Tapi kenapa perkara ini boleh berlaku? Adakah kerana kegagalan Menteri Pelajaran dalam melaksanakan tugas tugas beliau selaku seorang menteri hingga membuatkan guru guru ini mula beralih arah?
Sangkakala lihat begitu banyak kemudahan demi kemudahan diberikan kepada para guru namun tidak kurang juga guru yang dilihat menghentam kerajaan dan ianya bukan secara berselindung, malah ianya diajukan secara terbuka di khalayak ramai.
Begitu juga dengan kehadiran para guru yang menjadi calon pembangkang, kini ianya dilihat sudah amat ketara dan mereka mereka ini seolah olah tidak menjadi virus kepada kerajaan Barisan Nasional.
Disini Sangkakala ingin bertanya, adakah ini dinamakan kejayaan seorang menteri dalam memantapkan kepercayaan guru kepada kerajaan Barisan Nasional yang menjaei pemerintah dari dulu lagi?
Sangkakala terbaca dalam beberapa laman blog yang jelas menunjukkan bahawa ini semua berpunca daripada menterinya yang agak kurang cekap dalam melaksanakan tugas tugas sebagai menteri.
Dalam pilihanraya yang lepas, dikhabarkan hanya 10% sahaja guru yang menyokong Barisan Nasional dan kemana selebihnya? Sudah pastilah mereka menyokong pembangkang.
Tapi apa tindakan kerajaan khususnya kementerian pelajaran dalam menangani isu ini?
Baca di SINI
Kalau keadaan ini berterusan sudah pasti lama kelamaan Barisan Nasional tidak lagi berada dalam minda para guru dimasa masa akan datang.
Dan persoalan yang paling penting sekali ialah, apa tindakan Menteri Pelajaran kita dalam menangani perkara ini? Takkan hanya mahu berdiam diri hingga nanah menjadi barah.