Khamis, 6 Jun 2013

GRADUAN MELAYU DIPINGGIRKAN OLEH SYARIKAT CINA

Sangkakala lihat dalam akhbar tempatan banyak dilaporkan tentang syarikat milikan bukan Melayu yang dikatakan gagal untuk memberikan pekerjaan kepada graduan atau lepasan pelajar terutamanya golongan Melayu.

Perkara ini dilihat amat tidak menyenangkan kerana kita di Malaysia mempunyai penduduk dari golongan pelbagai kaum agama serta bangsa.

Jika perkara ini berlanjutan, maka akan jadi satu lambakan graduan Melayu di Malaysia sikit masa nanti kerana majoriti syarikat yang boleh dikatakan besar adalah milikan kaum cina.

Ini bukan baru terjadi sebenarnya, tapi ianya sudah lama berlaku cuma kita tidak perasan dengan kehadiran tindakan yang Sangkakala anggap sebagai rasis di dalam negara. 

Jika kita lihat pula kepada kenaikan pangkat, ianya juga sama berlaku dimana jika ada seorang cina dan seorang Melayu, maka harapan untuk melayu tadi menerima kenaikan pangkat adalah amat sukar kerana persaingan bangsa terjadi disitu.

Bukan kerana pengalaman atau sebagainya, tapi ada beberapa alasan yang Sangkakala rasa tidak masuk akal diberikan sebagai contoh, pekerja melayu tidak boleh berbahasa cina dan kelebihan anak cina tadi kerana beliau boleh berbahasa mungkin 3 bahasa iaitu cina, mekayu dan inggeris, sedangkan anak melayu tadi cuma mampu menguasai 2 bahasa iaitu melayu dan inggeris sahaja.

Ini membuatkan ramai anak anak melayu yang agak kebelakang apabila bekerja dengan sesebuah syarikat milik kaum cina dan Sangkakala tidaklah mengatakan semua syarikat bertindak sebegitu namun kebanyakkannya adalah begitu.

Tetapi lain pula kisahnya jika syarikat tersebut milikkan melayu, kelayakkan diperlukan dan bukannya bahasa menjadi keutamaan, cukuo sekadar fasih berbahasa melayu atau inggeris dan mempunyai kelayakkan yang mencukupi maka sesiapa sahaja layak untuk mendapat pekerjaan.

Tapi Sangkakala memuji pula sikap yang diambil oleh Pergerakan pemuda UMNO Malaysia yang telah berjaya memberikan khidmat mencari peluang pekerjaan kepada anak anak mida yang tidak mengira kaun dan bangsa melalui BN Youth Job Fair yang mana Sangkakala lihat lebih berkesan dalam memberikan peluang pekerjaan.

Tidak perlu memanjat dari satu tingkat ke satu tingkat dari satu pejabat ke satu pejabat, peluang diberikan dihadapan mata dan Sangkakala dapat makluman bahawa ribuan peluang pekerjaan disediakan di setiap karnival tersebut.

Cuma perlu pusing dan pilih mana pekerjaan yang dirasakan sesuai dan terus boleh mendaftar disitu serta ada juga syarikat syarikat yang terus menemuduga peserta atau bakal pekerja di temoat tersebut.

Sangkakala rasa program ini perlu diadakan dengan lebih kerap lagi bagi memberikan kemudahan kepada anak anak muda Malaysia untuk mendaoatkan peluang pekerjaan dan jika itu pun agak menyukarkan mereka, Sangkakala sendiri pun ak au nak cakap apa.

Setiap negeri kalau diikutkan telah dijelajahi oleh sekretariat BN Youth Job Fair ini dan Sangkakala dengar sudah hampir 100 ribu orang telah pun mendapat pekerjaan dan ini membuktikan bahqwa program tersebut berjaya mencapai matlamat.