Ahad, 16 Jun 2013

@Khairykj APA JASA REGINA LEE DALAM BN ???

Sangkakala tengok ada beberapa blog yang mengheentam YB Khairy Jamaluddin yang kini merupakan Menteri Belia dan Sukan yang telah melantik Setiausaha Akhbar beliau daripada wartawan Malaysiakini.

Regina Lee, seorang wartawan Malaysiakini dan dahulunya adalah orang kuat kepada Tony Phua diangkat menjadi Setiusaha Akhbar kepada Menteri, apa jasa Regina Lee kepada Barisan Nasional terutamanya YB Khairy?

Jika perkara ini benar, maka Sangkakala rasa ianya amatlah tidak patut, memandangkan berapa ramai lagi yang mempunyai kebolehan dalam bidang tersebut dan menyokong kerajaan namun tidak diberikan tempat sebegitu.

Sangkakala semakin pelik dengan permainan politik pemimpin pemimpin ini, adakah mereka tidak berfikir bahawa setiap lantikan perlu diperhalusi agar ianya tidak menjadi buah mulut orang satu masa nanti?

Labih lebih lagi apabila yang dilantik itu jelas pernah mirip ke arah pembangkang, sudah pastilah akan menjadi kemurkaan kepada orang orang UMNO dan Barisan Nasional yang selama ini berjuang bermati matian untuk meneruskan kesinambungan UMNO dan Barisan Nasional sebagai pemerintah.

Yang diangkat pula adalah orang yang pernah menghentam kepimpinan dengan dakyat dan fitnah serta aib yang begitu hebat.

Jika inilah yang menjadi amalan pemimpin, Sangkakala juga berminat untuk menjadi penulis pembangkang, kerana mungkin dengan cara itu, sedikit pengiktirafan akan diberikan kepada Sangkakala daripada asyik menjawab segala tohmahan pembangkang yang bertali arus.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone