Jumaat, 14 Jun 2013

@NajibRazak KHAIRUN ASEH BAKAL KECUNDANG SEBAGAI KETUA PEMUDA

Sangkakala baru menerima laporan dari seseorang yang mengatakan laporan dari merdeka survey ada mengatakan bahawa dalam kajian mereka Setiausaha Politik Perdana Menteri, Khairun Aseh akan gagal bertanding Ketua Pemuda bahagian Putrajaya untuk meraih jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Pusat.

Bukan itu sahaja, Khairun juga dikatakan syok sendiri bertanding dan akan menarik diri atas alasan nasihat Perdana Menteri supaya dia tidak perlu bertanding demi menjaga kredibiliti serta imej pegawai Perdana Menteri.

Daripada apa yang Sangkakala lihat, Khairun memang akan kecundang kerana dengan imej sudu dan garpu perak yang dibawa oleh beliau tidak menampakkan seorang pemimpin yang mampu untuk mentadbir pergerakan pemuda dengan jayanya.

Ianya mungkin akan menjadi sebaliknya jika Khairun dilahirkan daripada bukan golongan bangsawan yang tahu akan kesusahan jerit perih anak anak muda yang bekerja siang dan malam untuk mencari sesuap nasi.

Khairun juga Sangkakala tidak lihat kemesraannya dengan kumpulan pemuda, dan mungkin juga kerana beliau dari dolongan elitis yang mempercayai bahawa kedudukan akan mampu dikecapi dengan nama yang dibawa oleh beliau seperti Aseh Che Mat.

Perlu diingat, hari ini berapa ramai anak muda yang perlukan perhatian, jika Khairun diletakkan sebagai Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, adakah beliau akan mendengar rintihan anak anak muda dibawah yang tidak sama taraf dengan beliau.

Seperti yang Sangkakala keluarkan semalam, untuk menghadiri mesyuarat bahagian pun Khairun tidak mampu, adakah nanti akan ada masa terluang untuk mendengar serta berbincang bagaimana untuk membaiki taraf hidup serta ekonomi dan juga permasaalahan pemuda di semua peringkat?

Sangkakala tidak nampak itu akan belaku dan apa yang Sangkakala nampak cuma satu, Khairun akan menggunakan segala kuasa yang ada pada beliau untuk memperolehi lebih banyak kekayaan dan pemuda di peringkat bawahan akan lebih tertekan dengan masalah yang tidak selesai selesai.

Jadi nasihat Sangkakala, untuk memilih seorang pemimpin, perlulah dipilih daripada orang orang yang faham tentang bagaimana untuk menyelesaikan masalah, dan bukannya lari dari masalah.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: