Persoalannya, kenapa baru sekarang notis notis seperti ini ditampal sedangkan selama ini tidak kelihatan langsung notis seumpamanya di PPR Kota Damansara?
Itu pun selepas kemalangan meragut nyawa kali ke dua berlaku.
Sepatutnya notis seperti ini diberikan selepas kemalangan pertama berlaku dan bukannya selepas kemalangan kali kedua dan dari apa yang diberitahu, pengerusi persatuan penduduk pernah melaporkan keperluan untuk membaiki railing ini kepada MBPJ namun tidak mendapat sambutan.
Kenapa selepas hampir dua tahun selepas kejadian pertama berlaku, masih belum ada apa apa tindakan daripada MBPJ dan kalau ada sekalipun ianya tidak menyeluruh?
Adakah nyawa penduduk PPR tiada bernilai dimata PBT dibawah kerajaan negeri?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan