Isnin, 5 Januari 2015

#sialan KERAJAAN SELANGOR TERUS TINDAS DAN ANIAYA PENIAGA #ubahselangor

Kerajaan Selangor kian menggila dibawah kepimpinan Menteri Besar yang baru apabila para peniaga terus tertindas dengan kerakusan kerajaan negeri.

Melalui PBT, kerajaan negeri mula mengarahkan gerai gerai dirobohkan tanpa diberikan tempat sebagai ganti kononnya dan jika ada sekalipun sudah pasti dengab kadar sewa yang tidak masuk akal akan ditawarkan.


Biasanya pengikut PR akan mengadakan bantahan apabila kerajaan Pusat membuat satu satu perkara, tapi kali ni kenapa senua senyap membisu? Sebab pengikut tegar?

Perkara ini patut dihentikan memandangkan para peniaga ini bukanlah dikalangan mereka yang berada atau kaya, hidup mereka ada yang bergantung sepenuhnya dengan perniagaan secara kecil kecilan.

Lagi satu Sangkakala rasa perkara yang patut dihentikan ialah penggunaan cogankata oleh PBT, 'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA' adalah amat tidak sesuai memandangan PBT akan mengikut polisi kerajaan serta arahan kerajaan negeri dan bukannya kerajaan persekutuan.

Ini akan membuatkan rakyat berasa keliru sama ada ianya atas arahan kerajaan negeri atau kerajaan pusat dan slogan baru perlu diberikan kepada PBT seperti contoh 'BERKHIDMAT UNTUK NEGERI' dan ini akan menampakkan satu satu arahan atau perlaksanaan sesuatu hal itu adalah dari arahan kerajaam negeri.

Rakyat Selangor perlu bangkit, jangan jadi bacul menunggu segala permasaalahan datang, kalau tak dibendung, maka akan lebih teruk lagi jadinya nanti.



Tiada ulasan: