Contoh yang terbaru berlaku di Pulau Pinang apabila caj parking kenderaan dilanjutkan sehingga ke jam 12 tengah malam yang mana sebelum ini ianya di lanjutkan sehingga 8 malam berbanding dengan kerajaan Barisan Nasional dahulu yang hanya mengenakan bayaran dalam waktu pejabat.
Nampaknya kerajaan pakatan rakyat hanya tahu bagai mana untuk membebankan pengguna atau pengunjung yang datang ke negeri mereka tanpa memikirkan apa implikasi terhadap mereka mereka yang datang berkunjung mahupun yang menetap di negeri tersebut.
Kalau di Selangor kita dapat melihat kenaikan harga permit atau lesen premis perniagaan dan begitu juga dengan Pulau Pinang dan kini ianya di tambah pula dengan tambahan masa parking kenderaan.
Apakah kerajaan negeri sudah tidak mampu untuk membawa para pelabur hingga rakyat sendiri menjadi mangsa untuk mengecapi kemewahan mereka?
Inilah yang berlaku apabila sebuah negeri di tabdir oleh sebuah kerajaan yang kurang bijak memerintah, apa yang mereka tahu ialah menaikkan segala cukai serta segala perkhidmatan yang membabitkan rakyat seolah olah bebanan permasaalahan kewangan kerajaan negeri perlu di tanggung oleh rakyat jelata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan