Jumaat, 23 Ogos 2013

@tengkuadnanreal DBKL JANGAN DOUBLE STANDARD !!! SELARASKAN PENGUATKUASAAN !!!

Agak mengecewakan apabila pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dilihat hanya mengambil tindakan kepada peniaga melayu yang berniaga secara kecil kecilan di sekitar Kuala Lumpur berbanding dengan mereka yang berniaga secara besar besaran tetapi melanggar pertauran.


Kalau kita lihat pada gambar yang berada diatas, dapat kita lihat dimana seorang makcik ini berniaga secara kecil kecilan di stesen monorail Raja Chulan Kuala Lumpur. 

Makcik ini hanya berniaga nasi lemak dan disaman hampir setiap hari oleh penguatkuasa DBKL.

Kalau nak diikutkan, dalam gambar tersebut jelas menunjukkan yang peniaga nasi lemak ini tidak membuat sebarang kekotoran di kawasan sekitarnya tambahan pula makcik ini berniaga dari awal pagi hingga ke pukul 9 pagi. 

Atas alasan apa pihak DBKL mengeluarkan saman tersebut?  Kerana tidak mempunyai lesen perniagaan? Kenapa makcik ini tidak dibantu untuk mendapatkan lesen perniagaan atau lesen penjaja bagi membolehkan beliau berniaga untuk menyara hidup.

Kadang kadang kita juga harus memikirkan kesusahan kehidupan mereka yang berniaga di tepi tepi jalan ini dan cuba kita fikirkan jika mereka ini tidak berniaga sebegitu adakah kehidupan mereka akan lebih baik atau sebaliknya.

Dengan memberikan ruang dan peluang kepada warga negara Malaysia untuk berniaga secara kecil kecilan rasanya tidakbakan membuatkan negara ini bankrap atau mengalami kerugian bernilai jutaan ringgit.

Sangkakala juga faham bahawa mereka ini perlu mengambil lesen perniagaan tetapi kita perlu juga memikirkan birokrasi di jabatan atau agensi kerajaan yang dilihat kini amat meruncing walaupun kerajaan telah menetapkan beberapa piagam untuk pelanggan mereka, namun adakah ianya dilaksanakan?

Kita juga kadang kadang perlu memikirkan bahawa adakah mereka ini tahu bagaimana cara untuk memperolehi lesen perniagaan atau lesen menjaja daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan adakah mereka diajar kearah untuk mendapatkan lesen tersebut?

Tapi berbeza pula dengan perniagaan yang agak besar seperti restoran restoran yang kadang kadang keadaan dapurnya amat teruk dan dalam keadaan kotor, ini juga perlu diambil tindakan supaya kesihatan pelanggan lebih terjamin.

Peniaga peniaga kecil ini hanya berniaga untuk menampung kehidupan mereka yang kini semakin mencabar tambahan pula di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan dengan berniaga secara sambilan sebegini, ianya akan dapat membantu kehidupan mereka.

Jadi kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan juga Menteri Wilayah, fikir fikirkan lah cara dan jalan terbaik untuk membantu mereka ini demi untuk meneruskan kehidupan.