Isnin, 24 Jun 2013

@NajibRazak BLOGGER NAK HANTAR MODUL BARU UNTUK BTN

Sangkakala terbaca dalam sebuah portal yang mengeluarkan artikel tentang Biro tata Negara..daripada apa yang Sangkakala lihat..ianya lebih kepada untuk memberitahu bahawa penulis artikel tersebut serta para sahabatnya sudah menyediakan modul baru untuk Biro Tata Negara laksanakan..silap silap dah siap dengan paper sekali cuma tunggu masa untuk dibentangkan sahaja.

Jadi dengan cara menulis serta mengkritij sedikit tentang kepimpinan Biro Tata Negara maka kumpulan ini akan dipanggil untuk menjalankan tugadan tetsebut dan akan terjadilah sepertimana yang berlaku tidak berapa lama dahulu berkenaan dengan konvension media sosial yang akan mewujudkan ribuan penggiat media yang akan mewarnai media sosial politik di tanah air.

Ini semua taktik lama yang semata mata untuk mencari sumber dari agensi kerajaan tersebut..Sangkakala lihat banyak kursus yang diadakan oleh Biro Tata Negara dan sejak dari dulu memang itulah tugas Biro Tata Negara dalam memberikan kursus kenegaraan kepada semua lapisan masyarakat.

Kenapa Sangkakala mengatakan bahawa ianya hanyalah permainan semata mata?  Kerana dalam penulisan tersebut ada menunjukkan bahawa mereka mahukan satu kursus lengkap untuk para belia pula..kenapa begitu? Adakah Biro Tata Negara selama ini tidak memberikan kursus kepada golongan seperti yang mereka katakan tadi? 

Jadi seperti biasa..mereka akan mengkritik kepimpinan Biro Tata Negara dan akhirnya nanti kepimpinan dalam Biro tersebut akan memanggil mereka untuk berunding dan pada masa itulah nanti senaskhah buku berupa kertas cadangan dihulurkan kepada ketua pengarah Biro Tata Negara iaitu Datuk Raja Arif.

Sangkakala perhatikan ada beberapa penulis laman blog yang memainkan isu Biro Tata Negara ni..dan apa yang pasti Sangkakala tau bahawa kesemua yang menghentam Biro tersebut mempunyai rangkaian antara satu sama lain..jadi itulah permainan nya.

Hehehe..bijak placing mereka ni..sorang keluar isu..yang lain tolong pick-up..lepas tu nanti ada yang jadi broker untuk deal..steady lah....