Sabtu, 8 Jun 2013

AZIZAN RAZAK LEBIH POPULAR BERBANDING HADI DAN NIK AZIZ

Sangkakala dengar bekas Menteri Besar Kedah yang terlantar sakit, Tan Sri Azizan Razak dianugerahkan dengan pingat Panglima Setia Mahkita yang membawa gelaran Tan Sri dan bekiau juga mencipta sejarah apabila merupakan pemimpin pembangkang pertama yang menerima gelaran tersebut.

Selepas di khabarkan dengan berita gembira tersebut, Azizan dilihat agak sedikit terkejut dan kemudiannya senyum dan ianya sikit sebanyak mengubati hati beliau yang kini masih lagi menggunakan tiub di bahagian tekak yang belum membolehkan beliau untuk bercakap lagi.

Lagu berita lanjut di SINI

Tapi kenapa pada Azizan dan tidak kepada pemimpin pembangkang yang lain? Mungkin Yang Dipertuan Agong dapat mekihat ketelusan Azizan dalam melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar dulu.

Jadi bagaimana pula dengan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Nik Aziz? 

Yang DiPertuan Agung lebih bijak menilai siapa yang harus diberikan pingat kebesaran dan sudah pasti Tuanku juga melihat siapa yang benar benar melaksanakan tugas selama ni.

Apa apa pun, tahniah buat ustaz Azizan yang di anugerahkan dengan pingat tersebut.