Selasa, 25 Jun 2013

#hanyadikedah BLOGGER PROBN DIPINGGIRKAN

Sangkakala kesian pulak tengok sorang rakan blogger yang berada di Kedah yang berjuang bermatian matian untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional di negeri tersebut yang selama ini ditakluki oleh pakatan pembangkang.

Setahu Sangkakala ada beberapa orang blogger yang dibayar oleh UMNO dan Barisan Nasional Kedah namun apa yang dilihat ianya hanya permainan penulis semata mata.

Sangkakala tak mau sebut siapa yang dibayar, tapi Sangkakala tau nama blogger yang tidak dibayar oleh kerajaan Kedah sekarang.

Walaupun blogger ni tidak dibayar, namun sampai kini beliau masih lagi membantu untuk menunjukkan imej yang baik kerajaan negeri.

Bagi Sangkakala, Menteri Besar Kedah yang baru, muda dan berfikiran terbuka, mesti beliau tahu apa fungsi media sosial dalam usaha membantu kemenangan Barisan Nasional.

Blogger yang Sangkakala maksudkan ialah blogger http://kedahkekl.blogspot.com.

Kadang kadang kelihatan juga betapa bodohnya blogger ni sebab langsung tak dipandang oleh kerajaan negeri namun masih lagi berjuang dan mereka yang mendapat bayaran pula bersenang lenang dengan hasil yang diperolehi oleh mereka melalui beberapa artikel sahaja yang dikeluarkan sepanjang kempen pilihanraya.

Kalau pembaca kurang percaya atau tidak percaya, boleh buka blog kedahkekl.blogspot dan akan jelas kelihatan disitu betapa hebatnya penulis blog tersebut dalam mempertahankan Barisan Nasional Kedah.

Apalah salahnya kalau kerajaan negeri memberikan sedikit perhatian kepada blogger ini untuk beliau terus berjuang di alam maya.

Dan hentikanlah mereka mereka yang bermuka muka dalam mengatakan mereka ini berjuang untuk kemenangan UMNO Kedah.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: