Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersara pada 2003 supaya jangan cuba menguasai kerajaan sekarang.
Nampak sangat si Karpal masih merasakan Tun M masih berbisa dan ada kemungkinan beliau risau melihat kehadiran Tun M semasa kempen PRU yang lepas hingga membuatkan negeri Kedah dapat dirampas kembali oleh Barisan Nasional.
Karpal secara berseloroh berkata perbuatan tersebut dilihat seperti memperlekehkan pentadbiran Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak, tapi apa yang sebenarnya tidaklah begitu, apa yang terjadi ialah, penguasaan politik Barisan Nasional menjadi semakin kukuh.
Karpal pula memberikan nasihat kepada Tun Mahathir supaya berehat dari dunia politik sepertimana yang diamalkan oleh pemimpin pemimpin dunia yang lain, tetapi beliau mungkin lupa bahawa beliau kini menduduki dua kerusi satu di parlimen dan satu lagi di kerusi roda.
Karpal merujuk kepada kenyataan Mahathir yang menggesa kerajaan supaya jangan lagi memberi muka kepada pembangkang yang menurutnya terus menghina sistem demokrasi negara, kenyataan ini nampaknya telah membuatkan Karpal hampir terkena stroke.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone