Tak cukup cukup ke dengan jawatan di sebelah Perdana Menteri tu hingga nak jadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pula?
Kalau Kharun ni menjalankan tugas tugas beliau sebagai Ahli Jawatan Kuasa UMNO bahagian dalam pilihanraya yang lepas, Sangkakala pun tak berapa kisah sangat, tapi apa yang pasti batang hidung langsung tak nampak sedangkan ahli ahli lain bertungkus lumus berjuang untuk mempertahankan Putrajaya daripada jatuh ke tangan pembangkang.
Walau pun tidak menjalankan kerja atau tugas yang sepatutnya digalas oleh beliau, masih lagi diletakkan di sebelah pemimpin nombor satu negara dan apa yang Sangkakala nampak, adalah jelas bahawa Khairun menggunakan kuasa kuasa atau tangan tangan ghaib yang mampu untuk melonjakkan nama beliau di pejabat Perdana Menteri dan terus diangkat sebagai Setiausaha Politik 1 kepada Perdana Menteri mengatasi mereka mereka yang berjuang dalam mempertahankan UMNO.
Tapi tangan mana yang melonjakkan beliau?
Mungkin jika Sangkakala berbinkan Aseh Che mat, Sangkakala juga tak perlu berjuang sampai tak tidur malam untuk mendapatkan apa juga jawatan tinggi.
Adakah untuk menjadi Naib Ketua Pemuda juga Khairun tetap akan menggunakan Bin beliau untuk mendapatkan sokongan dan undi daripada perwakilan nanti?
Kalau tak gunakan bin pun Sangkakala yakin bahawa Khairun akan menggunakan segala sumber yang ada bagi memastikan beliau menang sebagai Naib Ketua Pemuda.
Sangkakala rasa jika Khairun menang dalam pemilihan ianya akan jadi seperti bahagian Putrajaya, Khairun akan hilang dan cuba untuk mencari dan mengumpul kekayaan dengan jawatan yang ada.
Seperti sekarang contohnya, dengan umur dibawah 40 tahun, Khairun sudah bergelar Datuk dan kerana apa beliau mendapat gelaran itu? Tak lain dan tak bukan kerana Bin beliau juga iaitu Aseh.
Untung jadi anak orang kaya, tak perlu bekerja ada jawatan tinggi, yang hairannya pula dengan UMNO ni, dulu kata akan ambil tindakan jika didapati sesiapa yang dilihat memboikot calon serta parti, tapi sekarang apa dah jadi? Wincable atau Daddycable yang diguna pakai?
Sangkakala pula berpendapat, jika tidak langsung turun membantu sebagai jentera, itu sudah membuktikan bahawa beliau memboikot calon serta parti dan ianya dilakukan secara halus dimana tidak melihatkan menyokong pembangkang tapi tidak berusaha memenangkan calon dari parti sendiri.
Ini ke orang yang nak diletakkan sebagai orang nombor dua dalam kepimpinan pemuda UMNO Malaysia? Orang yang tidak merasa ada tanggungjawab terhadap parti nak diangkat naik?
Apa akan jadi dengan pemuda kalau orang sebegini diletakkan sebagai pemimpin kepada pemuda yang sentiasa laparkan suara suara lantang dari kepimpinan?
Mampukah Khairun bersuara selantang yang sepatutnya supaya pemuda dilihat lebih berani dan pantang dicabar?
Kalau hanya membawa warga Malaysia yang dilarikan ke Lombok rasanya belum cukup untuk membuktikan Khairun sebagai pejuang. Kerana apa Sangkakala kata begitu? Jawapannya ialah, itu semua untuk menunjukkan bahawa beliau prihatin dengan masalah rakyat, tapi bagaimana pula masalah parti semasa pilihanraya.
Kalau nak dikirakan jasa kepada rakyat, bukan sahaja Khairun yang pernah membawa rakyat Malaysia yang didalam kesusahan pulang ke tanah air tapi ramai lagi pemimpin yang pernah melakukan perkara sama.
Jasa Khairun yang sebesar itu telah dilihat oleh Perdana Menteri, tapi bagaimana pula dengan jasa orang lain? Takkan langsung tiada siapa yang memberikan pendapat atau pandangan?
Soalan seterusnya, kenapa Khairun yang diletakkan sebagai Setiausaha Politik 1? Adakah kerana beliau dikalangan EXCO Pemuda UMNO Malaysia? Rasanya ramai lagi yang menjalankan kerja sebagai jentera dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional, tapi tidak pula diangkat sebagai Setiausaha Politik.
Nak dikatakan beliau menang sebagai calon favourite dalam pemilihan pemuda tahun 2008 pun tak juga, berada di tangga ke 18 dari 20 orang EXCO dengan undi cuma 389 undi yang diterima.
Ini juga adalah isyarat bahawa Khairun kurang popular dalam kalangan pemuda UMNO Malaysia pada ketika itu dan kini Khairun di bebankan pula dengan jawatan Setiausaha Politik 1 dan selepas ini nak jadi Naib Ketua Pemuda UMNO?
Cari le orang lain wahai pemimpin besar, janganlah kerana BIN yang ada pada kad pengenalan Khairun, beliau diletakkan di tempat yang tinggi, takut nanti bila dia nak jatuh, dengan boss boss kena tarik sama, kalau yang tak popular diletakkan sebagai orang yang nak mempopularkan boss boleh ke berjaya atau lebih tak popular jadinya nanti.