Ahad, 30 Jun 2013

#pru13 PSM DISISIH MASIH MAHU BERSAMA PAKATAN

Hari ni ada kenyataan daripada setiausaha agung PSM bahawa mereka akan terus berunding untuk menjadi salah satu parti gabungan pakatan tersebut.

Apa yang kita lihat disini ialah, PSM seolah olah tiada kekuatan tetapi mengharapkan kekuatan daripada pakatan pembangkang untuk meraih sokongan.

Setahu Sangkakala, sebelum pilihanraya lagi sudah ada rundingan tetapi masih belum mendapat kata putus, apakah PSM masih mahu menyorong muka ibarat 'hidung tak mancung pipi terseorong sorong'?

PSM tidak mungkin akan dapat menyertai pakatan pembangkang kerana kita semua mengetahui bahawa pakatan tersebut dimonopoli oleh DAP yang hanya mahu menggunakan parti yang ada kekuatan seperti PAS dan PKR untuk menjadi pemerintah.

Seperti situasi sekarang, DAP dan PAS bersetuju untuk meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dalam parlimen, sedangkan DAP mempunyai kerusi melebih daripada kerusi PKR.

Ini semua ada udang disebalik batu yang mana, apabila atau sekiranya pakatan pembangkang menguasai kerajaan, Anwar akan diletakkan ke tepi kerana sudah diberikan peluang sebagai ketua pembangkang, dan untuk menjadi Perdana Menteri mungkin hanya seketika cuma.

Anwar akan diletakkan atau ditendang ketepi kerana suara majoriti dalam parlimen sudah pasti akan diperolehi oleh DAP sekiranya pakatan pembangkang memerintah dan sekiranya Anwar cuba mengingkari apa yang dikehendakkan oleh DAP, sudah pasti akan ada undi tidak percaya yang akan membunuh karier politik Anwar.

Inilah kelicikan DAP yang dapat dibaca sehingga hari ini, dan berbalik kepada cerita PSM tadi, tidak mungkin pakatan akan menerima kehadiran PSM yang cuma ada sekelumit sokongan ahli.

Adakah PSM akan berjaya? Jawapannya pastilah TIDAK.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan