Ahad, 23 Jun 2013

#blackout505 #kl622 HUSAM MENYESAL TERLEPAS CAKAP

Husam Musa yang ditahan semalam hati ini direman selama 2 hari..lepas ni mesti takde ke yang nak berhimpun di depan balai polis macam yang dibuat semasa Adam Adli ditahan di balai Polis Jinjang tempoh hari? 


Husam didakwa atas akta hasutan sebab dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa sesiapa sahaja yang pergi ke himpunan blackout505 sekiranya terkorban maka mereka dikira syahid.

Kalau nak diikutkan daripada kenyataan, memang kenyataan itu ada unsur unsur hasutan supaya orang ramai pergi ke himpunan tersebut dan memungkinkan terjadinya rusuhan semasa himpunan tersebut.

Sama juga dengan kenyataan yang pernah dikeluarkankan oleh Haji Hadi yang mana ianya mencetuskan rusihan di Memali Kedah yang mengorbankan allahyarham Ustaz Ibrahim Libya serta para pengikutnya.

Jadi Husam juga mungkin boleh mencetuskan situasi sebegitu jika dibiarkan dan apa yang pasti..jika disabitkan dengan kesalahan tersebut akan ada pilihanraya kecil kerana mengikut undang undang..setiap wakil rakyat jika disabitkan dengan kesalahan dan dijatuhkan hikuman penjara sehari atau denda melebihi 2 ribu ringgit maka jawatan wakil rakyat secara automatik akan gugur..jadi semua perlu standby untuk PRK.