Khamis, 20 Jun 2013

@NajibRazak RAJA ARIF KENA BALUN TANDA BTN PERLU BUAT KONVENSION LAGI

Ini artikel sambungan malam tadi yang Sangkakala keluarkan. Sejak tahun 2012 sudah beberapa kali blogger Sanggah Tok Janggut menghentam kepimpinan Raja Arif, apakah perlu lagi Raja Arif meluluskan semula konvension media sosial yang dilihat hanya gah dimata tapi hampeh secara dasarnya.

Sangkakala rasa kegagalan konvension tersebut jelas kelihatan dimana database kehadiran tidak langsung kelihatan sedangkan itu adalah agenda utama dalam konvension tersebut.

Begitu juga dengan databank yang dikatakan akan diwujudkan, namun sehingga kini hanya bank simpanan yang dipenuhkan dan mungkin juga apabila sudah susut isi kandungannya maka Raja Arif dihentam berulang kali.

Konvension Media Sosial yang diadakan di seluruh negara tidak dapat melahirkan penggiat media seperti mana yang diharapkan tetapi hanya mengabihkan mana yang ada dan yang menjadi penganjur pula dengan begitu mudah mendapat imbuhan.

Sangkakala juga dengar cerita bahawa ada blogger yang dulunya menjadi pegawai dalam Biro Tata Negara dipecat kerana pecah amanah tetapi Sangkakala tak dapat nak pastikan atas sebab yang sama atau ada sebab sebab lain.

Berbalik kepada konvension tadi, berapa orang penggiat media yang dapat dilahirkan melalui konvension tersebut? Dan berapa orang pula yang betul betul berjuang semasa pilihanraya yang lalu? 

Sangkakala tidak nampak bahawa wujudnya tentera maya daripada kilang konvension ini tetapi daripada apa yang Sangkakala dengar begitu banyak peruntukan diserahkan untuk mengadakan konvension tersebut diseluruh negara.

Di Sabah sahaja kalau tidak silap ianya diadakan sebanyak 2 kali, di Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Kedah kalau tak silap namun berapa orang yang aktif?  Dan berapa ramai pula para penulis blog telah dilahirkan melalui konvension ini dalam menangkis segala tohmahan dan fitnah dari pembangkang?

Dan dimanakah mereka mereka ini berada? Semuanya tidak dapat dikesan kerana ketiadaan database atau maklumat diri peserta yang hadir dalam konvension tersebut dan ini adalah satu kegagalan sebenarnya, dan kenapa Biro Tata Negara yang perlu dipersalahkan? 

Setelah melihat kegagalan ini, adakah mungkin Biro Tata Negara masih mahu untuk meneruskan program tersebut? 

Bagi Sangkakala, program sebegini tidak perlu diadakan lagi.

Bukan sebab apa, bila dah gagal sekali, janganlah ianya diulangi buat kedua kalinya.

Dan Sangkakala juga tahu niat penulis blog tersebut yang menghentam Raja Arif secara berterusan hanyalah kerana inginkan program itu diteruskan sebab ianya mungkin boleh dikatakan sebagai sumber pendapatan, dan apa yang penting, sampai bila pula program yang dianjurkan oleh blogger Sanggah Tok Janggut + Raja Arif dan Nadi Rakyat perlu melekat pada BTN dan adakah kegagalan ini perlu diteruskan