Mungkin selama ini ada yang mengatakan bahawa kedua dua gandingan nama besar diantara Datuk Seri Najib dan juga Tan Sri Muhyiddin Yasin adalah gandingan MANTAP selama ini dan di sokong pula oelh tiga orang naib presiden dalm UMNO.
Tapi sejauh mana hakikat ini akan bertahan? Adakah pemilihan akan datang yang akan berlangsung pada hujung tahun nanti akan melihatkan perubahan besar dalam lanskap pentadbiran UMNO? Dan mampukah gandingan ini kekal hingga ke PRU14 nanti?
Najib Razak yang menerajui UMNO bermula dalam penggal 2008 hingga kini dilihat telah mencorakkan beberapa kemarahan ahli UMNO itu sendiri walaupun ramai dikalangan mereka tidak berani untuk menyuarakannya kerana risau akan kedudukan masing masing di peringkat kepimpinan.
Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir juga dilihat telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang agak agresif menjelang pemilihan akan datang.
Tun Mahathir juga dilihat tidak berapa selesa dengan gerakan gerakan yang dilakukan oleh Datu Seri Najib dimana ianya memperlihatkan seolah olah Tun Mahathir mengatakan bahawa Najib kini menjadi liabiliti dalam kepimpinan kerajaan yang akan memberi tekanan kepada pemimpin seterusnya nanti.
Seperti pemberian BR1M kepada rakyat, kalau tidak silap Sangkakala, Tun Mahathir pernah menyatakan bahawa dengan pemberian BR1M akan menyusahkan kerajaan dimasa hadapan.
Sangkakala tidak nafikan perkara ini, pemberian BR1M hanya akan membuatkan rakyat menjadi terlalu manja dengan kerajaan.
Cuba kita bayangkan jika terjadinya semula kejatuhan ekonomi seperti yang berlaku pada tahun 1998 yang mana ramai rakyat Malaysia hilang pekerjaan dan perniagaan juga banyak yang ditutup, adakah kerajaan mampu lagi untuk memberikan bantuan sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional pada kali yang lepas?
Jika bantuan ini tidak dapat diteruskan, adakah rakyat akan memilih Barisan Basional pagi selepas itu? Kita dapat melihat bahawa sudah ada penolakan yang dilakukan oleh rakyatbterhadap kerajaan Barisan Nasional yang mana daripada 140 kerusi parlimen kini hanya tinggal 133.
Penolakan ini jelas dilakukan oleh kaum cina yang mana rata rata orang melayu kini mengatakan bahawa Najib Razak terlalu memanjakan mereka (cina) tetapi mereka tetap tidak memberikan undi kepada kerajaan hinggalah Najib mengeluarkan kenyataan 'APA LAGI CINA MAU'?
Tapi adakah persoalan itu cukup untuk menutup kemarahan rakyat khususnya orang Melayu kepada kepimpinan Najib Razak?
Berbeza pula dengan pendekatan yang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin yang sedari awal telah menyelami kepentingan Melayu sepanjang tempoh menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Persoalannnya disini adakah nanti perwakilan akan lebih selesa dengan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Muhyiddin Yasin dan adakah perubahan akan dilakukan oleh perwakilan? Tapi adakah keberanian untuk membawa perubahan itu akan dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin?
Semua persoalan ini bakal terjawab apabila pendaftaran untuk bertanding di semua peringkat terjadi nanti, disitu kita akan lihat sama ada masih adakah pemimpin yang cuba untuk memperbetulkan keadaan dalam kepimpinan kerajaan kini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan