Ahad, 30 Jun 2013

@NajibRazak PENULISAN SANGKAKALA DIPERTIKAI

Setelah menulis beberapa kali seolah olah menghentam kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, Sangkakala telah menerima teguran oleh seseorang yang meminta Sangkakala supaya tidak mengatakan yang Sangkakala adalah orang UMNO atau Barisan Nasional.

Dan hari ini Sangkakala menerima satu lagi teguran hingga mengatakan bahawa beliau akan menghantar nama Sangkakala untuk dibawa ke lembaga disiplin untuk diambil tindakan.

Persoalannya, adakah kerana Sangkakala orang UMNO maka tangan terikat kelangit dan kaki terpasung dibumi dalam menegur kepimpinan?

Atau adakah kerana Sangkakala ini ahli UMNO maka Sangkakala tidak boleh atau dalam kata lainnya Sangkakala kena tutup mulut dalam memberikan pandangan?

Jika itu yang dimaksudkan, Sangkakala rasa Sangkakala lebih rela keluar daripada UMNO daripada melihat UMNO itu hancur dengan golongan golongan yang mengampu pemimpin hingga membuatkan pemimpin tersebut dipandang serong dan menerima kritikan daripada pembangkang atau dibenci oleh rakyat.

Dan Sangkakala yakin, dengan terkeluarnya Sangkakala daripada UMNO, Sangkakala akan terus mengkritik pemimpin sebab Sangkakala bukanlah lembu yang dicucuk hidungnya dan mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh pemimpin.

Perlu diingat satu perkara, yang mana Sangkakala menulis kerana itu yang Sangkakala rasa, dan kepada mereka yang merasa agak kurang selesa Sangkakala ingatkan juga bahawa penulis seperti Sangkakala akan terus menulis tak kira didalam atau diluar UMNO.

Tapi bila dikatakan Sangkakala jangan sekali kali mengaku bahawa Sangkakala adalah orang UMNO atau pejuang UMNO adakah itu bermaksud Sangkakala perlu berhijrah ke mana mana parti yang bertentangan untuk memperbetulkan apa yang Sangkakala rasa tidak betul dan tidak tepat demi untuk memperjuangkan hak rakyat marhain seperti Sangkakala?

Sangkakala tidak marah atau tidak berasa hati dengan teguran tersebut, kerana setiap orang ada pandangannya yang tersendiri dan begitu juga dengan Sangkakala, tapi jangan sampai gambar jadi terbalik nanti sudahlah, sebab bagi Sangkakala, apabila Sangkakala menghormati kritikan, jangan la sampai kata UMNO bukan kamu punya.

Itu bagi Sangkakala adalah melampau kerana seolah olah mengatakan bahawa UMNO itu kepimpinan yang punya dan hak sebagai ahli dinafikan secara langsung.

Sangkakala ulangi disini bahawa Sangkakala akan terus mengkritik segala perbuatan atau perlakuan yang Sangkakala rasa tidak wajar dilakukan oleh pemimpin UMNO atau Barisan Nasional kerana Sangkakala tidak mempunyai apa apa kepentingan peribadi untuk dipertahankan, cuma yang ada hanya sebuah parti yang semakin hari semakin lemah kedudukannya dimata masyarakat.

Kepada pengkritik pula, Sangkakala harap jangan terlalu mempertahankan pemimpin hingga pemimpin berasa bahawa kedudukan mereka selamat padahal kedudukan mereka umpama telur di hujung tanduk kerana laporan laporan yang tidak tepat dan sikap "yes boss" mereka hingga pemimpin lalai.

Ingat, sayangkan pemimpin perlu ditegur, bukannya diikut secara melulu, kepada mereka yang agak terasa dengan kenyataan Sangkakala ini, terpulang dan kepada yang mengugut untuk membawa nama Sangkakala ke lembaga disiplin atau apa juga lembaga sekali pun silakan, dan Sangkakala ingatkan juga sekali lagi, didalam atau diluar UMNO, Sangkakala TETAP akan menulis dan mengkritik kepimpinan sekiranya kepimpinan itu tidak menepati apa yang rakyat seperti Sangkakala mahukan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan