Rabu, 28 Ogos 2013

SELAMAT KEMBALI KE DUNIA MAYA ALVIN DAN VIVIAN


Dah rasa malas nak cakap banyak banyak dah pasal penggiat penggiat media porno yang pada mulanya dikatakan akan diambil tindakan tegas keras dan sebagainya.

Kalau tak lama dulu, dua orang kekasih dan blogger porno ini dihalang oleh mahkamah untuk menggunakan sebarang bentuk aplikasi media bagi memuat naik, komen dan sebagainya tapi kini boleh dilihat apa yang dilakukan oleh dua orang kekasih yang pernah menghina agama islam ini.

Takkan tiada pemantauan langsung dari pihak berwajib tentang perkara tersebut atau pihak berkuasa mahu mereka ini sekali lagi menimbulkan kontroversi yang agak panas serta membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia sekali lagi baru tindakan akan diambil.

Cukup cukuplah dengan penghinaan yang dilakukan oleh kedua dua mangkuk ni, jangan lah dibiarkan mereka terus mencuba sesuatu yang boleh mengundang masalah dikemudian hari.

Kepada pihak yang bertanggungjawab, silalah ambil tindakan yang sewajarnya sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.