Ahad, 30 Jun 2013
#pru13 PSM DISISIH MASIH MAHU BERSAMA PAKATAN
Apa yang kita lihat disini ialah, PSM seolah olah tiada kekuatan tetapi mengharapkan kekuatan daripada pakatan pembangkang untuk meraih sokongan.
Setahu Sangkakala, sebelum pilihanraya lagi sudah ada rundingan tetapi masih belum mendapat kata putus, apakah PSM masih mahu menyorong muka ibarat 'hidung tak mancung pipi terseorong sorong'?
PSM tidak mungkin akan dapat menyertai pakatan pembangkang kerana kita semua mengetahui bahawa pakatan tersebut dimonopoli oleh DAP yang hanya mahu menggunakan parti yang ada kekuatan seperti PAS dan PKR untuk menjadi pemerintah.
Seperti situasi sekarang, DAP dan PAS bersetuju untuk meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dalam parlimen, sedangkan DAP mempunyai kerusi melebih daripada kerusi PKR.
Ini semua ada udang disebalik batu yang mana, apabila atau sekiranya pakatan pembangkang menguasai kerajaan, Anwar akan diletakkan ke tepi kerana sudah diberikan peluang sebagai ketua pembangkang, dan untuk menjadi Perdana Menteri mungkin hanya seketika cuma.
Anwar akan diletakkan atau ditendang ketepi kerana suara majoriti dalam parlimen sudah pasti akan diperolehi oleh DAP sekiranya pakatan pembangkang memerintah dan sekiranya Anwar cuba mengingkari apa yang dikehendakkan oleh DAP, sudah pasti akan ada undi tidak percaya yang akan membunuh karier politik Anwar.
Inilah kelicikan DAP yang dapat dibaca sehingga hari ini, dan berbalik kepada cerita PSM tadi, tidak mungkin pakatan akan menerima kehadiran PSM yang cuma ada sekelumit sokongan ahli.
Adakah PSM akan berjaya? Jawapannya pastilah TIDAK.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
MULA KERJA DARI SEKARANG UNTUK PRU14
@NajibRazak PENULISAN SANGKAKALA DIPERTIKAI
Dan hari ini Sangkakala menerima satu lagi teguran hingga mengatakan bahawa beliau akan menghantar nama Sangkakala untuk dibawa ke lembaga disiplin untuk diambil tindakan.
Persoalannya, adakah kerana Sangkakala orang UMNO maka tangan terikat kelangit dan kaki terpasung dibumi dalam menegur kepimpinan?
Atau adakah kerana Sangkakala ini ahli UMNO maka Sangkakala tidak boleh atau dalam kata lainnya Sangkakala kena tutup mulut dalam memberikan pandangan?
Jika itu yang dimaksudkan, Sangkakala rasa Sangkakala lebih rela keluar daripada UMNO daripada melihat UMNO itu hancur dengan golongan golongan yang mengampu pemimpin hingga membuatkan pemimpin tersebut dipandang serong dan menerima kritikan daripada pembangkang atau dibenci oleh rakyat.
Dan Sangkakala yakin, dengan terkeluarnya Sangkakala daripada UMNO, Sangkakala akan terus mengkritik pemimpin sebab Sangkakala bukanlah lembu yang dicucuk hidungnya dan mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh pemimpin.
Perlu diingat satu perkara, yang mana Sangkakala menulis kerana itu yang Sangkakala rasa, dan kepada mereka yang merasa agak kurang selesa Sangkakala ingatkan juga bahawa penulis seperti Sangkakala akan terus menulis tak kira didalam atau diluar UMNO.
Tapi bila dikatakan Sangkakala jangan sekali kali mengaku bahawa Sangkakala adalah orang UMNO atau pejuang UMNO adakah itu bermaksud Sangkakala perlu berhijrah ke mana mana parti yang bertentangan untuk memperbetulkan apa yang Sangkakala rasa tidak betul dan tidak tepat demi untuk memperjuangkan hak rakyat marhain seperti Sangkakala?
Sangkakala tidak marah atau tidak berasa hati dengan teguran tersebut, kerana setiap orang ada pandangannya yang tersendiri dan begitu juga dengan Sangkakala, tapi jangan sampai gambar jadi terbalik nanti sudahlah, sebab bagi Sangkakala, apabila Sangkakala menghormati kritikan, jangan la sampai kata UMNO bukan kamu punya.
Itu bagi Sangkakala adalah melampau kerana seolah olah mengatakan bahawa UMNO itu kepimpinan yang punya dan hak sebagai ahli dinafikan secara langsung.
Sangkakala ulangi disini bahawa Sangkakala akan terus mengkritik segala perbuatan atau perlakuan yang Sangkakala rasa tidak wajar dilakukan oleh pemimpin UMNO atau Barisan Nasional kerana Sangkakala tidak mempunyai apa apa kepentingan peribadi untuk dipertahankan, cuma yang ada hanya sebuah parti yang semakin hari semakin lemah kedudukannya dimata masyarakat.
Kepada pengkritik pula, Sangkakala harap jangan terlalu mempertahankan pemimpin hingga pemimpin berasa bahawa kedudukan mereka selamat padahal kedudukan mereka umpama telur di hujung tanduk kerana laporan laporan yang tidak tepat dan sikap "yes boss" mereka hingga pemimpin lalai.
Ingat, sayangkan pemimpin perlu ditegur, bukannya diikut secara melulu, kepada mereka yang agak terasa dengan kenyataan Sangkakala ini, terpulang dan kepada yang mengugut untuk membawa nama Sangkakala ke lembaga disiplin atau apa juga lembaga sekali pun silakan, dan Sangkakala ingatkan juga sekali lagi, didalam atau diluar UMNO, Sangkakala TETAP akan menulis dan mengkritik kepimpinan sekiranya kepimpinan itu tidak menepati apa yang rakyat seperti Sangkakala mahukan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sabtu, 29 Jun 2013
@NajibRazak APA KELAYAKKAN AZEEZ RAHIM SEBAGAI CEO TABUNG HAJI ???
Hebat Azeez Rahim ni, tapi tak kisah lah sebab jasa beliau sebagai pemimpin juga tidak kurang hebatnya, tambahan pula beliau adalah salah seorang ahli lembaga dalam Tabung Haji sejak tahun 2011 hingga kini.
Azeez juga menyandang dua jawatan penting dalam anak syarikat Tabung Haji iaitu TH Real Estate LLC sebagai Pengerusi serta ahli lembaga pengarah Theta Edge Berhad sejak tahun 2012.
Jadi tidak mustahil beliau juga mempunyai pengalaman sebagai orang penting dalam pengurusan di Tabung Haji.
Kalau nak diikutkan jasa dan bakti beliau dalam kemasyarakatan, rasanya apa yang dilakukan oleh Azeez tidak mampu dilakukan oleh semua orang dan dengan beberapa misi penting yang dilakukan dengan jayanya oleh beliau jelas juga membuktikan Azeez amat komited dalam menjalankan tanggungjawab serta amanah yang diberikan.
Sebagai contoh, Azeez yang pernah Sangkakala temui satu masa dulu semasa merasmikan mesyuarat pemuda bahagian (rahsia) selepas beliau balik daripada misi kemanusiaan di Jepun selepas di landa tsunami yang mana sebuah loji nuklear yang berada dalam keadaan bahaya pada ketika itu, namun Azeez masih sanggup untuk menawarkan diri pergi memberikan bantuan bagi pihak kerajaan Malaysia.
Dalam pertemuan singkat Sangkakala dengan Azeez, beliau sempat menceritakan tentang beberapa operasi dan Sangkakala sempat bertanya secara bergurau apa yang beliau inginkan sebenarnya dengan memberikan bantuan tersebut? Beliau dengan penuh keyakinan mengatakan bahawa beliau terpanggil untuk memberikan khidmat kerana memikirkan yang diberi bantuan atau diselamatkan itu juga adalah manusia seperti kita dan kita perlu merasakan sekiranya kita duduk ditempat mereka.
Begitu juga dengan bantuan kemanusian bencana Tsunami di Aceh satu masa dulu, beliau pernah menceritakan bahawa Aceh kelihatan seperti padang jarak padang terkukur yang mana dapat dilihat mayat masih bergelimpangan dan hampir membusuk di beberapa kawasan.
Jadi Sangkakala berkeyakinan dengan jasa dan khidmat yang beliau telah tunjukkan dalam setiap operasi tersebut, adalah amat layak untuk meletakkan beliau dalam menggalas tanggungjawab di Tabung Haji.
Tapi jangan le pulak jadi macam Supol yang berada di sebelah Perdana Menteri sekarang ni, langsung tiada pengalaman tapi dah diberikan jawatan tinggi dalam pejabat Perdana Menteri pula tu.
Berbeza dengan Azeez yang tidak menggunakan kabel dalaman, Supol yang menjadi kemegahan Presiden perbadanan Putrajaya sekarang menggunakan kekuatan BIN beliau untuk mendapat jawatan tinggi.
Tahniah kepada Datuk Azeez yang akan menjawat jawatan CEO di Tabung Haji dan insyaallah, beliau akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan amanah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
ISU HAKIM !!! PAKATAN KANTOI LAGI
Let's Talk - BLACKOUT505 bersama Ketua Penerangan SAM1M
Sdr Muhammad Faiz SAM1M turut memberi reaksi mengenai insiden yang telah berlaku pada awal minggu ini di hadapan pintu masuk Parliamen di mana beberapa wakil NGO-NGO berhasrat untuk menyerahkan satu memorandum menyeru agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi meletak jawatan.
http://www.mobtv.my/talkshow-3531.html
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
#pru13 #tolakPR PEMBANGKANG MEMALUKAN DIRI SENDIRI DI PARLIMEN DAN DUN
Jumaat, 28 Jun 2013
CUKUP CUKUPLAH SAHLAN cc @NajibRazak
Sahlan kalah di kawasan sedangkan Barisan Nasional menang di Kedah?
Sahlan kalah kerana rakyat tidak dapat menerima beliau. Ini bukannya kerana faktor undi Cina, tetapi sebab Sahlan memang tidak bagus dan tidak disenangi oleh orang ramai.
Dikhabarkan juga Sahlan kini adalah Pegawai Khas kepada Perdana Menteri. Bukan SUPOL lagi tetapi hanya Pegawai Khas.
Sahlan sebenarnya menjadi salah satu sebab kenapa Perdana Menteri mendapat nama yang agak buruk di kalangan pemimpin UMNO kerana Sahlan ni lebih sudu dari kuah.
Peranan Sahlan dah macam peranan pegawai Pak Lah masa tingkat 4 di kritik dulu. Nampaknya selepas Pak Lah dan tingkat 4 tak ada, pejabat Najib pun dah jadi sama.
Sudah tiba masanya peranan SUPOL dan pegawai-pegawai pejabat Perdana Menteri diperbetulkan semula kerana nampaknya mereka ni dah jadi macam sida-sida Maharaja Cina.
SUPOL dan pegawai Perdana Menteri perlu sedar mereka hanya pegawai kepada Perdana Menteri dan merupakan jambatan di antara Perdana Menteri dengan pemimpin-pemimpin UMNO atau lebih tepat lagi SUPOL dan pegawai-pegawai pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Mereka seharusnya menjadi pemudah cara.
SUPOL dan pegawai PM masih perlu menghormati heirarki. Bukan mengatasi peranan Menteri dan pemimpin UMNO dan BN.
SUPOL dan pegawai-pegawai PM TIDAK WAJAR mempengerusikan mesyuarat. Sebaliknya hanya memberi input sebagai mewakili PM dan menerima input untuk dilaporkan kepada PM.
SUPOL dan pegawai-pegawai PM TIDAK WAJAR mengetuai sebarang operasi, tetapi hanya sebagai salah seorang anggota dalam jawatan kuasa operasi tersebut.
SUPOL dan pegawai PM perlu ingat bahawa dalam jemaah menteri ada Menteri bertanggung jawab dan dalam Majlis Tertinggi ada Pengerusi Biro dan Ahli Majlis Tertinggi yang bertanggungjawab.
Jangan main redah sahaja kerana beberapa sebab. Salah satunya adalah kewajaran untuk menghormati heirarki.
Kalau pegawai PM sendiri gagal menghormati Menteri dan pemimpin UMNO, jangan kita harapkan orang lain akan menghormati Menteri dan pemimpin UMNO.
Sebab kedua yang paling penting adalah akauntabiliti. SUPOL dan pegawai Perdana Menteri tidak menentukan dasar, tetapi Menteri dan Pengerusi Biro akan menentukan dasar organisasi yang diketuai.
Bila semua berjalan dengan lancar, tidak mengapa. Tetapi bila berlaku sesuatu masalah, siapa yang akan dipersalahkan dan dipertanggung jawabkan? Siapa yang akan membawa laporan ke kabinet dan mesyuarat Majlis Tertinggi? Siapa pula yang akan menjawab di Parlimen?
Bukan SUPOL dan pegawai PM, tetapi Menteri dan Pengerusi Biro atau Ahli Majlis Tertinggi.
Bila ada masalah SUPOL dan pegawai PM akan meyorokkan diri. Kalau berjaya mereka yang akan claim mileage lebih-lebih walaupun tak buat apa sangat.
Sudah sampai masanya supaya pentadbiran dalam pejabat PM dibetulkan semua. Jangan ulangi kesilapan zaman tingkat 4 dan sebelum PRU13.
SUPOL dan pegawai PM tolong hormat Menteri dan Ahli Majlis Tertinggi, sebab jawatan korang hanya dilantik oleh pemimpin yang kami pilih, dan tolonglah, jangan nak melebih lebih lak.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
KANAK KANAK DIBAKAR DALAM OVEN - HANYA KERANA BERNAMA AISYAH
Kekejaman Syiah ini dilakukan hanya semata mata kerana anak kecil berusia 3 tahun itu dinamakan sebagai Aisyah..
Klik gambar dibawah untuk video kekejaman ini
klik gambar untk video |
Khamis, 27 Jun 2013
#blackout505 ANWAR MAKIN TERTEKAN DALAM POLITIK
Hari ini bekas pengasas PKR telah mendedahkan bahawa fitnah Anwar terhadap Perdana Menteri dengan melibatkan beliau dengan pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Sharibu adalah salah satu agenda Anwar untuk membunuh karektor politik Perdana Menteri.
Beberapa minggu lalu heboh diperkatakan bahawa ada dikalangan pengikut Anwar telah menawarkan sejumlah wang kepada Koperal Sirul yang terlibat dengan pembunuhan tersebut supaya mengakui bahawa beliau (Sirul) menerima arahan dari Perdana Menteri untuk melakukan pembunuhan tersebut.
Nampak gayanya Anwar kini dalam dilema kerana tidak berjaya membawa pakatan pembangkang untuk menjadi kerajaan Malaysia dan beliau kini telah menggunakan kaedah sogokan dalam usaha untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri.
Mungkin juga Anwar terpaksa melakukan semua pembohongan serta fitnah tersebut kerana janji janji beliau terhadap pemimpin pakatan pembangkang yang begitu mengharapkan kehadiran beliau ke dalam parti pembangkang membolehkan PKR, DAP dan PAS menerajui negara dan perkara tersebut dilihat sudah mempunyai harapan yang gelap dan tidak mustahil pemimpin pembangkang kini merasakan Anwar hanya mampu untuk melafazkan janji tetapi tidak mampu untuk menunaikannya.
Begitu juga dengan pelabur pelabur dari luar yang dikatakan telah menaja Anwar untuk menjadi Perdana Menteri kini sudah mula hilang keyakinan terhadap beliau.
Penolakan oleh rakyat Malaysia terhadap kepimpinan pembangkang yang diketuai oleh Anwar juga dilihat membolehkan pembangkang kehilangan terutamanya Anwar kehilangan populariti daripada penyokong dan pelabur pelabur ini.
Apa lagi yang Anwar harapkan daripada kemungkinan beliau untuk menjadi Perdana Menteri sedangkan majoriti rakyat Malaysia menolak kepimpinan beliau dan salah satu bukti pula yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia serta pengikut pakatan pembangkang ialah melalui himpunan blackout505 di padang merbok Kuala Lumpur baru baru ini yang hanya dihadiri oleh tidak sampai 10 ribu orang.
#HanyaDiKedah AHMAD BASHAH ADA ANAK TIRI ???
Dalam artikel tersebut..Sangkakala juga ada melihat bahawa BraderJai telah menyentuh nama seorang blogger yang dikatakan mendapat imbuhan yang agak tinggi dalam kempen PRU yang lalu.
Blogger yang didakwa dibela oleh Bashah rupanya hanya mengeluarkan beberapa artikel tentang kerajaan pembangkang negeri itu sepanjang tempoh kempen pilihanraya umum yang lalu dan si blogger anak tiri ini pula telah mengeluarkan lebih banyak artikel tentang kerajaan pembangkang yang memerintah pada ketika itu.
Baca artikel menarik tentang blogger anak tiri ini DISINI
Dah baca? Sangkakala harap akan ada perubahan selepas ini..janganlah kita terlupa untuk mengenang siapa pejuang yang sebenarnya.
@NajibRazak CINA TAK MAHU MENGAKU !!! KERIS DIPERSALAHKAN
Sangkakala rasa Liew jangan la nak menegakkan benang yang basah dengan mengatakan bahawa ianya berpunca daripada keris atau sebagainya, keris itu cuma lambang kemegahan orang Melayu dan simbol kebangkitan orang Melayu..kenapa itu yang dipersoalkan.
Kenapa beliau tidak mahu mengatakan bahawa kaum cina sudah termakan dakyah bahawa mereka (CINA) sudah begitu hampir untuk menjadi pemerintah atau kerajaan dan sememangnya itu yang mereka mahukan.
Soal keris sebenarnya adalah cara untuk menutup isu semata mata dan ianya Sangkakala lihat amat menjengkelkan dan alasan bodoh semata mata yang diberikan oleh Liew.
Kaum Cina sebenarnya merasakan bahawa mereka mampu untuk menjadi pemerintah setelah apa yang berlaku di Negeri Perak dimana..walaupun wakil daripada PAS yang menjadi Menteri Besar..tapi ianya dikuasai oleh DAP yang mewakili kaum Cina.
Bermula dari titik tolak itu..mereka (CINA) merasakan bahawa kemampuan untuk mereka memerintah secara belakang tabir bermula..dan tidak mustahil jika mereka mendesak untuk menukar perlembagaan negara jika Pakatan Pembangkang manjadi kerajaan pada hari ini.
Bukan Sangkakala rasis atau perkauman..tapi perkara ini perlu disedari oleh semua rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu bahawa kaum cina hari ini merasakan bahawa mereka mampu untuk menjadi pemerintah dengan bantuan orang Melayu yang menjadi pengikut pakatan pembangkang dan dengan sebab itu jugalah slogan 'INIKALILAH' dikeluarkan oleh mereka.
Kerana apa mereka mengeluarkan slogan ini? Kerana mereka sudah digula gulakan bahawa mereka (pembangkang) akan memenangi pilihanraya kali ini namun perkara itu dinafikan oleh orang orang Melayu yang masih menyokong kerajaan Barisan Nasional yang dinaungi oleh UMNO.
Ianya juga dengan sokongan segelintir kaum Cina yang tahu tentang agenda DAP yang sudah pasti akan menyusahkan bukan sahaja orang Melayu malah segelintir kaum Cina juga kaum India..dan diatas kesedaran ini juga segelintir daripada kaum cina masih lagi menyokong Barisan Nasional.
Berbalik kepada isu keris tadi, walaupun Hishamuddin mengeluarkan lembing CINA pada ketika itu..situasi ini tetap akan berlaku dan alasan lain akan diberikan pula oleh mereka..mungkin alasan menghina kaum Cina pula akan dikeluarkan..itu juga tidak mustahil bukan?
@NajibRazak ISU FGV !!! ZAHARIN MAT YASIN DAH JADI KELEMBAI TUA
Rabu, 26 Jun 2013
JONKER WALK !!! KENAPA TONY PHUA YANG LEBIH ???
Tony Phua juga tidak ketinggalan dalam mengkritik kepimpinan Datuk Wira Idris Haron dalam isu penutupan tersebut.
Tapi kenapa Tony Phua beriya sangat mempertahankan JonkerWalk? Sebab rata rata peniaga dikawasan tersebut adalah terdiri dari kaum cina? Begitu? Takkan sampai begitu rasis sekali Tony Phua dalam isu perniagaan ini atau sememangnya beliau terlalu rasis selama ini?
Para peniaga melayu di Pulau Pinang yang tidak dibenarkan berniaga sebelum pukul 12 malam macam mana pulak? Takkan taknak cakap apa apa.
Jelas dapat kita lihat bukan? Tony Phua menunjukkan siapa diri beliau..kalau cina yag dikenakan tindakan seumpama itu..mula lah mereka ini akan menyalak..tapi bila melayu yang dianiaya seperti itu..semua buat buta atau tidak nampak.
Sangkakala ucapkan tahniah kepada kerajaan Melaka kerana menutup kawasan tersebut kerana ianya menjadi tempat barangan tiruan atau cetak rompak diniagakan disampin para peniaga yang tidak mempunyai lesen perniagaan.
psssttt...Melaka dah buat..wilayah bila pulak? Petaling street tu pun sama juga keadaannya..tutup je senang.
@NajibRazak @azwanbro GOLONGAN BELIA PERLU TERLIBAT DALAM MAKMAL POLITI
Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Perak, menyahut baik hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam menubuhkan makmal politik.
Pengerusinya, Khairul Azwan Harun bagaimanapun turut mencadangkan agar golongan belia diberi peluang untuk terlibat secara langsung aktiviti makmal politik berkenaan.
"Jadi apabila perdana menteri bersetuju untuk menubuhkan makmal di Dewan Tertinggi BN maka saya merasakan elok juga sekiranya melibtkan generasi muda yang datang daripada pelbagai lapisan masyarakat, dari bandar dan luar bandar sama-sama terlibat dalam proses kajian dan penelitian.
"Kita jadikan makmal ini tempat untuk memdengar nasihat serta pandangan supaya sama-sama kita dapat hasilkan satu input yg baik untuk BN,"katanya ketika mengulas mengenai penubuhan Makmal Politik oleh Presiden BN semalam.
Khairul Azwan berkata lagi, penubuhan makmal kajian ini sebenarnya satu pendekatan yang cukup baik dalam usaha untuk memastikan parti berkenaan terus relevan.
Malah katanya, kejayaan daripada penubuhan makmal-makmal lain sebelum ini telah pun dicapai serta dinikmati oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini.
"Sebagai contoh program-program transformasi ekonomi, transformasi kerajaan , transformasi politik ini semua adalah hasil daripada perancangan oleh makmal kajian," katanya lagi.
Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan untuk menububkan makmal politik bagi memastikan parti itu terus relevan kepada rakyat.
Semalam, Najib berkata Dewan Tertinggi BN memutuskan penubuhan makmal politik bulan depan untuk membuat cadangan khusus mengenai perubahan yang perlu dilakukan kepada parti gabungan itu.
Makmal berkenaan akan melihat sama ada perubahan itu melibatkan struktur, penjenamaan atau dasar BN atau ketiga-tiganya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
@NajibRazak NAZRI AZIZ JANGAN SESEKALI MELAMPAUI BATAS
Selasa, 25 Jun 2013
@NajibRazak @razaliibrahim PERTELINGKAHAN ANTARA BLOGGER DENGAN BTN
Apa yang Sangkakala lihat didalam pertelingkahan tersebut adalah tidak lebih daripada pertelingkahan akibat dendam dan ianya sudah boleh dikirakan agak lama juga.
Yang sebenarnya, perkara ini boleh memalukan kepimpinan kerajaan itu sendiri seolah olah kerajaan tidak pandai menguruskan sebuah biro di bawahnya sebagai sebuah ejensi yang bertanggungjawab.
Sangkakala juga melihat para para blogger ini akan meneruskan dendam mereka selagi tidak memperolehi sesuatu yang mereka inginkan dan jalan penyelesaian yang Sangkakala lihat disini ialah dengan mengeluarkan Ketua Pengarah Biro Tata Negara iaitu Datuk Raja Arif yang mana beliau dilihat selalu dan acap kali menjadi sasaran blogger blogger tersebut.
Satu lagi yang Sangkakala lihat, cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan mengeluarkan seorang pegawai yang dinamakan sebagai PASBERUK yang juga merupakan seorang penulis blog.
Jika kedua dua orang ini tidak lagi terlibat didalam Biro Tata Negara, Sangkakala amat yakin bahawa kemelut yang melanda dan pertelingkahan yang menghantui Biro ini akan dapat diselesaikan.
Sangkakala keluarkan juga disini kenapa mesti dua orang dalam Biro ini mesti dikeluarkan.
Datuk Raja Arif yang memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Biro tersebut dilihat tidak lagi mampu untuk memberikan komitment beliau di dalam biro memandangkan blogger blogger ini yang satu masa dulu diibaratkan sebagai anak emas telah menjadi racun kepada beliau dan kenapa perkara ini terjadi?
Satu masa dulu, Raja Arif dilihat amat kuat memberikan sumber kewangan kepada blogger blogger ini melalui beberapa program besar yang sudah pastilah melibatkan kos yang agak besar juga dan seperti kata pepatah, besar kawah masa besarlah keraknya.
Disini jelas kesilapan Datuk Raja Arif iaitu menajamkan keris tanpa mengira dimana hulu dan dimana hujungnya atau dengan kata lain, memberikan bajet untuksatu satu program tanpa mengira dimana hala tujunya, itu adalah kesilapan besar kepada pemimpin nombor satu Biro Tata Negara tersebut.
Baik, sekarang kita beralih pula kepada pegawai yang dinamakan sebagai PASBERUK pula.
Pegawai ini begitu marah terhadap Ketua Pengarah BTN apabila beliau telah ditukarkan kekawasan pedalaman kalau tak silap Sangkakala di salah sebuah kawasan pedalaman di negeri Pahang.
Ekoran dari penukaran tersebut, beliau dikatakan telah menggunakan khidmat beberapa orang rakan blogger untuk menghentam kepimpinan Raja Arif seterusnya mencemarkan nama baik Biro tersebut.
Jadi disini Sangkakala lihat selagi ada kedua dua orang ini dalam BTN, maka nama baik BTN akan terus tercemar dan segala apa juga usaha untuk menaik taraf Biro tersebut akan terganggu.
Jadi bagi Sangkakala adalah lebih sesuai jika kedua dua mereka dikeluarkan serentak dari dalam BTN supaya tidak akan ada lagi sesiapa yang merasa dengki atau marah atau melakukan program program yang memakan diri dalam BTN.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
@NajibRazak WARGA INDIA PEROLEHI KP DENGAN MENIPU
Peer Mohammed Kadir yang dilahirkan di Chennai India dikatakan telah memperolehi kad pengenalan tersebut dengan bantuan bapa saudara beliau disiasat oleh pihak RCI mengatakan bapa saudara beliau memperolehkan kad pengenalan tersebut dengan menggunakan surat akuan sumpah.
Beliau juga dikatakan telah menganggotai pasukan ikatan relawan rakyat Malaysia dan pernah mengundi beberapa kali serta beliau juga adalah penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia.
Sangkakala rasa mesti pembangkang mengatakan bahawa ianya menunjukkan bahawa itu adalah salah kerajaan Malaysia yang telah memberikan kad pengenalan sebagai warganegara Malaysia yang sah.
Cuma ada satu yang pembangkang terlepas pandang jika mereka menyalahkan pihak kerajaan dalam isu tersebut dimana, dalam artikel tersebut ada menyatakan bahawa pakcik kepada Peer Muhammed menggunakan surat akuan sumpah untuk mendapatkan kad pengenalan bagi pihak beliau.
Tetapi adakah surat akuan sumpah tersebut dibaca isi kandungannya? Dan adakah surat akuan sumpah tersebut di bawa sekali semasa sessi soal siasat dijalankan? Sudah pasti ianya tidak dibawa dan tidak ditunjukkan oleh Peer Muhammed kepada pihak RCI kerana perkara tersebut telah berlaku hampir 20 tahun lalu.
Sangkakala dapat mengagak apa isi kandunagn surat akuan sumpah tersebut dimana kemungkinan besar dalam surat akuan sumpah itu ada menyebut bahawa pakcik kepada Peer Muhammed telah mengatakan bahawa beliau (Peer) telah lahir di Sabah dan tidak didaftarkan kelahiran beliau di negeri tersebut, dan perlu kita ingat bahawa dalam tahun 1984 sistem talian terus atau online system masih belum wujud lagi apatah lagi ianya berlaku di Sabah.
Jadi untuk menguatkan hujah pakcik kepada Peer Muhammed bahawa Peer lahir di Sabah beliau perlu membuat surat akuan sumpah dan apabila surat tersebut diperolehi maka pihak jabatan pendaftaran mempunyai keyakinan yang kukuh dan bukti sahih bahawa Peer lahir di Malaysia.
Ini juga bermakna bahawa pakcik kepada Peer Muhammed telah menipu pihak kerajaan dengan mengadakan surat akuan sumpah tersebut dalam usaha untuk mendapatkan kad pengenalan tersebut.
Dalam sisatan tersebut juga, hanya dikatakan bahawa beliau mendapatkan kad pengenalan tersebut dengan surat akuan sumpah tetapi beliau tidak sesekali menyebut bahawa beliau mendapatkan kad pengenalan tersebut menggunakan kabel atau kenalan seperti menteri atau sebagainya.
Jadi disini Sangkakala lihat ianya tidak wajar sama sekali untuk menyalahkan pihak kerajaan dalam isu tersebut dan orang yang paling tepat untuk dipersalahkan dan didakwa mengikut peruntukan undang undang yang ada adalah pakcik kepada Peer Muhammed yang mana secara jelas beliau yang telah memanipulasi surat akuan sumpah untuk mendapatkan kad pengenalan tersebut.
Jadi Sangkakala menyarankan supaya pihak kerajaan mengambil tindakan keatas bapa saudara Peer (sekiranya masih hidup) dan perkara ini perlu dibawa ke muka pengadilan dan kewarganegaraan Peer boleh ditarik semula oleh pihak kerajaan.
Walaupun beliau dikatakan telah beberapa kali keluar mengundi, namun itu tidak boleh membuktikan bahawa beliau mengundi pihak kerajaan, dan ada kemungkinan beliau mengundi pakatan pembangkang kerana undi itu adalah rahsia setiap individu dan siapa pun tidak boleh untuk mengesahkan perkara tersebut.
Dan kepada pembangkang, Sangkakala nak nasihatkan, kalau nak buat pertuduhan tu agak agak la sikit, jangan main terjah semacam je.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
BLOGGER PROBN MUSNAHKAN PARTI DARI DALAM ???
#blackout505 HUSAM MUSA TARIK NAFAS LEGA
Husam yang ditahan pada hari sabtu lepas di Kampung Pandan Kuala Lumpur telah dibawa ke IPD Kota Bharu atas dakwaan menghasut orang ramai untuk hadir ke himpunan blackout 505 di Padang Merbok dan didalam harakah pula beliau ada menyebut bahawa sekiranya sesiapa yang pergi ke himpunan tersebut dan ditakdirkan mati insyaallah mereka dikira syahid.
Ini satu kenyataan berat yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin kanan dalam sebuah parti politik apatah lagi beliau mewakili sebuah parti yang mengatakan bahawa mereka adalah parti Islam.
Seperti yang Sangkakala katakan dalam artikel berkenaan penangkapan Husam baru baru ini, kenyataan beliau boleh mencetuskan huru hara sama macam yang pernah dikeluarkan oleh Haji Hadi dalama amanat beliau sehingga mencetuskan tragedi Memali kira kira 30 tahun dulu di Kedah yang mana ianya melibatkan kematian pengikut Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya.
Kenyataan Husam itu juga seolah olah satu fatwa yang dikeluarkan oleh pemimpin kanan PAS yang menjurus ke arah pertempuran diantara para peserta demonstrasi dengan pasukan keselamatan dan ini adalah sesuatu yang sangat bahaya.
Husam seharusnya bertanggungjawab dengan kenyataan beliau tersebut dan sepertimana yang kita tahu bahawa, pemimpin PAS yang datang semasa himpunan baru baru ini adalah dikalangan pemimpin yang sukakan rusuhan seperti Mat Sabu dan Nik Abduh.
Sedangkan, pemimpin pemimpin lain dalam PAS seperti Hadi Awang dan yang lain lain tidak menghadirkan diri dan besar kemungkinan mereka ini sudah mula letih dengan sikap Anwar yang suka berpura pura.
Berbalik kepada Husam, beliau dikatakan diikat jamin dan ianya bertahan selama sebulan dan dalam tempoh masa tersebut, pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap kenyataan beliau dan pihak polis boleh melakukan pendakwaan jika sabit kesalahan.
Walau pun lega sebab dibebaskan, tapi itu tidak bermaksud lega selama lamanya sebab kenyataan yang berbaur hasutan itu sudahpun dikeluarkan oleh Husam, cuma cara dan akta mana beliau akan didakwa itu terserah kepada pihak polis.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
#hanyadikedah BLOGGER PROBN DIPINGGIRKAN
Setahu Sangkakala ada beberapa orang blogger yang dibayar oleh UMNO dan Barisan Nasional Kedah namun apa yang dilihat ianya hanya permainan penulis semata mata.
Sangkakala tak mau sebut siapa yang dibayar, tapi Sangkakala tau nama blogger yang tidak dibayar oleh kerajaan Kedah sekarang.
Walaupun blogger ni tidak dibayar, namun sampai kini beliau masih lagi membantu untuk menunjukkan imej yang baik kerajaan negeri.
Bagi Sangkakala, Menteri Besar Kedah yang baru, muda dan berfikiran terbuka, mesti beliau tahu apa fungsi media sosial dalam usaha membantu kemenangan Barisan Nasional.
Blogger yang Sangkakala maksudkan ialah blogger http://kedahkekl.blogspot.com.
Kadang kadang kelihatan juga betapa bodohnya blogger ni sebab langsung tak dipandang oleh kerajaan negeri namun masih lagi berjuang dan mereka yang mendapat bayaran pula bersenang lenang dengan hasil yang diperolehi oleh mereka melalui beberapa artikel sahaja yang dikeluarkan sepanjang kempen pilihanraya.
Kalau pembaca kurang percaya atau tidak percaya, boleh buka blog kedahkekl.blogspot dan akan jelas kelihatan disitu betapa hebatnya penulis blog tersebut dalam mempertahankan Barisan Nasional Kedah.
Apalah salahnya kalau kerajaan negeri memberikan sedikit perhatian kepada blogger ini untuk beliau terus berjuang di alam maya.
Dan hentikanlah mereka mereka yang bermuka muka dalam mengatakan mereka ini berjuang untuk kemenangan UMNO Kedah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Isnin, 24 Jun 2013
#blackout505 AKHIRNYA PENGIKUT PAKATAN DIKENCING JUGA
#blackout505 #kl622 ADAM ADLI KENA SERGAH TERUS TERKUCIL
PANAS !! JANDA KETAGIH MEROYAN LAGI
#blackout505 KENYATAAN KETUA POLIS KUALA KUMPUR
#blackout505 ANWAR IBRAHIM BERSUKA RIA
Bila diluar beriya sangat nak buat itu ii dekat Perdana Menteri, tapi bila dah bertemu semuanya diam seribu bahasa.
Cuba kita bagi pecacai pakatan tengok gambar diatas..ianya sudah pasti akan menjadi perhatian apabila dengan jelas bahawa hubungan Anwar Ibrahim serta kabinet tidak bermasalah.
Jadi apa guna mereka ini berjuang untuk mempertahankan pemimpin mereka yang tidak membawa kebaikan selama ini.m
#blackout505 #kl622 GAMBAR ANGGOTA POLIS YANG CEDERA DIPUKUL
#kl622 #pdgmerbok ANWAR DAH BOSAN BERHIMPUN
@NajibRazak BLOGGER NAK HANTAR MODUL BARU UNTUK BTN
#blackout505 #kk622 ANWAR HINA ORANG MELAYU
Ahad, 23 Jun 2013
#blackout505 #kl622 SINDROM PENAT ATAU MELUAT
#blackout505 #kl622 APA DAH JADI DENGAN PENGIKUT PR NI ???
#blackout505 #kl622 HUSAM MENYESAL TERLEPAS CAKAP
#blackout505 #kl622 PEMIMPIN PEMBANGKANG DIBURU
#blackout505 #kl622 DBKL KELUARKAN NOTIS AMARAN
MUAR DIISYTIHAR DARURAT
Muar kini mencapai Indeks Pencemaran Udara (IPU) 750 adalah ditahap merbahaya untuk kesihatan.
Langkah ini mungkin adalah satu langkah yang tepat demi menjaga kesihatan penduduk dikawasan yang terbabit memandangkan dengan IPU yang begitu tinggi, risiko untuk mendapat pelbagai penyakit berkaitan dengan pernafasan amat tinggi.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
#blackout505 #kl622 SIBERTROOPER PAKATAN KANTOI
#blackout505 BUKTI PESERTA DEMO MULAKAN SERANGAN #kl622
Klik disini |
Sabtu, 22 Jun 2013
#blackout505 #kl622 RAFIZI RAMLI KECEWA DENGAN HIMPUNAN
#blackout505 #kl622 AMOI TUNJUK LURAH DALAM DEMO
#blackout505 #KL622 PEGAWAI DBKL DIBELASAH OLEH PENDEMO
Suka hati mak bapak dia je nak buat macam mana pun kan? Untuk makluman jepada pemimpin pakatan pembangkang. .dah kalah tu sudah la..tak payah la nak tegakkan benang yang basah lagi..bawa bertenang.
#kl622 #505 VIDEO UNIT AMAL BERTEMPUR DENGAN POLIS
#KL622 @tunfaisal @PDRMsia HIMPUNAN SANTAI PAKATAN PEMBANGKANG
Ada beberapa blog pro pembangkang telah mengeluarkan artikel bahawa sudah lebih 10 ribu orang berkumpul hanyalah permainan semata mata.
Apa yang Sangkakala lihat dari jam 10 pagi tadi sehingga artikel ini dikeluarkan untuk mengumpulkan 5 ribu orang pun masih belum mampu lagi.
Himpunan yang Sangkakala lihat lebih kepada himpunan pasar malam ini kelihatan seumpama orang verkelah di teoi pantai dan ada juga yang dilihat sudah mula meninggalkan Padang Merbok pada waktu ini.
Ini adalah sesuatu yang amat luar biasa pada Sangkakala kerana alau dulu para peserta akan berkumpul tidak berganjak dari satu satu tempat himpunan.
Adakah ini merupakan tanda bahawa kemaraan pakatan pembangkang kini sudah mula berakhir tambahan pula dengan kenyataan kenyataan yang dikeluarkan oleh salah satu parti bersekutu (PAS) yang tidak membenarkan para pengikutnya untuj turut serta dalam himpunan kali ini melainkan hanya Mat Sabu serta Husam Musa sahaja yang masih beriya iya untuk mengerah tenaga dari PAS.
Pakatan Pembangkang sudah mula kehilangan kuku dan taring ungin disebabkan pengikut sudah muak dengan himpunan himpunan yang diadakan dan mungkin juga sudah mula yang mengesan penipuan demi penipuan dalam pakatan pembangkang sekarang.
#505 HIMPUNAN KEGAGALAN PAKATAN PEMBANGKANG
@NajibRazak PRODUK KHAIRUN ASEH KINI DIPASARAN
Jumaat, 21 Jun 2013
@NajibRazak KHAIRUN ASEH DAH INSAF
GUAN ENG BERTAMBAH PENING DENGAN MUKHRIZ
Beliau berkata surat yang akan dihantar dalam tempoh terdekat itu adalah proses permulaan bagi membincangkan isu tersebut sebelum rundingan dibuat antara kedua-dua kerajaan negeri .
Beliau berkata sebelum ini kerajaan negeri pimpinan PAS telah menghantar surat sama kepada Pulau Pinang tetapi ia hanya melibatkan Exco kerajaan negeri sahaja dan tidak sampai kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
"Saya akan lihat balik (mengenai permohonan terdahulu) dan kita akan lanjutkan perkara itu. Saya tak mahu politikkan isu air ini.
"Saya akan pastikan permohonan isu penjualan air kepada Pulau Pinang mengikut lunas-lunas perundangan dan akan berbincang perkara tersebut dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)dan Penasihat Undang-undang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Semula Rumah-rumah Siap Dibaik pulih di Wisma Umno Jerlun di bahagian itu hari ini.
Mukhriz berkata beliau turut berterima kasih kepada bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang menyokong tindakannya untun meneruskan tuntutan pembayaran air mentah.
Kenyataan Phahrolrazi dalam sebuah akhbar menyifatkan penjualan air mentah kepada Pulau Pinang bukan bersifat politik tetapi berdasarkan hak dan kawajaran negeri ini mendapat bayaran menerusi penjagaan sumber air mentahnya.
Mukhriz berkata pihaknya juga mahu mendengar jawapan daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi membolehkan isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik.
"Sebelum ini seorang Exco Pulau Pinang yang mewakili DAP dalam sidang Dewan Undangan Negeri telah mengemukakan isu tersebut dan mahu dibawa ke Parlimen untuk mendapatkan jawapan dari kementerian terlibat.
"Saya menantikan jawapan yang bakal diberikan oleh kementerian tersebut," katanya.
-Bernama
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone