Isnin, 22 September 2014

DBKL BERTINDAK #kejam SEKALI LAGI !!! APA KATA MENTERI WILAYAH @tengkuadnanreal ???

Gambar ni Sangkakala dapat dari laman facebook seorang rakan yang dikongsi oleh beliau, dan mengikut maklumat, gambar yang menunjukkan dua orang kanak kanak sedang mengutip sesuatu serta dipeluk oleh seorang wanita, merupakan gambar selepas satu kejadian yang menyayat hati.


Wanita yang memeluk kanak kanak tersebut dikatakan adalh ibu mereka yang berniaga secara kecil kecilan di tepi jalan, tapi KENAPA kanak kanak tersebut mengutip sesuatu? Dan kenapa ibu kanak kanak ini memluk meraka?

Menurut laman facebook yang dikongsi oleh rakan Sangkakala, kejadian berlaku apabila sepasukan penguatkuasa DBKL telah datang ke tempat ibu kanak kanak ini berniaga dan secara ringkasnya, mereka (DBKL) telah menendang meja yempat meletak barangan niaga ibu kanak kanak terbabit.

Kerana mereka penguatkuasa? Maka mereka boleh melakukan apa sahaja sesuka hati seolah olah bertindak seperti haiwan yang tidak berperikemanusiaan tanpa budi bicara?

Jika benar sepertimana yang dilaporkan DISINI, Sangkakala rasa ada baiknya jika Menteri Wilayah melihat perkara seperti ini dengan lebih serius dan janganlah pula ianya dipandang remeh serta membiarkan perkara sepeerti ini berlaku lagi dimana, setiap pegawai penguatkuasa seharusnya mempunyai akhlak atau budi bicara dalam menjalankan tugas mereka, dan bukannya mereka ini perlu mengikut emosi sendiri.


Tiada ulasan: