Sabtu, 29 Jun 2013

#pru13 #tolakPR PEMBANGKANG MEMALUKAN DIRI SENDIRI DI PARLIMEN DAN DUN

Sidang parlimen dan sidang DUN yang dilakukan selepas Pilihanraya Umum Ke 13 baru baru ini jrlas melihatkan kebodohan puak pakatan pembangkang yant seterusnya memalukan diri mereka sendiri.

Dalam sidang parlimen..pembangkang juga berkeinginan untuk meletakkan nama speaker sedangkan mereka mengetahui jika ada dua pencalonan sudah pasti akan ada undian dan dengan kerusi majoriti di parlimen mahu pun DUN sudah pasti kemenangan akan berpihak kepada kerajaan.

Jadi apa motif mereka meletakkan nama calob untuk speaker kalau dah tau kemenangan tidak akan memihak kepada mereka? 

Apa yng Sangkakala lihat disini..pembangkang akan terus memalukan diri sendiri dengan pelbagai perkara yang mereka lakukan..buka sahaja daln sidang dewan malah diluar dewan juga acap kali dilakukan begitu.

Sebagai contoh Sangkakala lihat semasa himpunan blackout505 yang diadakan di Padang Merbok baru baru ini, himpunan yang mensasarkan kehadiran lebih dari 100 ribu orang hanya dihadiri tak sampai 10 ribu orang dan ini juga telah mencemarkan maruah pakatan pembangkang yang dilihat sudah tidak mendapat sokongan.

Begitu juga dengan insiden rempuhan yang dilakukan oleh pengikut mereka sendiri. .rempuhan tersebut dilakukan semata mata untuk menghalang pakatan pembangkang dari mengangkat sumpah dan bukannya protes pilihanraya..tapi pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim tetap juga mengangkat sumpah dan membiarkan para pengikut mereka terpekik terlolong diluar parlimen.

Ini sebenarnya memalukan pengikut mereka sendiri yang mana pengikut pakatan pembangkang selama ini termakan dakyah yang mengatakan bahawa terdapat penipuan dalam pilihanraya hingga membuatkan mereka keluar ke jalan raya dan akhirnya pemimpin mereka sendiri menidakkan apa yang diperjuangkan oleh pengikut pengikut mereka. 

Selepas ini nanti kita akan dapat melihat pula perkara perkara yang bakal memalukan diri mereka di dalam parlimen dan DUN pula..dan apa yang pasti ialah perkara memalukan ini pasti akan terus berulang.