Rabu, 19 Jun 2013

@zahid_hamidi PUKUL AHLI PERNIAGAAN ??? BIAR BETUL !!!


Sangkakala terbaca dalam blog MKP yang mengatakan bahawa Gobind Singh Deo mendesak Datuk Seri Zahid Hamidi untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri di Kementerian Dalam Negeri.

Baca DISINI

Agaknya Gobind Singh dah lupa atau saja buat bodoh atau sememangnya bodoh,  menteri dilantik oleh Perdana Menteri dan bukan suka suka nak desak atau sebagainya meletakkan jawatan.

Nama je lawyer,  tapi fikiran kalah budak kecik.

Atau DAP sememangnya dah mula risau apabila Perdana Menteri melantik Ahmad Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri memandangkan ketegasan beliau dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Cerita lama macam ni pun nak songket balik? Mesti ada sesuatu yang membuatkan Gobind sudah mula merasa risau.

Apa apa pun, Gobind dan DAP janganlah terlalu risau dengan ketegasan Ahmad Zahid sebab kalau takde apa kesalahan takut buat apa kan?

Kecuali ada kesalahan yang melibatkan pemimpin pembangkang itu Sangkakala tak berani jamin le.