Sabtu, 22 Jun 2013

#KL622 @tunfaisal @PDRMsia HIMPUNAN SANTAI PAKATAN PEMBANGKANG

Nampak gayanya sekali lagi para pengikut pakatan pembangkang kena main dengan pemimpin mereka, beriya iya menunggu di merata rata tempat,  pemipin mereka jelas belum menunjukan muka.


Ada beberapa blog pro pembangkang telah mengeluarkan artikel bahawa sudah lebih 10 ribu orang berkumpul hanyalah permainan semata mata.

Apa yang Sangkakala lihat dari jam 10 pagi tadi sehingga artikel ini dikeluarkan untuk mengumpulkan 5 ribu orang pun masih belum mampu lagi.


Himpunan yang Sangkakala lihat lebih kepada himpunan pasar malam ini kelihatan seumpama orang verkelah di teoi pantai dan ada juga yang dilihat sudah mula meninggalkan Padang Merbok pada waktu ini.

           

Ini adalah sesuatu yang amat luar biasa pada Sangkakala kerana alau dulu para peserta akan berkumpul tidak berganjak dari satu satu tempat himpunan.


Adakah ini merupakan tanda bahawa kemaraan pakatan pembangkang kini sudah mula berakhir tambahan pula dengan kenyataan kenyataan yang dikeluarkan oleh salah satu parti bersekutu (PAS) yang tidak membenarkan para pengikutnya untuj turut serta dalam himpunan kali ini melainkan hanya Mat Sabu serta Husam Musa sahaja yang masih beriya iya untuk mengerah tenaga dari PAS.

Pakatan Pembangkang sudah mula kehilangan kuku dan taring ungin disebabkan pengikut sudah muak dengan himpunan himpunan yang diadakan dan mungkin juga sudah mula yang mengesan penipuan demi penipuan dalam pakatan pembangkang sekarang.