Ahad, 25 Ogos 2013

@NajibRazak BAKAL DIPERMAINKAN SEKALI LAGI ??? KALI KE BERAPA AGAKNYA ???

Sangkakala teringat dengan satu cerita lama dalam tahun 2011 yang masa sebuah konvension telah diadakan di PWTC yang mana ianya dikatakan telah mengumpulkan sejumlah besar penggiat media yang akan membantu UMNO/BN untuk menjawab tohmahan dan mengeluarkan segala fakta tentang kerajaan dalam menghadapi pilihanraya.

Tapi apa sebenarnya yang berlaku ialah konvensyen media sosial ini hanyalah untuk menampakkan seolah olah penganjur telah mendapat sokongan pengamal media sosial seluruh negara.

Tujuan sebenar konvension ini adalah untuk mendapatkan peruntukan dalam nilai jutaan ringgit tapi pada akhirnya gerak kerja hampas tidak tersusun dan hancur.

Dalam tahun 2012 pula, seluruh negara telah digegarkan dengan konvension seperti ini dan himpunan himpunan telah dilakukan di setiap negeri, tapi keputusan yang diterima tetap sama tidak berubah.

Tak lama lagi akan diadakan lagi sekali himpunan media ini dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan terkena sekali lagi sebagaimana orang cina Pulau Pinang dan Klang menipu beliau serta pemimpin Barisan Nasional.

Kehadiran org cina untuk PSY contohnya, hampir 100 ribu orang di Pulau Pinang dan di Klang pula hampir 60 ribu orang hadir, berjuta juta ringgit dikeluarkan namun akhirnya ditipu secara sia sia.

Persoalannya, sampai bilakah Datuk Seri Najib dan pemimpin negara akan diperbodohkan berulang kali?

Gerakan siber bukan diukur dengan himpunan himpunan seperti ini tapi melalui gerak kerja tersusun yang selalunya tidak berbunyi pun.

Kita harus belajar la sikit dari Red Bean Army, tak perlu himpun himpun, tak perlu panggil ramai ramai, tau tau Barisan Nasional sudah pun termakan jerat.

Bagi Sangkakala, orang yang berniat untuk mengadakan himpunan himpunan ini lebih baik lakukan secara ikhlas, demi untuk menguatkan Barisan Nasional, dan jika ianya dibuat begitu, isnyaallah kita akan berjaya, tapi apa yang Sangkakala dapat lihat, ianya kini tidak lebih dari untuk mendapat bajet dan peruntukan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: