Khamis, 27 Jun 2013

@NajibRazak ISU FGV !!! ZAHARIN MAT YASIN DAH JADI KELEMBAI TUA

Sangkakala kadang kadang rasa pelik pun ada bila tengok orang yang dulunya dibela oleh UMNO kini dah mula menghentam kepimpinan UMNO itu sendiri..lain la macam Sangkakala yang sememangnya dari dulu tidak dibela oleh siapa siapa baik kerajaan mahupun pembangkang.

Cuba tengok gambar dibawah..Zaharin Mat Yasin aka Sang Kelembai mengatakan sekiranya CEO FGV Berhad digantikan dengan Dr Mohd Emir Mavani Abdullah sebagai CEO yang baru menggantikan Tan Sri Sabri Ahmad yang akan bersara tak lama lagi akan menunjukkan Perdana Menteri hilang akal.


Alamak atok zaharin..takyah la nak lebih lebih sangat nak kata itu ini tak betul..takkan nak ganti ngan atok zaharin lak sebagai CEO baru..bukan setakat samun je rasanya..malah habis semua segala yang ada dalam FGV tu hancur kena samun..siapa tak kenal ngan Zaharin The Mall yang selama ni pun jadi broker kikis maut punya.

Kalau nak menulis di facebook tu sila perbetulkan perkataan..'KONON' bukan 'KONUN' la..takde istilah perkataan dalam kamus dewan bahasa perkataan 'KONUN' tu..jangan bagi malu kat orang.

Lagi pun..Dr Mohd Emir ada kemahiran dalam pengurusan dan dipilih oleh kepimpinan kerajaan..biar je lah dia jalankan kerja dia..yang macam nak marah tu kenapa pulak? Cemburu sebab orang tu ada kelebihan?

Sudah sudah la Zaharin..tak payah la nak tunjukkan kita ni betul sesangat..sebab kadang kadang kita lebih teruk dari orang tu cuma kita tak nampak.

Maklumlah..lumpur belakang orang kita boleh tengok..taik belakang sendiri kita tak tau..betul tak? Jadi kalau nak komen pasal benda benda macam ni rasa rasanya hentikanlah..kalau satu masa dulu boleh..tapi sekarang zaman dah berubah dan ini bukan 'KONUN' lagi..ini kenyataan yang perlu diterima.

Lagi pun Tan Sri Sabri dah nak pencen..yang dipilih oleh Perdana Menteri tu sudah pasti lah memenuhi syarat yang diinginkan oleh Perdana Menteri dalam memantapkan FGV Holding.

Kang kalau Sangkakala cakap lebih lebih kang ada lak yang terasa atau kata Sangkakala up orang sana nak jatuhkan orang sini..tapi inilah Sangkakala yang sebenar..tidak dibeli oleh sesiapa dan ianya akan kekal begitu insyaallah.

Jadi kepada FGV..Sangkakala nak ucapkan selamat menerima kehadiran orang baru dalam agensi berkenaan..suka tak suka teruskan bekerja kerana anda dibayar sepenuhnya.