Khamis, 29 Ogos 2013

@NajibRazak @TengkuAdnanReal KB BATU DAPAT SENATOR ??? KENCING ORANG LAGI KE ???

Sekali lagi Datuk Yahya Mat Ghani kencing orang UMNO Batu, katanya dia dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kali ni, bagi orang yang tak tau mungkin rasa benda tu betul, tapi Sangkakala dah check semua perkara tersebut dan nampaknya perangai Datuk Yahya atau Tok Abas ni memang takkan berubah.

Bila masa pulak dia dah dilantik? Yang sebenarnya Tok Abas baru hantar surat permohonan untuk menjadi Senator ke Pejabat Perhubungan UMNO Wilayah dan belum ada apa apa tindakan pun diambil.

Nak bagi tau sikit la, nak jadi Senator tu bukannya macam nak jadi penjual ikan macam Tok Abas buat dulu.

Kalau nak jadi penjual ikan tu mungkin le tak perlukan kelulusan tapi itu pun kena pandai mengira, kalau tak pandai sudahnya kena tipu dengan orang je.

Ni nak jadi Senator? Dengan kelulusan yang ada? Silap silap haribulan UMNO dimalukan oleh Senatornya sendiri dalam sidang Dewan Negara, sebab yang ada dalam tu pun bukan calang calang orang, segala macam golongan profesional ada kat dalam tu.

To Abas dah bercanang di seluruh pelusuk alam di Bahagian Batu dengan mengatakan bahawa beliau akan dilantik, sabar dulu Tok Abas, jangan lompat tinggi sangat, antara yang mampu dan layak masih ramai lagi.

Sangkakala percaya Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah pun bukannya bodoh nak letak orang dengan sewenang wenangnya dan begitu juga dengan Perdana Menteri, sudah pastilah tidak akan meletakkan orang yang takde kelulusan untuk berhujah dengan barisan Senator dari pembangkang.

Apa yang pasti, Tok Abas baru hantar surat, tapi dah berketak macam ayam lepas bertelor di serata alam, ayam tu pun pandai, berketak lepas nampak ada telur, ini lagi teruk dari ayam nampaknya.

Satu lagi, ada ke masa Tok Abas untuk ke Dewan Negara sebab dia kan sibuk dengan main golf disana sini? Lepas habis apa yang ada dalam poket, Tok Abas akan melilau untuk mencari modal bagi meneruskan permainan.

Kalau ini orang yang dilantik sebagai Senator, nampaknya satu kerusi Senator barisan kerajaan akan sentiasa kosong sebab tuan punya badan sibuk mencari duit untuk main golf.

Tapi tak salah juga, sebab masa jual ikan dulu mana tau nak main mainan elitis ni, bila dah mula dengan golongan bangsawan mula le lupa dimana bumi dipijak dan dimana langit dijunjung.

Lupa pulak Sangkakala, dengar kata perlawanan Golf tu tak jadi, kenapa pulak Datuk? Calon MT tak bagi sokongan ke? Atau mereka dah sedar yang program tu menyalahi tata etika pemilihan macam yang Sangkakala keluarkan semalam.

Lepas ni nanti Sangkakala ceritakan pula tentang TEKUN, dan Sangkakala harap Tok Abas jangan menangis berguling guling pulak depan Ku Nan atau Perdana Menteri sebab dulu Datuk bukan main lagi maki dua orang pemimpin UMNO ni, sampai kata Datuk takkan berurusan dengan pemimpin macam Datuk Seri Najib dan Ku Nan termasuklan Raja Nong Chik.

Bagi Sangkakala, bila dah taknak berurusan tu, apa urusan pun Sangkakala takkan buat sebab dah tak suka, tapi dalam bab macam ni boleh pulak Tok Abas merayu pada meraka kan.

Kepada Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Tengku Adnan, Sangkakala rasa cari le orang lain untuk dinaikkan sebagai Senator, buat malu je kena gelak dengan barisan pembangkang nanti.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: