Selasa, 27 Ogos 2013

TUN M AKAN SENYAP BILA MUKHRIZ JADI NAIB PRESIDEN

Barisan Nasional hampir menjadi pembangkang dalam Malaysia pada tahun 2008 dimana 5 buah negeri telah jatuh ke tangan pembangkang dan di parlimen pula Barisan Nasional gagal untuk mendapat mandat 2/3 kerusi untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang mampu untuk membuat keputusan dengan undi yang selesa apabila satu satu usul dibawa ke parlimen.

Dan pada masa itu, kita melihat dimana bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dipersalahkan secara total dan diminta untuk meninggalkan kerusi sebagai presiden UMNO oleh juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Mahathir.

Kini pada pilihanraya umum ke 13, sekali lagi Barisan Nasional hampir hampir untuk menjadi pembangkang di parlimen setelah Barisan Nasional hanya mendapat kerusi sebanyak 133 kawasan berbanding 140 sebelum itu.

Dan sekali lagi Tun Mahathir telah memainkan peranan kini seolah olah meminta supaya Datuk Seri Najib pula meninggalkan kerusi presiden dan memberi laluan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerajui UMNO dan Barisan Nasional selaku Perdana Menteri.

Persoalannya adakah Tun Mahathir akan merasa puas hati?

Apa yang Sangkakala nampak sekarang, Tun Mahathir tidak akan berdiam diri selepas kekalahan anak beliau, Datuk Mukhriz Mahathir dalam pemilihan tahun 2008.

Senario politik ini sebenarnya akan berubah apabila Tun Mahathir berjaya membawa anak beliau ke peringkat yang lebih tinggi dan semua tahu, untuk mencapai cita cita tersebut, Mukhriz perlu melangkaui beberapa langkah kehadapan dan perlu memecahkan beberapa tembok untuk beliau pergi jauh ke hadapan.

Jalan paling mudah ialah dengan menggunakan pengaruh bapa beliau iaitu Tun Mahathir untuk meruntuhkan beberapa empayar Perdana Menteri bermula daripada Tun Abdullah atau Pak Lah.

Bermula dari titik tolak itulah, Tun Mahathir akan cuba untuk meruntun demi untuk kejatuhan seorang demi seorang Presiden UMNO dan kini ianya sedang dijalankan terhadap Datuk Seri Najib.

Jika perkara ini berjaya, maka Tan Sri Muhyiddin akan menjadi Perdana Menteri dan kemungkinan besar Datuk Seri Zahid Hamidi diangkat sebagai Timbalan dan secara tidak langsung ini adalah jalan mudah untuk Mukhriz bergerak mengorak langkah menjadi Naib Presiden, adalah tidak mustahil juga Tan Sri Muhyiddin akan turut sama dijatuhkan dan Datuk Seri Zahid akan menggantikan tempat Tan Sri Muhyiddin dan tempat seterusnya diganti dengan Mukhriz sebagai Timbalan Presiden setelah Zahid mengosongkan kerusi tersebut selepas itu untuk pergi ke kerusi Presiden.

Dan langkah selanjutnya Sangkakala amat yakin bahawa pembaca dapat mengagak apa yang akan berlaku dan terjadi.

Ini adalah permainan politik yang dijalankan oleh Tun Mahathir untuk mencorak anak beliau menjadi Perdana Menteri dimasa akan datang.

Mukhriz sebenarnya membawa imej korporat dimana dikalangan adik beradik beliau, kita semua telah ketahui bahawa ada dikalangan mereka yang kaya raya sebagai contoh, Datuk Mohzani yang dikatakan mempunyai kekayaan luar biasa dan kini mempunyai saham dalam sebuah syarikat yang membekalkan minyak untuk kapal terbang.

Jadi tidak ada istilah pemimpin korporat perlu dielakkan dari menjadi pemimpin sepertimana yang dinyatakan oleh seorang rakan blogger tentang saudara Azwan yang telah menawarkan diri untuk bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Sebab kalau nak diikutkan Mukhriz juga dikalangan bangsawan dan elitis, tapi kenapa tidak dipertikaikan perlantikan beliau sebagai Menteri Besar?

Sebab beliau tidak memegang apa apa jawatan dalam perniagaan?

Itu adalah pasti apabila menjadi calon pilihanraya, maka semua jawatan dalam perniagaan atau apa sektor sekali pun akan ditinggalkan kerana itu adalah syarat untuk menjadi calon dalam pilihanraya, dan cuba kita periksa semula, adakah Mukhriz datang sebagai orang yang tiada apa apa semasa menjadi calon ahli parlimen dulu?

fikir fikirkanlah, bukan imej korporat atau apa imej sekalipun yang perlu diketengahkan, nilai melalui apa yang telah dilakukan oleh calon calon yang akan bertanding dan sepertimana yang Sangkakala tahu, Azwan menolak untuk menjadi calon dalam pilihanraya ke 13 hanya semata mata untuk menumpukan tugas beliau sebagai Ketua Pemuda Negeri dan demi untuk membawa kemenangan kepada UMNO dan Barisan Nasional di negeri Perak.

Masalah ada terima bayaran atau tidak, itu tidak menjadi persoalan, apa yang menjadi persoalan sekarang ialah, kenapa kini imej korporat tersebut dibawa untuk dibandingkan dalam pemilihan UMNO yang akan datang kerana bagi Sangkakala tugas dan amanah yang dipertangungjawabkan telah dilaksanakan dengan jayanya dan Azwan telah buktikan bahawa negeri Perak menang dengan kerusi dewan undangan negeri dan bukan kerana keputusan mahkamah.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: