Ahad, 25 Ogos 2013

@NajibRazak WAYTHAMOORTY ELOK DIPECAT DARI JAWATAN MENTERI

Bila terdengar baru baru ni si Waytha Moorty yang dilantik sebagai Menteri diJabatan Perdana Menteri seolah olah membela kematian beberapa orang penjenayah dari kalangan kaum india, rasa macam ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik kebaikan beliau sebelum ini menyokong Barisan Nasional.


Sangkakala rasa macam dia ni nak jawatan tersebut semata mata untuk membela penjenayah yang bakal diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Macam kes jutawan kosmetik yang dibunuh kejam oleh beberapa orang India dulu, Waytha tidak mengeluarkan apa apa kenyataan dalam kes tersebut seolah olah ianya perkara biasa dan mungkin juga atas sebab yang dibunuh itu adalah orang Melayu dan jika ianya berlaku sebaliknya pula ada kemungkinan dia nniakan keluarkan kenyataan sama macam yany dilakukan apabila pihak polis menembak mati 4 orang penjenayah baru baru ini.


Kenapa seorang yang bertaraf menteri tidak peka dengan keadaan ini? Dengan menunjukkan sikap menyebelahi penjenayah, Sangkakala rasa adalah amat tidak layak Waytha Moorty dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.