Sabtu, 8 Jun 2013

@NajibRazak APA DAH JADI DENGAN TERAJU ?? SIAPA TERAJU UTAMA ??

Sangkakala terbaca dalam blog Yuseri
Yusuf yang menulis tentang TERAJU yang mana ianya menyelaras perlaksanaan inisiatif-inisiatif pembangunan ekonomi Bumiputera melalui kerjasama strategik dengan agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Dan apa yang menarik lagi ialah, dalam 25 buah syarikat yang ditugaskan untuk membekal komputer 1Malaysia, 14 daripadanya adalah syarikat milikan bukan Melayu.

Baca dalam link dibawah

http://bit.ly/114iluf

Kalau ini yang berlaku, lebih baik tidak diwujudkan TERAJU ni dalam Malaysia, buat semak kepala je, takde tanda nampak gayanya nak membantu peniaga Melayu pun.

Kalau dah sampai 14 syarikat tu bukan syarikat Melayu, itu Sangkakala lihat seolah olah ada sesuatu yang tak kena.

Ini perlukan lebih perhatian, jangan seperti kata pepatah, harapkan sokong, sokong membawa rebah.

Takut nanti lama lama orang naik meluat dengan cara kepimpinan yang macam ni, letak agensi itu dan ini lama lama semua bagi rosak.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: