau tak sejarah pasal kehadiran orang Melayu dan tau tak bila Melayu tu datang?

Kalau tak tau lagi baik duduk diam jangan nak komen apa apa pasal kehadiran orang Melayu.

Kalau dia boleh kata orang Asli afalah penduduk asal, semasa Parameswara datant ke Melaka bersama rombongannya, ada ke Parameswara bawa orang cina atau India bersama sama? 

Ketahui sejarah dan fakta kehadiran orang Melayu ke Tanah Melayu dan jangan suka suka nak buat andaian.

Lepas ni kita suruh pempuan dalam video kat atas tu belajar balik dan jangan nak becakap tak tentu hala.



MELAYU YANG TERPAKSA IKUT CAKAP DAP !!! MANA MARUAH BANGSA ???

Kesian pulak Sangkakala tengok pegawai PBT Pulau Pinang yang tandatangan surat arahan supaya filem Tanda Putera tidak di tayangkan di pawagam di seluruh negeri tersebut seperti diatas.

Sebab tugas beliau terpaksa mengikut telunjuk DAP walaupun tahu filem tersebut adalah sejarah tentang negara dimana ianya memperlihatkan apa yang dilakukan oleh DAP dalam peristiwa 13 Mei 1969.

Apa yang menghairankan, kenapa Guan Eng tidak tandatangan sendiri surat arahan tersebut? Kenapa perlu diberi kepada pegawai Melayu?

Nak tunjukkan bahawa Melayu juga tidak menyokong filem Tanda Putera? Silap tu? Ramai penonton dikalangan orang Melayu dan bukan Melayu akan menonton filem tersebut untuk mendapatkan gambaran sebenar apa yang terjadi dalam peristiwa berdarah itu.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@NajibRazak @TengkuAdnanReal KB BATU DAPAT SENATOR ??? KENCING ORANG LAGI KE ???

Sekali lagi Datuk Yahya Mat Ghani kencing orang UMNO Batu, katanya dia dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kali ni, bagi orang yang tak tau mungkin rasa benda tu betul, tapi Sangkakala dah check semua perkara tersebut dan nampaknya perangai Datuk Yahya atau Tok Abas ni memang takkan berubah.

Bila masa pulak dia dah dilantik? Yang sebenarnya Tok Abas baru hantar surat permohonan untuk menjadi Senator ke Pejabat Perhubungan UMNO Wilayah dan belum ada apa apa tindakan pun diambil.

Nak bagi tau sikit la, nak jadi Senator tu bukannya macam nak jadi penjual ikan macam Tok Abas buat dulu.

Kalau nak jadi penjual ikan tu mungkin le tak perlukan kelulusan tapi itu pun kena pandai mengira, kalau tak pandai sudahnya kena tipu dengan orang je.

Ni nak jadi Senator? Dengan kelulusan yang ada? Silap silap haribulan UMNO dimalukan oleh Senatornya sendiri dalam sidang Dewan Negara, sebab yang ada dalam tu pun bukan calang calang orang, segala macam golongan profesional ada kat dalam tu.

To Abas dah bercanang di seluruh pelusuk alam di Bahagian Batu dengan mengatakan bahawa beliau akan dilantik, sabar dulu Tok Abas, jangan lompat tinggi sangat, antara yang mampu dan layak masih ramai lagi.

Sangkakala percaya Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah pun bukannya bodoh nak letak orang dengan sewenang wenangnya dan begitu juga dengan Perdana Menteri, sudah pastilah tidak akan meletakkan orang yang takde kelulusan untuk berhujah dengan barisan Senator dari pembangkang.

Apa yang pasti, Tok Abas baru hantar surat, tapi dah berketak macam ayam lepas bertelor di serata alam, ayam tu pun pandai, berketak lepas nampak ada telur, ini lagi teruk dari ayam nampaknya.

Satu lagi, ada ke masa Tok Abas untuk ke Dewan Negara sebab dia kan sibuk dengan main golf disana sini? Lepas habis apa yang ada dalam poket, Tok Abas akan melilau untuk mencari modal bagi meneruskan permainan.

Kalau ini orang yang dilantik sebagai Senator, nampaknya satu kerusi Senator barisan kerajaan akan sentiasa kosong sebab tuan punya badan sibuk mencari duit untuk main golf.

Tapi tak salah juga, sebab masa jual ikan dulu mana tau nak main mainan elitis ni, bila dah mula dengan golongan bangsawan mula le lupa dimana bumi dipijak dan dimana langit dijunjung.

Lupa pulak Sangkakala, dengar kata perlawanan Golf tu tak jadi, kenapa pulak Datuk? Calon MT tak bagi sokongan ke? Atau mereka dah sedar yang program tu menyalahi tata etika pemilihan macam yang Sangkakala keluarkan semalam.

Lepas ni nanti Sangkakala ceritakan pula tentang TEKUN, dan Sangkakala harap Tok Abas jangan menangis berguling guling pulak depan Ku Nan atau Perdana Menteri sebab dulu Datuk bukan main lagi maki dua orang pemimpin UMNO ni, sampai kata Datuk takkan berurusan dengan pemimpin macam Datuk Seri Najib dan Ku Nan termasuklan Raja Nong Chik.

Bagi Sangkakala, bila dah taknak berurusan tu, apa urusan pun Sangkakala takkan buat sebab dah tak suka, tapi dalam bab macam ni boleh pulak Tok Abas merayu pada meraka kan.

Kepada Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Tengku Adnan, Sangkakala rasa cari le orang lain untuk dinaikkan sebagai Senator, buat malu je kena gelak dengan barisan pembangkang nanti.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 28 Ogos 2013

AKHIRNYA DAP MENGAKU TERLIBAT DALAM KEJADIAN 13 MEI

Filem Tanda Putera yang akan ditanyangkan buat pertama kalinya di pawagan tidak lama lagi telah membuatkan DAP khususnya Lim Guan Eng mengelabah beruk.

Mana tidaknya, semua kejadian semasa insiden berdarah 13 Mei diselitkan dalam filem patriotik tersebut.

Kalau DAP tidak merasakan mereka terlibat sama dalam insiden berdarah itu, takkan Guan Eng haramkan filem tersebut masuk kedalam panggung di Negeri Pulau Pinang? Kelantan dan Selangor tidak pula menghalang filem tersebut ditayangkan.

Ini sudah jelas membuktikan DAP amat risau jika apa yang dilakukan oleh mereka dalam tahun 1969 itu terdedah kepada umum dan sudah pasti rakyat akan mengetahui siapa DAP yang sebenarnya.

Apa yang Sangkakala nampak, Guan Eng kini cuba untuk menutup kesilapan yang dilancarkan oleh bapa beliau, Lim Kit Siang yang dikatakan sebagai pencetus dalam kejadian tersebut.

Untuk mengetahui kisah sebenar kejadian bersejarah yang berlaku dalam tahun 1969 tu, ayuh ramai ramai kita ke panggung untuk memberikan sokongan serta melihat sendiri kejadian sedih yang di api apikan oleh DAP semasa itu.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@NajibRazak @TengkuAdnanReal KB ANJUR PERTANDINGAN GOLF DENGAN MT ?? TAK LANGGAR ETIKA KE ???

Wahh..hebat Ketua Bahagian Batu ni dalam permainan golf, siap nak bawa calon calon MT untuk main golf kali ni dengarnya di Nilai Spring and Golf Club.

Tapi kenapa ajak MT? Bukan ke salah dari segi etika pemilihan kalau buat macam tu? Rasanya pihak UMNO Malaysia kena pantau ni, jangan pulak nanti ada double standard dalam mengambil tindakan.

Sebab setahu Sangkakala, setiap calon tidak dibenarkan untuk menjalankan apa apa program atau aktiviti selama 6 bulan sebelum dan 6 bulan selepas pemilihan.

Tapi kalau dah buat pertandingan golf buat masa sekarang ni, apa pula halnya?

Sangkakala dengar program ni semata mata untuk mencari dana bagi pemilihan ni? Betul ke begitu? Kalau betul maknanya apa yang dirancang oleh UMNO ni tak menjadi lagi nampaknya.

Sangkakala dengar hampir 30 flight akan diadakan dan setiap flight dikenakan sebanyak RM 2 ribu ringgit.

Woww!!! Kalau macam tu sekali sudah pasti akan menjana pendapatan yang agak lumayan kepada Ketua Bahagian yang memang boleh digelar sebagai golfer ni.

Bukan apa, apa yang Sangkakala lihat, selama ni pun Datuk Yahya asyik main golf sampai lupa nak jaga bahagian dan bila masa pemilihan macam ni mula la menjanjikan bulan dan bintang segala bagai kepada perwakilan.

Dan satu lagi yang menariknya tentang Ketua Bahagian ni ialah, beliau mampu untuk menangis dihadapan semua orang dan memohon simpati semata mata untuk mendapat kemenangan atau apa juga yang beliau hadapi.

Bila bab janji ni nanti Sangkakala akan dedahkan apa janji janji yang ditaburkan oleh beliau kepada perwakilan dan adakah janji tersebut mampu untuk dilaksanakan kemudian nanti.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

HEBAT UMNO !!! BLOGGER PORNO ANJURKAN HIMPUNAN UNTUK TENTUKAN SIAPA MT

Hmmm..macam yang Sangkakala tulis dua tiga hari lepas dalam laman blog Sangkakala ni tentang satu himpunan yang bakal diadakan di Janda Baik.

Dalam pada tu ada juga dikalangan rakan rakan yang agak sensitif bila Sangkakala keluarkan kenyataan kenapa perlu diadakan himpunan sebegitu sedangkan himpunan yang diadakan selama ini tidak menampakkan kejayaan.

Rupa rupanya barulah Sangkakala tahu untuk apa himpunan tersebut diadakan, nak tentukan siapa calon MT rupanya!!!

Ini maklumat yang terkini Sangkakala terima la, kalau itu lah yang berlaku, Sangkakala rasa memang strategi untuk buat duit ni dah berjaya secara total dan Sangkakala dengar ada juga GARAM yang akan di berikan kepada sesiapa yang hadir nanti.

Hmmm..selamat berjuanglah rakan rakan blogger Sangkakala, jangan nanti ada pulak yang merungut itu ini, ada yang tak puas hati, sebab biasa lah, untuk puaskan hati manusia memang kita tak mampu.

Cuma satu Sangkakala nak tanya, berapa agaknya penganjur ni dapat untuk mengadakan himpunan sebegitu dan apa yang Sangkakala tau, Perdana Menteri merestui perjumpaan tersebut.

Agaknya Perdana Menteri dah mula goyang kot ni, sampai kumpul blogger beriya sangat, nak dekat pemilihan lak tu, kalau dekat pilihanraya ada juga munasabahnya.

Cuma satu je lah, takkan lah blogger porno diberi kepercayaan sampai sebegitu rupa untuk mempertahankan Perdana Menteri dan negara.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SELAMAT KEMBALI KE DUNIA MAYA ALVIN DAN VIVIAN


Dah rasa malas nak cakap banyak banyak dah pasal penggiat penggiat media porno yang pada mulanya dikatakan akan diambil tindakan tegas keras dan sebagainya.

Kalau tak lama dulu, dua orang kekasih dan blogger porno ini dihalang oleh mahkamah untuk menggunakan sebarang bentuk aplikasi media bagi memuat naik, komen dan sebagainya tapi kini boleh dilihat apa yang dilakukan oleh dua orang kekasih yang pernah menghina agama islam ini.

Takkan tiada pemantauan langsung dari pihak berwajib tentang perkara tersebut atau pihak berkuasa mahu mereka ini sekali lagi menimbulkan kontroversi yang agak panas serta membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia sekali lagi baru tindakan akan diambil.

Cukup cukuplah dengan penghinaan yang dilakukan oleh kedua dua mangkuk ni, jangan lah dibiarkan mereka terus mencuba sesuatu yang boleh mengundang masalah dikemudian hari.

Kepada pihak yang bertanggungjawab, silalah ambil tindakan yang sewajarnya sebelum perkara yang tidak diingini berlaku. 





Selasa, 27 Ogos 2013

TUN M AKAN SENYAP BILA MUKHRIZ JADI NAIB PRESIDEN

Barisan Nasional hampir menjadi pembangkang dalam Malaysia pada tahun 2008 dimana 5 buah negeri telah jatuh ke tangan pembangkang dan di parlimen pula Barisan Nasional gagal untuk mendapat mandat 2/3 kerusi untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang mampu untuk membuat keputusan dengan undi yang selesa apabila satu satu usul dibawa ke parlimen.

Dan pada masa itu, kita melihat dimana bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dipersalahkan secara total dan diminta untuk meninggalkan kerusi sebagai presiden UMNO oleh juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Mahathir.

Kini pada pilihanraya umum ke 13, sekali lagi Barisan Nasional hampir hampir untuk menjadi pembangkang di parlimen setelah Barisan Nasional hanya mendapat kerusi sebanyak 133 kawasan berbanding 140 sebelum itu.

Dan sekali lagi Tun Mahathir telah memainkan peranan kini seolah olah meminta supaya Datuk Seri Najib pula meninggalkan kerusi presiden dan memberi laluan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerajui UMNO dan Barisan Nasional selaku Perdana Menteri.

Persoalannya adakah Tun Mahathir akan merasa puas hati?

Apa yang Sangkakala nampak sekarang, Tun Mahathir tidak akan berdiam diri selepas kekalahan anak beliau, Datuk Mukhriz Mahathir dalam pemilihan tahun 2008.

Senario politik ini sebenarnya akan berubah apabila Tun Mahathir berjaya membawa anak beliau ke peringkat yang lebih tinggi dan semua tahu, untuk mencapai cita cita tersebut, Mukhriz perlu melangkaui beberapa langkah kehadapan dan perlu memecahkan beberapa tembok untuk beliau pergi jauh ke hadapan.

Jalan paling mudah ialah dengan menggunakan pengaruh bapa beliau iaitu Tun Mahathir untuk meruntuhkan beberapa empayar Perdana Menteri bermula daripada Tun Abdullah atau Pak Lah.

Bermula dari titik tolak itulah, Tun Mahathir akan cuba untuk meruntun demi untuk kejatuhan seorang demi seorang Presiden UMNO dan kini ianya sedang dijalankan terhadap Datuk Seri Najib.

Jika perkara ini berjaya, maka Tan Sri Muhyiddin akan menjadi Perdana Menteri dan kemungkinan besar Datuk Seri Zahid Hamidi diangkat sebagai Timbalan dan secara tidak langsung ini adalah jalan mudah untuk Mukhriz bergerak mengorak langkah menjadi Naib Presiden, adalah tidak mustahil juga Tan Sri Muhyiddin akan turut sama dijatuhkan dan Datuk Seri Zahid akan menggantikan tempat Tan Sri Muhyiddin dan tempat seterusnya diganti dengan Mukhriz sebagai Timbalan Presiden setelah Zahid mengosongkan kerusi tersebut selepas itu untuk pergi ke kerusi Presiden.

Dan langkah selanjutnya Sangkakala amat yakin bahawa pembaca dapat mengagak apa yang akan berlaku dan terjadi.

Ini adalah permainan politik yang dijalankan oleh Tun Mahathir untuk mencorak anak beliau menjadi Perdana Menteri dimasa akan datang.

Mukhriz sebenarnya membawa imej korporat dimana dikalangan adik beradik beliau, kita semua telah ketahui bahawa ada dikalangan mereka yang kaya raya sebagai contoh, Datuk Mohzani yang dikatakan mempunyai kekayaan luar biasa dan kini mempunyai saham dalam sebuah syarikat yang membekalkan minyak untuk kapal terbang.

Jadi tidak ada istilah pemimpin korporat perlu dielakkan dari menjadi pemimpin sepertimana yang dinyatakan oleh seorang rakan blogger tentang saudara Azwan yang telah menawarkan diri untuk bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Sebab kalau nak diikutkan Mukhriz juga dikalangan bangsawan dan elitis, tapi kenapa tidak dipertikaikan perlantikan beliau sebagai Menteri Besar?

Sebab beliau tidak memegang apa apa jawatan dalam perniagaan?

Itu adalah pasti apabila menjadi calon pilihanraya, maka semua jawatan dalam perniagaan atau apa sektor sekali pun akan ditinggalkan kerana itu adalah syarat untuk menjadi calon dalam pilihanraya, dan cuba kita periksa semula, adakah Mukhriz datang sebagai orang yang tiada apa apa semasa menjadi calon ahli parlimen dulu?

fikir fikirkanlah, bukan imej korporat atau apa imej sekalipun yang perlu diketengahkan, nilai melalui apa yang telah dilakukan oleh calon calon yang akan bertanding dan sepertimana yang Sangkakala tahu, Azwan menolak untuk menjadi calon dalam pilihanraya ke 13 hanya semata mata untuk menumpukan tugas beliau sebagai Ketua Pemuda Negeri dan demi untuk membawa kemenangan kepada UMNO dan Barisan Nasional di negeri Perak.

Masalah ada terima bayaran atau tidak, itu tidak menjadi persoalan, apa yang menjadi persoalan sekarang ialah, kenapa kini imej korporat tersebut dibawa untuk dibandingkan dalam pemilihan UMNO yang akan datang kerana bagi Sangkakala tugas dan amanah yang dipertangungjawabkan telah dilaksanakan dengan jayanya dan Azwan telah buktikan bahawa negeri Perak menang dengan kerusi dewan undangan negeri dan bukan kerana keputusan mahkamah.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

TAN SRI MUHYIDDIN PERLU TURUN !!! GANTI DENGAN YANG LAIN !!!

Sangkakala memerhatikan sejak daripada pilihanraya umum ke 12 dan sejak Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan menjaga Kementerian Pendidikan, tidak ada kejayaan yang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin dalam Kementerian Tersebut.

Hmmm..sekali lagi nampaknya Sangkakala akan dikatakan sebagai blogger yang hentam pemimpin, tapi cuba kita fikirkan sejenak, dimana kejayaan yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri tersebut?

Tan Sri Muhyiddin diamanahkan untuk menjaga Kementerian tersebut dengan harapan pandangan cikgu atau para guru dapat dipulihkan untuk menyokong kerajaan.

Tapi apa yang jadi sekarang ialah, kegagalan dalam memberikan persepsi positif terhadap kerajaan kepada para para guru ini sehingga membuatkan ramai dikalangan para guru mula bertindak menyokong pembangkang walaupun sudah terlalu banyak insentif terhadap guru diberikan.

Kegagalan ini perlu dikaji sama ada berpunca daripada Tan Sri Muhyiddin atau dikalangan pegawai pegawai di Kementerian dan jika ianya berpunca daripada pegawai pegawai yang gagal menjalankan tugas mereka di Kementerian, mereka ini harus ditukar tapi buat masa kini, apa yang Sangkakala lihat adalah kegagalan Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri menangani masalah dalam Kementerian atau para pegawai dalam kementerian tersebut.

Tan Sri Muhyiddin perlu turun ke akar umbi para pendidik ini untuk mengesan permasaalahan mereka dan jika didapati ada pegawai yang gagal untuk menjalankan tanggungjawab serta amanah yang diberikan, turunkan mereka dari kementerian dan gantikan dengan pegawai pegawai lain yang lebih sayangkan kerajaan.

Kegagalan ini sebenarnya telah merosakkan kerajaan dimana para guru (kebanyakannya) telah mengambil tindakan untuk menyokong pembangkang dan dalam masa sama para guru ini menuntut segala macam kemudahan agar diberikan kepada mereka.

Walaupun segala insentif, segala keperluan dipenuhi tapi jawapan semasa hari pengundian dilihat amat mengecewakan dan ini lebih ketara lagi apabila para guru ini berpencen, mereka kebanyakannya akan melompat terus masuk ke parti pembangkang dan mula menyebarkan dakyah tentang keburukan kerajaan.

Jika perkara ini berlanjutan, Sangkakala tidak akan merasa terkejut jika satu masa nanti kerajaan Barisan Nasional ini akan menjadi pembangkang ekoran ramai dikalangan guru serta kakitangan kerajaan yang tidak lagi memberikan sokongan mereka kepada kerajaan malah mereka memilih untuk mengundi pakatan pembangkang.

Jadi kepada Tan Sri Muhyiddin, Sangkakala rasa haruslah mengambil sikap lebih bertanggungjawab diatas kegagalan ini, carilah jalan bagaimana untuk menyelesaikan permasaalahan ini sebelum ianya merebak.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@NajibRazak @TengkuAdnanReal KETUA BAHAGIAN BATU MANDIKAN TIMBALAN ??? APA KES ???

Sangkakala dengar kelmarin telah diadakan satu mesyuarat UMNO cawangan dan ianya melibatkan cawangan Timbalan Ketua Bahagian sendiri.

Dalam mesyuarat cawangan tersebut, Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Ramlan telah menyerahkan kuasa pemerintahan di cawangan kepada En. Abu Bakar Ithnin yang merupakan kerani penghantar surat di pejabat UMNO bahagian Batu sendiri.

Pada hemat Sangkakala, macam ada sesuatu yang tidak kena dengan peralihan ini dan apabila Sangkakala risik dan selidik dapatlah Sangkakal huraikan bahawa Datuk Ramlan sebenarnya telah menjadi mangsa politik Ketua Bahagian.

Cuba bayangkan, seorang pekerja di pejabat UMNO Bahagian telah melawan ketuanya sendiri dan ketua itu secara automatiknya seperti majikan beliau sendiri, agak agak ada tak orang yang seberani itu?

Memang UMNO tidak melarang untuk sesiapa sahaja bertanding dalam apa apa juga jawatan, tapi dalam kes Datuk Ramlan, Sangkakala tak nampak perkara tersebut berlaku, sebab yang pertama, jika Datuk Ramlan tidak menyerahkan kuasa tersebut, maka akan adalah pertandingan merebut jawatan Ketua Cawangan dan Ramlan sudah mengagak bahawa beliau akan kecundang di cawangan, jadi jalan terbaik ialah memberikan laluan kemenangan mudah kepada Abu Bakar dan beliau (Ramlan) masih ada tempat lagi sebagai Timbalan Ketua Bahagian.

Sangkakala nampak lepas ini akan ada pulak orang yang ditaja untuk merebut jawatan nombor dua di bahagian itu dan ianya adalah untuk menamatkan karier politik Ramlan yang selama ini begitu kukuh di Bahagian Batu dimana dari apa yang Sangkakala tahu, Ramlan mempunyai personal touch dengan cawangan cawangan hinggakan semasa pemilihan pada tahun 2008 dulu Ketua Bahagian sendiri menggunakan khidmat Datuk Ramlan dalam kempen ke cawangan cawangan.

Sangkakala pernah terdengar satu masa dulu dalam mesyuarat bahagian, Datuk Ketua Bahagian telah mengatakan bahawa dimana Datuk Ramlan, disitulah dia dan Sangkakala rasa itu hanyalah retorik semata mata, jika ye perkara tersebut berlaku, sudah pasti tidak akan berlaku pertandingan dalam cawangan Datuk Ramlan dan dari apa yang Sangkakala dengar, ada ketua cawangan yang mendapat endorsement dari Ketua Bahagian sendiri hingga hampir menimbulkan kekecohan.

Ini terjadi di cawangan
Taman Batu Permai di mana Datuk Yahya telah memberi tekanan kepada perwakilan untuk memilih ketua cawangan sedia ada iaitu Raof yang merupakan ahli pkr seumur hidup, Tok Abas secara terang terangan telah berkempen menyokong Raof dalam ucapan perasmian beliau dan microphone ditangan beliau telah dirampas dan hampir mangakibatkan pergaduhan sampai Sangkakala dengar pihak polis juga datang dan berkawal bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Cuba lihat sandiwara ni, Raof ketua cawangan yang mendapat endorsement daripada Ketua Bahagian, kenapa cawangan Ramlan ada pertandingan dan kenapa Tok Abas tak buat endorsement juga seperti mana di cawangan Raof? Kalau nak diikutkan Ramlan lebih perlu dipertahankan kerana beliau adalah Timbalan kepada Tok Abas, tapi perkara itu tidak berlaku kenapa?

Apa yang Sangkakala nampak ialah, Tok Abas akan memusnahkan karier politik sesiapa sahaja yang dilihat menjadi saingan kepada beliau dan Ramlan adalah saingan paling rapat, jika Ramlan cuba untuk bertanding sebagai Ketua Bahagian dalam pemilihan nanti, sudah pasti isu kekalahan beliau di cawangana akan dikeluarkan untuk memberikan kesan negatif kepada perwakilan dan ini adalah gerakan yang dilakukan oleh Tok Abas.

Beginilah Datuk Ramlan, kalau dah cawangan pun dilepaskan, baik le jawatan di bahagian juga dilepaskan sebab nanti orang akan berkata Datuk Ramlan kecundang di gelanggang sendiri dan mungkin Tok Abas sendiri mahu perkara itu berlaku, jadi tak payah le nak tunjuk sokongan pada orang yang cuba tikam kita dari belakang, sudahnya nanti kita yang kecewa, takde gunanya pun.

Bagi Sangkakala, Datuk Ramlan disenangi walaupun kadang kadang ayat ayat pedih keluar dari mulut tapi bak kata orang habis di situ sahaja, takde dendam dan sebagainya, cuma apa yang berlaku Sangkakala rasa amat tak sepatutnya berlaku walau apa pun alasan, kalau nak dikatakan dari segi umur, ada ramai lagi pemimpin yang lebih berumur dari Ramlan untuk menerajui cawangan dan sekali lagi Sangkakala amat pelik bila seorang kerani penghantaran di pejabat UMNO bahagian boleh menyimpan niat untuk bertanding di cawangan Timbalan Ketua Bahagian.

Dan sekali lagi Sangkakala bagi tau, jika tidak ada jolokan dan sokongan, maka adalah agak mustahil Abu Bakar berani untuk melawan boss beliau sendiri.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@NajibRazak BLOGGER ADAKAN PERJUMPAAN ??? SETIAUSAHA AKHBAR PM DIMALUKAN !!!

Sangkakala telah dihubungi oleh seorang rakan yang memberitahu bahawa satu perjumpaan blogger akan diadakan di Janda baik tak lama lagi.

Bagi Sangkakala ianya adalah bagus untuk mengumpulkan blogger blogger atau penggiat media dalam satu tempat supaya boleh bertukar tukar pendapat.

Cuma apa yang Sangkakala harapkan ialah program tersebut tidak menjadi sepertimana program program yang telah sudah dimana keputusan yang kita lihat amat mendukacitakan seperti yang Sangkakala pernah tulis beberapa hari yang lepas.

Tapi apa yang dikatakan oleh rakan Sangkakala kepada Sangkakala juga ada kebenarannya apabila beliau mengatakan bahawa blogger yang menganjurkan program perjumpaan tersebut telah memboikot program sama yang diajukan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akmar.

Menurut rakan Sangkakala, semasa program Setiausaha Akhbar itu dahulu, blogger blogger ini boikot untuk menunjukkan bahawa Datuk Akmar tidak mendapat sokongan daripada blogger blogger tanah air dan apa yang penting adalah untuk memalukan Datuk Akmar.

Itu yang pertama, dan yang kedua pula, himpunan yang bakal diadakan tak lama lagi ini adalah untuk menunjukkan bahawa mereka mendapat sokongan dari blogger dan penggiat media khususnya supaya semua pemimpin akan mengatakan yang penggiat media ini dibawah taklukan mereka semua.

Sangkakala fikir ada juga kebenarannya dari segi tersebut, tapi terpulanglah kepada para pemimpin untuk menilai dari mana mana sudut yang difikirkan baik.


Isnin, 26 Ogos 2013

@NajibRazak @TengkuAdnanReal 10 YANG DITOLAK !!! KETUA BAHAGIAN BATU JANGAN LUPA

Sangkakala tertarik dengan penulisan rakan blogging yang mendedahkan 10 nama yang dikatakan gagal dalam memimpin UMNO Bahagian masing masing dan senarai itu boleh dirujuk DISINI.

Rasanya apa yang ditulis oleh rakan blogging Sangkakala ni amat tepat dan kena pada masanya iaitu apabila UMNO kini diambang masa pemilihan dan ahli diberi hak untuk membuat pilihan mereka sendiri berkenaan siapa yang akan menerajui cawangan ataupun bahagian masing masing.

Tapi mungkin rakan Sangkakala ini terlepas pandang atau tidak mengetahui bahawa ada satu lagi bahagian yang pada Sangkakala wajib ditukar kepimpinannya kerana gagal untuk memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional.

Mungkin sudah ada yang mengagak bahagian mana yang Sangkakala akan sebutkan dan ianya tidak lain dan tidak bukan adalah bahagian Batu Wilayah Persekutuan.

Apa yang Sangkakala tahu, pada pemilihan yang lepas, Ketua Bahagian ini telah mengatakan bahawa sekiranya beliau terpilih maka modus operandinya yang pertama adalah untuk memberikan tentangan sengit sekaligus akan meranapkan kemaraan pembangkang di kawasan parlimen Batu.

Tapi pada pilihanraya yang diadakan baru baru ini kejadian sebaliknya telah berlaku, bukan sahaja tidak dapat meranapkan kemaraan pembangkang di kawasan, malah undi untuk pembangkang di kawasan Batu telah meningkat lebih daripada separuh, dan siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan dengan hal ini?





Cuba kita lihat perbandingan diantara pilihanraya umum ke 12 dan pilihanraya umum ke 13 keputusan yang diterima memang memperlihatkan kenaikan undi untuk Barisan Nasional sebanyak lebih kurang 8000 undi tetapi kenaikan undi untuk pakatan pembangkang pula mendadak kepada hampir 12000 undi dan kemenangan majoriti pula naik hampir separuh dari keputusan yang lepas.

Dimanakah kesilapan semua kejadian ini? Sedangkan dari apa yang kita ketahui, ahli parlimen Batu sendiri iaitu Tian Chua mempunyai begitu banyak isu negatif dan kita semua tahu tentang perkara tersebut.

Dari pada apa yang Sangkakala dengar daripada akar umbi sendiri, kebanyakan mereka tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Bahagian dan diantara yang tidak berasa selesa ialah parti komponen.

Ada parti komponen di Bahagian Batu yang kononnya tidak menerima apa apa peruntukan dari Bahagian yang membuatkan kerja kerja pilihanraya mereka terbantut dan sedikit terhalang dan Sangkakala kini sedang cuba untuk mengesan permasaalahan tersebut yang hingga membuatkan ada dikalangan ahli parti komponen yang bertugas diluar kawasan parlimen Batu.

Jika benar perkara ini berlaku, Sangkakala rasa pemimpin di peringkat Bahagian terutamanya Ketua Bahagian perlu merasa lebih bertanggungjawab dengan kejadian tersebut.

Kita semua satu ketika dahulu semasa pilihanraya umum ke 12 telah meletakkan tanggungjawab diatas kekalahan Perdana Menteri pada ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan pada Sangkakala keadaan tersebut sama berlaku di Bahagian Batu.

Sangkakala belum membuat lagi risikan tentang bahagian bahagian lain dan insyaallah Sangkakala akan keluarkan juga tentang mereka sedikit hari lagi tetapi buat masa ini Sangkakala lebih senang untuk mengeluarkan permasaalahan di kawasan Batu.

Jadi, seperti artikel sebelum ini, Sangkakala meminta supaya Ketua Bahagian yang ada sekarang menerima kritikan demi kritikan dan bukti bukti yang Sangkakala akan keluarkan dari semasa ke semasa.

Bukan kerana apa, tetapi ianya adalah untuk kesinambungan serta transformasi UMNO itu sendiri dimasa masa akan datang.






Dicatat oleh Sangkakalajari9....

@NajibRazak @TengkuAdnanReal KETUA BAHAGIAN BATU PERLU DITUKAR

Banyak sangat laporan yang Sangkakala dengar tentang Ketua Bahagian Batu ni, dengan cara kepimpinan yang amat tidak meyelesakan ahli UMNO di bahagian sendiri.

Tapi takkan takde langsung orang yang berani untuk bertanding sebagai Ketua Bahagian, pembaharuan perlu dilakukan bukan sebab apa, ini semua semata mata untuk menjalankan apa yang dihajati oleh Perdana Menteri iaitu tranformasi dalam parti.

Sangkakala rasa transformasi ini perlu dilakukan bermula dari Bahagian dan kalau di UMNO Malaysia tetapi di peringkat akar umbi masih ditakuk lama, Sangkakala tak nampak dimana transformasi tersebut akan berlaku.

Seperti yang Sangkakala katakan tadi, di Bahagian Batu perlukan perubahan, jika tidak, Tian Chua atau PKR akan terus bermaharaja lela dia kawasan tersebut.

Dan dengan kepimpinan yang ada, Sangkakala tak nampak yang Barisan Nasional akan menjadi pemimpin politik dalam kawasan parlimen Batu.

Datuk Yahya Mat Ghani atau Tok Abas ternyata telah gagal untuk menerajui kawasan Batu kerana dengan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional, bukan sahaja ahli UMNO, malah komponen sendiri tidak selesa dengan apa yang beliau lakukan selama ni.


Sangkakala pernah keluarkan dalam laman blog ini yang mana ada ahli UMNO Cawangan beliau sendiri tidak menerima notis mesyuarat sedangkan beliau adalah ketua bahagian.

Kalau satu cawangan pun Tok Abas tak mampu nak uruskan, adakah bahagian akan di susun atur dengan sempurna atau ianya hanyalah untuk mendapatkan sesuatu semata mata.

Sangkakala juga pernah keluarkan bahawa Sangkakala akan keluarkan setiap kesalahan dan kesilapan sekiranya Tok Abas masih mahu menjadi ketua bahagian kerana bagi Sangkakalan kepimpinan Tok Abas gagal secara total di Batu.

Nantikan pendedahan demi pendedahan yang akan Sangkakala keluarkan, dan kepada Tok Abas terimalah kritikan dengan hati terbuka, jangan melenting tak tentu pasal.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ahad, 25 Ogos 2013

@NajibRazak WAYTHAMOORTY ELOK DIPECAT DARI JAWATAN MENTERI

Bila terdengar baru baru ni si Waytha Moorty yang dilantik sebagai Menteri diJabatan Perdana Menteri seolah olah membela kematian beberapa orang penjenayah dari kalangan kaum india, rasa macam ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik kebaikan beliau sebelum ini menyokong Barisan Nasional.


Sangkakala rasa macam dia ni nak jawatan tersebut semata mata untuk membela penjenayah yang bakal diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Macam kes jutawan kosmetik yang dibunuh kejam oleh beberapa orang India dulu, Waytha tidak mengeluarkan apa apa kenyataan dalam kes tersebut seolah olah ianya perkara biasa dan mungkin juga atas sebab yang dibunuh itu adalah orang Melayu dan jika ianya berlaku sebaliknya pula ada kemungkinan dia nniakan keluarkan kenyataan sama macam yany dilakukan apabila pihak polis menembak mati 4 orang penjenayah baru baru ini.


Kenapa seorang yang bertaraf menteri tidak peka dengan keadaan ini? Dengan menunjukkan sikap menyebelahi penjenayah, Sangkakala rasa adalah amat tidak layak Waytha Moorty dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.



#HariKoperasi13 TAMBAH PENDAPATAN MELALUI KOPERASI

Sudah tentu pembaca blog tertanya-tanya kenapa 2,3 hari ni asyik mempromosi Hari Koperasi Negara. Sebabnya Mc percaya ramai diantara kita tak tahu pun apa itu 'Koperasi'. Sedangkan kita di pupuk mengenali koperasi ni sejak dari sekolah lagi.

Tidak kah anda mahu tahu apa fungsi koperasi sebenarnya, bagaimana ia ditubuhkan dan bagaimana gerakan koperasi di Malaysia, malah apa keuntungan yang kita dapat jika kita menyertai gerakan koperasi ni.

Baca dalam pautan dibawah untuk maklumat lebih lanjut...

http://bit.ly/18cV23U



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

TAHNIAH KETUA UMNO BAHAGIAN MUAR UMUM UNDUR DIRI !!! BERI LALUAN PADA ORANG MUDA

MUAR, 25 Ogos (Bernama) --- Ketua Umno bahagian Muar Datuk Mohd Ismail Mohd Shah mengumumkan pengunduran diri dari pimpinan bahagian bagi memberi peluang kepada pelapis muda memimpin bahagian itu. Mengumumkan perkara itu di hadapan kira-kira 5,000 orang yang menghadiri

majlis rumah terbuka Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim di Seri Menanti, di sini, malam tadi, Mohd Ismail mencadangkan Razali sebagai penggantinya.

Menurut Mohd Ismail, beliau bersedia untuk memberikan pandangan membina dalam membantu Razali yang dianggap sebagai adiknya sendiri sekiranya Anggota

Parlimen Muar itu diberi peluang memimpin bahagian berkenaan kelak. Mohd Ismail, 55, yang memimpin bahagian berkenaan bermula daripada Ketua Pemuda Umno sejak 23 tahun lepas berkata beliau mahu semua anggota Umno di bahagian tersebut menyokong penuh Razali pada pemilihan parti itu November depan.

Sementara itu, Razali yang terkejut dengan pengumuman tersebut dalam ucapannya menyifatkan Mohd Ismail sebagai seorang lagi pemimpin Johor yang sanggup melepaskan jawatan ketika berada di puncak.

"Beliau mengikut jejak langkah pemimpin sebelum ini termasuk Allahyarham Tun Dr Ismail, Tun Hussein Onn dan Tun Musa Hitam yang meletak jawatan ketika berada di puncak," katanya. Razali berkata beliau sedia bertanding jawatan Ketua Umno bahagian itu.

Ini adalah ciri ciri kepimpinan yang kita amat perlukan pada ketika ini dimana Dato' Mohd Ismail mengerti dan faham bahawa hari ini orang muda perlu diberi peluang untuk menjadi pemimpin.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#HariKoperasi13 SERUAN DARI USTAZ KAZIM !!! KITA PERLU BERSATU

Betul apa yang diperkatakan oleh Ustaz Kazim, kalau kita tak bersatu, jangan harap kita nak kuat. Kalau tak mampu nak buat secara besar-besaran. Buat secara kecil-kecilan dulu.

Bila dah biasa dengan system koperasi ni, kita buat secara besar-besar, baru boleh bantu ramai orang.

Itu kata kata ustaz Kazim dalam ceramah beliau sempena hari koperasi negara di Kedah, ikuti video ceramah ustaz kazim dalam pautan dibawah

http://bit.ly/15mgLsk



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@NajibRazak BAKAL DIPERMAINKAN SEKALI LAGI ??? KALI KE BERAPA AGAKNYA ???

Sangkakala teringat dengan satu cerita lama dalam tahun 2011 yang masa sebuah konvension telah diadakan di PWTC yang mana ianya dikatakan telah mengumpulkan sejumlah besar penggiat media yang akan membantu UMNO/BN untuk menjawab tohmahan dan mengeluarkan segala fakta tentang kerajaan dalam menghadapi pilihanraya.

Tapi apa sebenarnya yang berlaku ialah konvensyen media sosial ini hanyalah untuk menampakkan seolah olah penganjur telah mendapat sokongan pengamal media sosial seluruh negara.

Tujuan sebenar konvension ini adalah untuk mendapatkan peruntukan dalam nilai jutaan ringgit tapi pada akhirnya gerak kerja hampas tidak tersusun dan hancur.

Dalam tahun 2012 pula, seluruh negara telah digegarkan dengan konvension seperti ini dan himpunan himpunan telah dilakukan di setiap negeri, tapi keputusan yang diterima tetap sama tidak berubah.

Tak lama lagi akan diadakan lagi sekali himpunan media ini dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan terkena sekali lagi sebagaimana orang cina Pulau Pinang dan Klang menipu beliau serta pemimpin Barisan Nasional.

Kehadiran org cina untuk PSY contohnya, hampir 100 ribu orang di Pulau Pinang dan di Klang pula hampir 60 ribu orang hadir, berjuta juta ringgit dikeluarkan namun akhirnya ditipu secara sia sia.

Persoalannya, sampai bilakah Datuk Seri Najib dan pemimpin negara akan diperbodohkan berulang kali?

Gerakan siber bukan diukur dengan himpunan himpunan seperti ini tapi melalui gerak kerja tersusun yang selalunya tidak berbunyi pun.

Kita harus belajar la sikit dari Red Bean Army, tak perlu himpun himpun, tak perlu panggil ramai ramai, tau tau Barisan Nasional sudah pun termakan jerat.

Bagi Sangkakala, orang yang berniat untuk mengadakan himpunan himpunan ini lebih baik lakukan secara ikhlas, demi untuk menguatkan Barisan Nasional, dan jika ianya dibuat begitu, isnyaallah kita akan berjaya, tapi apa yang Sangkakala dapat lihat, ianya kini tidak lebih dari untuk mendapat bajet dan peruntukan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#HariKoperasi13 GAMBAR GAMBAR MENARIK SEPANJANG PROGRAM HARI KOPERASI NEGARA DI NEGERI KEDAH

Gambar-gambar menarik untuk tatapan pembaca blog di Hari Koperasi Negara. Bagi yang jauh dan tak dapat datang tentunya mahu melihat apa sebenarnya yang ada di Hari Koperasi ni. Betul?

Lihat lebih banyak gambar menarik dalam pautan di bawah...

http://bit.ly/172ansK




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

XPDC BUAT KECOH DI KEDAH #HariKoperasi13

Hari Koperasi Negara di gegarkan lagi dengan nyanyian ala konsert dari kumpulan XPDC yang menghiburkan rakyat Kedah di Jitra ini.

Ternyata lebih 10 ribu pengunjung datang ke tapak pameran. Sambil berkunjung ke booth koperasi pengunjung di hiburkan dengan persembahan artis.

Lagi berita lanjut dalam pautan dibawah...

http://bit.ly/16wcy1t



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PERASMIAN HARI KOPERASI NEGARA MERIAH

Semalam telah berlangsungnya perasmian Hari Koperasi Negara 2013 di Jitra Kedah oleh Tan Sri Muhyidin Yassin, bersama MB Kedah Dato Paduka Mukhriz dan Menteri KPDNKK Datuk Hassan Malik.

Ikuti gambar gambar menarik sepanjang acara perasmian tersebut dalam pautan dibawah...

http://bit.ly/17bO6Hh



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sabtu, 24 Ogos 2013

@NajibRazak @TengkuAdnanReal KEPIMPINAN BAHAGIAN BATU PERLUKAN PEMBAHARUAN

Bahang pemilihan UMNO makin terasa dan ianya semakin hampir, banyak kawasan telah melihatkan akan ada persaingan sengit diantara ketua sedia ada dan juga pencabar yang menjelang tiba.

Bahagian Batu tidak terlepas dari semua ini dan perkhabaran yang didengari ialah, ada yang akan mencabar Ketua UMNO Bahagian Batu yang kini disandang oleh Datuk Yahya Mat Ghani.

Bagi Sangkakala ini adalah amat sihat dan Datuk Yahya atau lebih dikenali dengan nama jolokan Tok Abas perlu ditandingi oleh seseorang demi untuk meneruskan perjalanan UMNO bahagian Batu.

Sangkakala sebenarnya bukan apa, ada sedikit rasa terkilan apabila ada dikalangan ahli yang tidak tahu bahawa cawangan yang diketuai oleh Tok Abas sendiri tidak mengetahui bahawa mesyuarat cawangan tersebut telahpun berlangsung.

Kenapa boleh jadi macam tu? Ada muslihat disebalik semua ini? Atau Tok Abas sememangnya gagal untuk mentadbir cawangan Taman Koperasi Polis 2?

Jika sebuah cawangan pun Tok Abas gagal untuk uruskan mana mungkin lagi beliau mampu untuk menguruskan sebuah bahagian dan ianya terbukti dalam pilihanraya baru baru ini.

Tian Chua, Ahli Parlimen Batu dari PKR mendapat undi melebihi jangkauan sebelum ini dan ini membuktikan bahawa Tok Abas gagal untuk memberikan saingan kepada pembangkang.

Memang betul, kerusi di parlimen Batu bukan milik UMNO tetapi ianya dimiliki oleh komponen cuma sebagai pengerusi Barisan Nasional parlimen Batu beliau juga bertanggungjawab dengan keadaan itu.

Sangkakala akan menulis dari semasa ke semasa tentang kepincangan UMNO di Bahagian Batu supaya rakyat serta pemimpin UMNO peringkat atasan tahu apa yang berlaku dan perkara tersebut perlu diambil perhatian serta tindakan sewajarnya agar UMNO bahagian Batu akan lebih kukuh dimasa akan datang.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

HARI KOPERASI NEGARA DI NEGERI KEDAH

Semalam telah bermula sambutan hari koperasi negara yang diadakan di negeri Kedah.

Sangkakala dengar macam macam acara juga diadakan disana dari semalam hingga esok.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila klik pautan di bawah dan pembaca semua boleh mendapat maklumat.

http://bit.ly/17RGXKk




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@Khairykj LAYAK ATAU TIDAK PERWAKILAN YANG TENTUKAN !!! YANG RISAU SANGAT TU KENAPA ???


Sangkakala dah nampak sekarang ni dah ada gerakan yang mula risau dengan kehadiran Ketua Pemuda UMNO Perak yang menawarkan diri untuk beryanding sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia tak berapa lama lagi ni.

Ada laman laman blog yang Sangkakala tengok dah mula menyerang peribadi dengan mengaitkan harta kekayaan dan sebagainya.

Kemudian ada pulak yang kata beliau tidak layak untuk memegang jawatan tersebut, betul ke begitu? Atau diminta untuk menulis sebegitu? Dan dalam blog tu jga ada tertulis mengatakan bahawa akan ada pendedahan lagi tentang Azwan, Sangkakala rasa kalau kita tak kenal baik le jangan nak buat fitnah yang bukan bukan sebab nanti diri sendiri yang dapat malu.

Sangkakala berani cakap sebab Sangkakala kenal dan Azwan ni satu negeri dengan Sangkakala jadi kenal sangat dengan cara pergaulan beliau.

Tapi itulah lumrah pertandingan cuma ada yang bersih dan ada yang kurang bersih dan si Ketua Pemuda UMNO negeri Perak ni pulaj lebih suka kepada peryandingan yang bersih, tidak mahu menyerang mana mana calon lain walaupun beliau mempunyai kemampuan untuk mengupah mana mana blogger.

Cuma apa yang Sangkakala tau baru baru ni Azwan atau lebih disenangi dengan panggilan Azwan bro telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan mahkamah sekiranya ada kesilapan dalam bentuk penulisan.

Sangkakala nak tengok juga siapa nanti yang terpaksa bayar dengan nilai yang tidak berbaloi dari apa yang diperolehi sekarang. 

Sangkakala ada buat beberapa risikan dan dalam itu Sangkakala telah mendapat beberapa bukti pengenalan tentang siapa yang mengupah blogger blogger ini untuk mengeluarkan beberapa kenyataan memburuk burukkan Azwan.

Tapi kita tunggu je lah, kalau afa kesilapan nanti baru le kita ke tengah kan bukti bukti tersebut.

Jumaat, 23 Ogos 2013

@NajibRazak KENAPA JAWATAN KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA PERLU DIPERTANDINGKAN !!!


Pemuda UMNO Malaysia telah mengatakan bahawa jawatan ketua pemuda perlu dikekalkan kepada penyandangnya hari ini iaitu  YB saudara Khairy Jamaluddin dan tidak dinafikan bahawa Khairy memanh dilihat layak untuk memeganh jawayan tersebut.

Tapi Sangkakala terfikir sebentar tadi, jika jawatan tersebut tidak dipertandingkan, masih mampukah saudara Khairy membawa pemuda seperti mana yang dilakukan sebelum ini? 

Bukanlah niat Sangkakala untuk menidakkan jasa Khairy, tetapi apa yang Sangkakala cuba sampaikan disini ialah, Khairy kini seorang menteri dan dalam keadaan sekarang, pemuda perlu dilihat lebih lantang untuk melontarkan hasrat dari akar umbi pemuda tambahan pula dalam melawan permintaan dan perlakuan tidak masuk akal pembangkang.

Jika dulu sebelum menjawat jawatan menteri, Khairy mampu untuk membawa pemuda melakukan perkara perkara demi untuk kedaulatan dan mempertahankan negara tetapi kini apabila menjawat jawatan menteri, perkara perkara sepertiitu perlu dielakkan untuk menjaga imej kementerian yang di bawa oleh beliau kini.

Pemuda sebenarnya memerlukan seorangbpemimpin yang bukan dikalangan menteri demi untuk membawa kepada perubahan kepada pergerakan tersebut dan sekali lagi Sangkakala nyata kan disini bahawa apa yang dilakukan oleh YB Khairy sepanjang menjawat jawatan ketua pemuda UMNO Malaysia yang bukan bertaraf menteri dilihat lebih praktikal.

Seperti contoh, YB Khairy pernah membawa para pemuda untuk tirin ke demonstrasi Patriot demi untuk menunjukkan bahawa masih ada pemuda yang tidak suka himpunan BERSIH diadakan dan ianya dilihat berjaya dan berkesan dan apabila beliau menjawat jawatan sebagai Menteri kini, maka beliau perlu untuk menjaga imej kementerian yang diketuai oleh beliau.

Walau apa pun Sangkakala masih menerima keputusan dari akar umbi pemuda kerana ini adalah mengikut apa yang Sangkakala fikir dan lihat pada masa ini dan keperluan pemuda pada masa kini secara amnya.

Keputusan perwakilan pemuda untuk memilih siapa ketua adalah penting demi untuk kesinambungan pergerakan pemuda itu sendiri.



@NajibRazak NEDIM NAZRI MASIH DI KEMENTERIAN ??? BUAT LE LAGI !!!

Lama tak dengar kisah anak chip Nazri Aziz si Nedim, dengar kata balik je dari perjalanan ke Bali tempoh hari Nora Danish pulak keluarkan kenyataan kononnya dia lebih tau pasal Nedim.

Memang le tau, luar dalam semua tau, kalau tak tau, maknanya Nedim dah gagal dalam hubungan dengan artis bergelar ibu tunggal yang hanya mencari anak anak menteri untuk diselidik luar dan dalamnya.

Sangkakala belum lagi nak cerita pasla artis ni, cuma nak tanya sikit pasal si Nedim, kalau nak diikutkan kata Perdana Menteri, seseorang menteri layak untuk melantik kaum keluarga sebagai pegawai tetapi bukan dalam kementerian yang diwakili oleh mereka.

Ini bermakna daripada apa yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri itu ialah melantik sanak saudara sebagai pegawai untuk menjaga politik di kawasan serta tidak dibayar oleh kerajaan.

Memang la ayatnya sebegitu, tapi agak pelik juga kan, Sangkakala pun tau juga la sikit sikit sebab ada le kawan kawan juga menjawat jawatan pegawai khas di kementerian dan ada juga di kawasan.

Yang di kementerian dan menerima gaji dari kerajaan memang nama mereka dalam senarai sebagai kakitangan dan mereka diberikan dengan sebuah bilik pejabat untuk mereka menjalankan tugas tugas harian.

Dan pegawai khas di kawasan kawasan pula, mereka ini tidak dibayar oleh kerajaan dan semua elaun atau apa apa juga bayaran untuk mereka akan dibuat sendiri oleh menteri tersebut dan nama mereka tidak terpampang dalam laman web RASMI kementerian kerana mereka bukan kakitangan kementerian.

Jadi disini ada sedikit kekeliruan, sebab mengikut sumber yang Sangkakala perolehi, anak Datuk Seri Nazri juga diberikan sebuah bilik khas, agaknya untuk membahagi bahagikan apa juga projek dalam kementerian kot, jadi boleh dapat sikit pendapatan yang agak BESAR dari gaji seorang pegawai khas.

Disini Sangkakala nak pesan sikit la, walaupun anda bertaraf menteri, jangan la sampai nak perbodohkan rakyat dibawah, nanti orang marah sebab rakyat juga ada otak untuk berfikir.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@NajibRazak WAJAH CERIA PERWIRA YANG LAYAK DAPAT PINGAT

Inilah wajah wajah perwira yang telah berjuang untuk memperjuangkan kalimah Allah daripada digunakan oleh orang orang bukan islam dalam semua bahan cetakan mereka yang berbahasa Melayu.


Sembilan orang peguam ini semalam telah berhujah dalam usaha pihak bukan islam yang membuat rayuan agar penggunaan kalimah Allah juga diberikan kepada mereka.

Ini adalah pejuang Islam yang Sangkakala rasa patut diberikan pingat, tidak kitlra apa juga bentuk kerana perjuangan mereka telah menidakkan penggunaan kalimah tersebut oleh bukan Islam.

Tahniah Sangkakala ucapkan kepada kesemua peguam ini kerana hujah hujah mereka yang amat membanggakan sehingga pihak mahkamah telah mengenepikan usul yang dilakukan oleh pihak lawan.

Dalam pada itu juga, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Razali Ibrahim juga telah hadir sama untuk mendengar prosiding mahkamah tentang isu tersebut.


Dato' Razali yang ditemuramah oleh wartawan mengatakan bahawa kehadiran beliau semalam hanyalah sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai orang Islam dan beliau merasa terpanggil untuk turut sama hadir.

Beliau juga mengatakan bahawa agama Islam telah disebut sebagai agama persekutuan diawal perlembagaan negera iaitu di perkara 3 dan sepatutnya isu kalimah Allah ini tidak perlu diperdebatkan hingga dibawa ke dalam mahkamah.

Bagi Sangkakala pula, orang bukan Islam sepatutnya menghormati orang Islam dalam isu penggunaan kalimah allah ini memandangkan kita semua hidup dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan agama.

Walau apa pun, Sangkakala ucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua barisan peguam yang mewakili kerajaan dalam isu kalimah Allah ini di mahkamah.



#SaveSelangor KHALID GAGAP TIDUR LAGI !!! KHAAK TUIHH !!!


Hahaha..Khalid Gagap nampaknya tidur lagi kali ni atau dia cuba nak tidurkan rakyat Selangor yang nampak gayanya amat mudah dibohongi oleh pakatan pembangkang dengan mengeluarkan cerita cerita indah tetapi ternyata tipu.

Pakatan pembangkang di Selangor mengatakan bahawa selama mereka memerintah negwri itu, banyak pelaburan yang dibawa masuk dan ianya menguntungkan kerajaan negeri dari segi pelaburan.

Tapi sejauh mana kebenaran cerita tersebut? Adakah ianya benar atau mereka cuba membohongi rakyat Selangor yang tidak menampakkan kepincangan akibat disorok oleh pakatan pembangkang yang memerintah Selangor kini?

Kita lihat unjuran pelaburan yang diperolehi oleh negeri Selangor yang menjadi negeri terkaya di Malaysia ini.


Cuba lihat unjuran diatas, ternyata dalam bulan Januari hingga May tahun 2012 berjumlah lebih dari 11 billion pendapatan melalui pelaburan yang dilakukan oleh pelabur di negeri tersebut tetapi dalam tempoh yang sama tahun 2013 hanya 1 billion dicatatkan dan penurunan ini adalah sebanyak 86%.

Adakah ini dinamakan sebagai peningkatan keuntungan atau pengurangan keuntungan akibat dari ketidak yakinan pelabur untuk melabur di negeri Selangor dan apa yang akan jadi pada negeri Selangor sekiranya perkara ini berlanjutan?

Khalid Gagap perlu jawab semua isu ini dan jangan cuba cuba untuk menipu rakyat kerana rakyat kini sudah mula sedar bahawa mereka sedang dipermainkan oleh pakatan pembangkang yang tidak akan berhenti menipu mereka untuk mengaut keuntungan dari apa yang ada di negeri Selangor. 


@NajibRazak BARU JADI TIMBALAN MENTERI DAH NAK TUNJUK TARING KE ???


Baru saja dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorty dah nak tunjuk hero dengan mempertikai tindakan anggota polis yang menembak mati beberapa orang penjenayah baru baru ini.

Alamak macha!!! Awak baru jadi Timbalan Menteri la, itupun sebab Perdana Menteri lantik, kalau tak lantik sudah tentu awak akan jadi orang biasa.

Satu persoalan yang Sangkakala nak tanya kan disini ialah adakah Waytha juga merupakan salah seorang dari mereka sampai nak minta Peguam Negara tubuh satu pasukan penyiasat punca kematian atau Waytha  memang bela gengster ni semua sebelum ni?

Apa kata pihak PDRM siasat latar belakang si Waytha ni dan jika beliau juga terlibay dalam kegiatan yang sama, maka jalankan tindakan penahanan atau apa juga prosiding berkenaan perkara tersebut.

Sebab kadang kadang menyampah juga bila tengok orang yang tak sedar diri ni keluarkan kenyataan.

Siapa Waytha yang nak pertikai tindakan pasukan keselamatan?

Untuk makluman P.Waytha Moorty,  pasukan polis mempunyai apa yang dinamakan sebagai standard operation procedure atau SOP untuk menangani penjenayah dan pasukan polis juga akan mengambil tindakan sekiranya keselamatan mereka tergugat.

Dah terang terang penjenayah tersebut memiliki senjata api takkan nak dibiarkan je mereka ni menembak mati pasukan polis dulu.

Kenyataan bodoh dari seorang Timbalan Menteri yang tak sedar diri dilantik oleh Perdana Menteri. 



@tengkuadnanreal DBKL JANGAN DOUBLE STANDARD !!! SELARASKAN PENGUATKUASAAN !!!

Agak mengecewakan apabila pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dilihat hanya mengambil tindakan kepada peniaga melayu yang berniaga secara kecil kecilan di sekitar Kuala Lumpur berbanding dengan mereka yang berniaga secara besar besaran tetapi melanggar pertauran.


Kalau kita lihat pada gambar yang berada diatas, dapat kita lihat dimana seorang makcik ini berniaga secara kecil kecilan di stesen monorail Raja Chulan Kuala Lumpur. 

Makcik ini hanya berniaga nasi lemak dan disaman hampir setiap hari oleh penguatkuasa DBKL.

Kalau nak diikutkan, dalam gambar tersebut jelas menunjukkan yang peniaga nasi lemak ini tidak membuat sebarang kekotoran di kawasan sekitarnya tambahan pula makcik ini berniaga dari awal pagi hingga ke pukul 9 pagi. 

Atas alasan apa pihak DBKL mengeluarkan saman tersebut?  Kerana tidak mempunyai lesen perniagaan? Kenapa makcik ini tidak dibantu untuk mendapatkan lesen perniagaan atau lesen penjaja bagi membolehkan beliau berniaga untuk menyara hidup.

Kadang kadang kita juga harus memikirkan kesusahan kehidupan mereka yang berniaga di tepi tepi jalan ini dan cuba kita fikirkan jika mereka ini tidak berniaga sebegitu adakah kehidupan mereka akan lebih baik atau sebaliknya.

Dengan memberikan ruang dan peluang kepada warga negara Malaysia untuk berniaga secara kecil kecilan rasanya tidakbakan membuatkan negara ini bankrap atau mengalami kerugian bernilai jutaan ringgit.

Sangkakala juga faham bahawa mereka ini perlu mengambil lesen perniagaan tetapi kita perlu juga memikirkan birokrasi di jabatan atau agensi kerajaan yang dilihat kini amat meruncing walaupun kerajaan telah menetapkan beberapa piagam untuk pelanggan mereka, namun adakah ianya dilaksanakan?

Kita juga kadang kadang perlu memikirkan bahawa adakah mereka ini tahu bagaimana cara untuk memperolehi lesen perniagaan atau lesen menjaja daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan adakah mereka diajar kearah untuk mendapatkan lesen tersebut?

Tapi berbeza pula dengan perniagaan yang agak besar seperti restoran restoran yang kadang kadang keadaan dapurnya amat teruk dan dalam keadaan kotor, ini juga perlu diambil tindakan supaya kesihatan pelanggan lebih terjamin.

Peniaga peniaga kecil ini hanya berniaga untuk menampung kehidupan mereka yang kini semakin mencabar tambahan pula di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan dengan berniaga secara sambilan sebegini, ianya akan dapat membantu kehidupan mereka.

Jadi kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan juga Menteri Wilayah, fikir fikirkan lah cara dan jalan terbaik untuk membantu mereka ini demi untuk meneruskan kehidupan.



@RosnahARS KETUA PUTERI BAHAGIAN NAFIKAN HAK AHLI UNTUK BERTANDING !!!

Ni Sangkakala nak cakap sikit la, ada pulak ketua puteri UMNO Bahagian yang seolah olah menidakkan hak ahli puteri UMNO untuk bertanding sebagai Ketua Puteri Bahagian.

Ketua puteri Bahagian ni kata ahli tersebut tak layak bertanding sebagai ketua Puteri bahagian tanpa sebab sebab yang diberitahu.

Kenapa ada lagi kes yang macam ni? Sampai kata kalau nak bertanding kena jumpa dia dulu.

Aduhh..pening pulak bila ada ketua puteri bahagian yang buat perlembagaan sendiri.

Bahagian mana dan perenggan mana dalam perlembagaan yang mengatakan kalau nak bertanding ketua puteri bahagian kena jumpa dengan ketua puteri sedia ada?

Siap suruh orang balik dan solat supaya mendapat hidayah sama ada bertanding atau tidak, dah nak ketawa pulak Sangkakala dengar benda ni.

Sangkakala nasihatkan kepada ketua puteri tersebut supaya bergerak secara sihat, sebab nanti kalau Sangkakala londehkan apa kegiatan beliau di bahagian mungkin akan menamatkan riwayat politik dia dia bahagian tersebut.

Sangkakala bukan mengugut, tapi bagi Sangkakala, orang yang cuba untuk menggunakan kuku besi begini untuk menang, rasanya tidak layak untuk menjadi pemimpin di semua peringkat.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khamis, 22 Ogos 2013

@NajibRazak ISTANA KEHAKIMAN KECOH !!!

Hari ini merupakan hari untuk yang mana kita dapat melihat kekuatan Islam tanpa mengira fahaman politik bersatu dan berkumpul dalam sama sama untuk mempertahankan kalimah Allah daripada digunakan dalam kitab Bibble.

Ikuti video di bawah untuk melihat penyatuan Islam di istana kehakiman di Putrajaya.

Klik gambar di bawah untuk video....



Rabu, 21 Ogos 2013

@NajibRazak PANAS !!! SKANDAL RASUAH SUSK PERDANA MENTERI DIDEDAHKAN ??? APA KATA PM ???

Sangkakala telah dihubungi oleh sorang Dato ni yang mengatakan bahwa beliau telah ditipu oleh 2 orang lelaki yang mengatakan bahawa mereka boleh mambantu beliau dalam usaha untuk mendapat pengurangan cukai kastam.

Dua orang yang dimaksudkan bernama Asri dan Ehsan yang mana isteri kepada Ehsan adalah pembantu (PA) kepada salah seorang Setiausaha Sulit Kanan kepada Perdana Menteri iaitu Tan Sri Ab. Aziz hin Kasim.

Tapi macam biasa la, takkan buat kerja free kan, mesti ada imbuhan yang diberikan atas kerja kerja tersebut dan jumlah yang diminta oleh kedua dua lelaki ini adalah sebanyak RM 150k dan wang tersebut mengikut kata mangsa ni diserahkan di Kelab Tasik Putrajaya. 

Dan semua dokumen sokongan untuk pengurangan cukai tersebut telah diberikan oleh kedua dua lelaki ini kepada mangsa.

Tapi apabila wang sudah diserahkan, mangsa masih dikehendaki oleh kastam membayar jumlah cukai yang dikenakan keatas syarikat beliau.

Apabila beliau menghubungi kedua dua lelaki ini, mereka berdolak dalik hinggalah mangsa mengambil keputusan untuk berjumpa sendiri dengan Tan Sri Aziz Kasim dan apa yang mengecewakan ialah, Tan Sri serta dua orang lagi Setiusaha Sulit Kanan Perdana Menteri bertindak untuk mengatakan bahawa mereka tidak kenal dengan dua orang lelaki tersebut.

Persoalannya, bagaimana Tan Sri serta dua orang SUSK lagi tu boleh kata tak kenal sedangkan ketiga tiga mereka menurunkan tandatangan dalam surat sokongan tersebut dan tandatangan Perdana Menteri sendiri ada dalam surat sokongan itu.

Hairan juga kan? Tan Sri Aziz Kasim kata tak kenal dengan salah seorang daripada dua lelaki tersebut yang bernama Ehsan sedangkan isteri beliau adalah pembantu khas kepada Tan Sri Aziz dan adalah mustahil jika Tan Sri tidak mengetahui langsung tentang perkara ini.

Dalam dokumen tersebut juga ada terdapat tandatangan ketiga tiga SUSK Perdana Menteri dan jika mereka mengatakan bahawa mereka tidak tahu atau tidak terlibat Sangkakala rasa bertambah pelik dengan perkara tersebut tambahan lagi ianya telah di minit oleh Perdana Menteri sendiri.

Mengikut kata mangsa, kedua dua orang lelaki yang bernama Asri fan Ehsan juga memiliki kekayaan luarbiasa yang mana kedua dua mereka memiliki kenderaan dan rumah yang kalau diikutkan diluar kemampuan mereka sendiri kerana kedua dua mereka ini tidak bekerja dan apa yang diketahui oleh mangsa ialah mereka ini hanya mendapat pendapatan dari hasil mendapat surat sokongan daripada Perdana Menteri melalui SUSK beliau seperti yang dilakukan kepada mangsa.

Dan untuk makluman, itu adalah sebahagian daripada dokumen yang diberikan kepada Sangkakala oleh mangsa dan dalam masa terdekat akan ada pendedahan lagi yang akan dilakukan.