Tapi sepertimana biasa, sibertrooper pakatan pembangkang akan menidakkan perkara tersebut dengan meminda setiap gambar yang mereka perolehi, tapi sesiapa juga yang hadir ke Padang Merbok sudah pasti dapat meramal berapa kehadiran siang tadi di kawasan tersebut.
Dalam perkiraan Sangkakala, kehadiran di Padang Merbok siang tadi tidak lebih daripada 10 ribu orang kerana jika dikumpul semua yang duduk di tepi tepi padang, ianya masih belum mampu untuk memenuhkan keseluruhan padang dan sibertrooper pakatan pembangkang amat bijak dengan mengambil gambar dikawasan yang padat dengan para peserta himpunan sedangkan banyak lagi kawasan yang masih kosong di setiap tempat.
Satu lagi yang menampakkan bahawa pakatan pembangkang dan penganjur himpunan mula risau akan ketidak hadiran paserta, jelas mereka sanggup untuk membawa kaum asli dari Tapah demi untuk menunjukkan bahawa mereka mendapat sokongan dari semua kaum.
Sangkakala amat yakin bahawa kaum asli yang dibawa oleh mereka sebenarnya tidak tahu apa apa, mungkin kalau ada pun yang mengikut pakatan pembangkang cuma 1 atau 2 orang dan yang selebihnya hanya mengikut rombongan ke Kuala Lumpur.
Sebab Sangkakala juga biasa bergaul dengan orang orang dari kaum asli, mereka ini sebenarnya amat setia dengan kerajaan dan biasanya mereka ini akan mengikut ketua kampung, cuma mungkin kali ini mereka dijanjikan dengan duit dan dibawa berjalan jalan ke Kuala Lumpur jadi oleh itu mereka pun turut serta tanpa mengetahui niat pembawa mereka yang sebenar.
Cuba lihat gambar yang diatas, dari riak muka sahaja kita dapat mengagak bahawa mereka ini tidak mencampuri urusan politik dan kalau ada sekalipun, mereka ini tidak tahu apa apa tentang politik cuma sekadar mengikut sahaja.
Mereka ini didatangkan khas dari Kampung Kuala Woh, Tapah Perak dimana kawasan ini juga adalah kawasan perkelahan yang boleh dikatakan terkenal di negeri Perak dan selalu menjadi tempat persinggahan para pelancong sebelum mereka naik ke Tanah Tinggi Cameron.
Tapi ada satu cerita yang agak melucukan dimana sekiranya perkara ini berlaku keatas himpunan yang dilakukan oleh UMNO, sudah pasti ianya akan menjadi bahan ejekan dan menjadi bahan ketawa pakatan pembangkang hingga mereka berguling guling dan hari ini jelas perkara sama telah berlaku kepada mereka.
Rakan blogger Sangkakala tadi juga sempat merakamkan beberapa keping gambar yang menunjukkan bahawa mereka juga mengimport orang dari Indonesia sebagai peserta himpunan, tunggu nanti akan ada artikel berkenaan dengan itu.
Cuma yang ada pada Sangkakala hanya gambar yang menunjukkan bahawa ada pasangan barat yang memakai baju blackout 505, tahu kah mereka tentang apa tujuan himpunan tersebut atau mereka ini sendiri tidak tahu apa apa tentang himounan tersebut atau mungkin juga itu adalah pengundi hantu yang diimport oleh pakatan pembangkang untuk mengundi mereka baru baru ini.
Apa apa pun Rafizi Ramli sudah pasti kecewa dengan apa yang terjadi dalan himpunan pada hari ii kerana kehadiran amat mengecewakan, dan sudah pasti selepas ini Rafizi akan merancang strategi baru untuk menebus maruah beliau yang telah tercalar pada hari ini.
Sehingga itu Sangkakala ucapkan tahniah kepada semua rakyat Malaysia yang tidak menyertai himpunan tadi dan Sangkakala amat percaya bahawa seluruh rakyat Malaysia mahukan keamanan serta kedamaian.