Selasa, 6 Ogos 2013

PEMIMPIN UMNO JANGAN TERLALU MENGIKUT KATA PENASIHAT

Hari ni Sangkakala lihat ramai dikalangan pemimpin khususnya UMNO terlalu mengikut kata kata orang yang kononnya menjadi penasihat mereka tidak kira dalam politik mahu pun Kementerian yang mereka wakili.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa kebanyakan penasihat ini sebenarnya hanya mencari satu kedudukan dan untuk mendapat kedudukan tersebut mereka akan menjadi 'YES MAN' yang mana ianya adalah salah kalau diikutkan dari segi memberi menasihat.

Seorang penasihat yang baik akan menegur segala kesilapan yang dilakukan oleh boss mereka dan bukannya menuruti atau mencari orang lain untuk memikul kesalahan atau kesilapan yang dilakukan  tapi pada hari ini ramai yang bersikap mencari kesalahan orang lain demi ntuk menutup kesalahan boss mereka.

Bagi Sangkakala, seorang pemimpin yang hanya mengikut kata kata penasihat dan tidak berfikir seperti seorang pemimpin yang mampu membuat keputusan sendiri adalah pemimpin yang patut diletakkan ketepi dan pemimpin lain yang lebih berkeyakinan dalam kepimpinan perlu ditonjolkan.

Sangkakala perhatikan juga selama ini apabila ada dikalangan Menteri yang terlalu mengikut kata kata penasihat seolah olah penasihat itu yang menjadi menteri dan mereka (menteri) ini seolah olah boneka yang diletakkan disitu.

Pada kebiasaannya, setpol atau pegawai pegawai khas yang pandai membodek boss boss mereka ini akan diberi kepercayaan untuk memberi keputusan bagi pihak Menteri hinggalah sampai satu masa satu satu perkara berlaku barulah semua akan menunding jari ke arah satu sama lain.

Tapi dimana kesilapannya, adakah kerana penasihat atau Menteri yang menerima nasihat membabi buta tanpa memikirkan apa akan jadi di masa hadapan?

Sangkakala tidak tahu sama ada betul atau tidak, tapi ada yang mengatakan bahawa mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir dulu hanya menerima nasihat teapi beliau memikirkan perkara tersebut sedalam dalamnya barulah keputusan dibuat.

Tapi pemimpin lain tidak sebegitu, boleh dikatakan ramai dan hampir semua mengikut kata penasihat mereka walaupun ianya akan menghancurkan karier politik mereka sendiri tapi oleh kerana pujian dan sebagainya pemimpin pemimpin ini menjadi alpa dan hanyut dalam arus syok sendiri.

Sangkakala sudah mengambil keputusan yang mana Sangkakala akan dedahkan satu persatu menteri yang mengikuti secara berlebih lebihan kata kata oenasihat mereka dan Sangkakala akan namakan sekali orang yang memberikan nasihat tersebut supaya seluruh rakyat negara ni tahu, bahawa keputusan pemimpin itu sebenarnya dipengaruhi dengan kuat oleh penasihat mereka yang seterusnya menjadi punahsihat dan akhirnya punah ranah.


Tiada ulasan: